Pagi itu, Ella duduk melepak dengan rakan sekelasnya di kantin. Lepas je kelas habis, terus mereka menjamu selera di kantin.
Sedang mereka berbual, tiba-tiba Tiara bersuara. Mukanya nampak teruja.
"Weyh, kau tengok lecturer tu. Hensem nya." Mereka masing-masing memandang ke arah yang diberitahu oleh Tiara.
"Ehh, sugar daddy aku!" kata Ella, teruja. Mereka terkejut lalu memandang ke arah Ella.
Ella tersentak. Alamak, dia salah cakap! Yelah, sejak nampak pensyarah tu, terus dia cop. Dia punya okey!
"Ouh sugar daddy ea.. ee kau ni tak malu betul." Meen ketawa.
"Gelak lah, gelak." Ella menjeling Meen sambil mencebik. Meen ketawa kuat.
"Wah bukan kaleng-kaleng kau ni Ella. Sugar daddy ek.." usik Tiara sambil ketawa besar. Ella hanya tersengih.
Tiba-tiba datang seorang lelaki tampan lalu duduk di sebelah Ella.
"Sugar daddy apa ni, ha?" tegur lelaki itu. Dia mengambil air di hadapan Ella lalu di sedut.
Ella hanya menjengilkan matanya. Maklumlah dah biasa air kena curi.
"Ella laa, dah ade sugar daddy." cerita Ria pula sambil ketawa. Terus bulat mata lelaki itu.
"Serius la Ella? Sugar daddy? Yuks..." Lelaki itu buat muka geli. Ella kerut dahi.
"Hello? Kau ingat sugar daddy dia, datuk tua ke wey? Tak lah, Ni hensem weh.."
"Eley... ade ke lelaki tua hensem? Macam bodoh je. Mana ade." kata lelaki itu sambil mencebik.
Ella pula mukanya dah masam. Hailaa mulut, apasal la celupar sangat!
Berjanji untuk pergi ke sekolah anak bongsunya, Harini Adrian Kamal hanya memakai tshirt biasa sahaja. Tapi nampak luar biasa.
"Wah, papa nak ambil report card Ifa pun smart woo." puji Safuan. Adrian hanya ketawa.
"Smart apa la kamu ni.. ni betul ke nak temankan papa pergi sekolah adik ni?"
Safuan angguk. "Ye pa, dah janji dengan adik kita berdua pergi sekali." disebabkan tidak ada paper menjawab SPM hari ini, jadi dia mahu pergi ke sekolah Ifah.
"Pagi tadi papa kemana? pagi lagi dah hilang." tanya Safuan. Sebab pagi dia hanya breakfast yang dihidangkan oleh Adrian berdua sahaja dengan Ifah.
"Papa masuk kolej dulu. Ade hal tadi kat kolej. Dah la, jom." Safuan hanya angguk dan mengekori langkah panjang Adrian.
Sampai sahaja di sekolah Ifah, dari jauh dengar jeritan budak perempuan itu.
"Papa! along!" disebabkan jeritannya kuat, semua orang di situ memandang mereka.
"Aduh, malu aku dapat adik perangai macam ni." gumamnya.
"Papa dengan along kenapa lambat? ishh, orang nak balik cepat ni." ujar budak perempuan berumur 13 tahun itu.
"Alah, sorry lah tadi papa kena masuk kolej dulu. Ada hal." ujar Adrian sambil mengusap sayang rambut Ifa.
"Oh yalah. Jom masuk. Dah ramai tu." Ifa berjalan meninggalkan mereka.
"Pa.. tak selesa lah.." rungut Safuan. Dia pandang sekolah Ifah. Bukan Ifah taknak satu sekolah dengan Safuan, tapi Ifah yang nak bersekolah di sekolah perempuan sahaja.
"Eh, kenapa?"
"Takdelah, kenapa diorang tengok kita lepastu tersenyum-senyum. Muka along ada something ugly ke?" ujarnya dengan wajah cemberut.
Adrian ketawa. "Mana ade ugly. Your face look handsome, like me.." Adrian tersengih-sengih.
Wajah Safuan berubah ceria.
"Hahaha! So sweet, papa!" mereka ketawa sambil berjalan beriringan ke kelas Ifah.
Ella mengetuk-getuk tangannya di meja. Matanya meliar mencari seseorang. Tiba-tiba seseorang menegurnya.
"Oiit! Buat apa sorang-sorang kat sini?" tanya Hanni.
"Tunggu kau lah. Eh, mana abang sepupu kau? Kau kata dia ikut sekali." tanya Ella sambil mencari batang tubuh lelaki itu.
"Kejap lagi dia datang la, haa tu haa." katanya sambil melambai-lambai lelaki itu. Ella memandang lelaki itu.
"Heii sorry lambat, madam keluarkan lambat, eh awak sorang je ke Ella? Mana kawan awak?" tanya lelaki itu.
Ella mengerutkan dahinya.
"Kawan? Yang mana satu eak?" tanya Ella dengan wajah tertanya-tanya.
"Lah Meen lah, mana dia? Bukan dia selalu dengan awak ke?"
Ella mencebik. Tu lagi sorang. Dulu memang dia berdua je dengan Meen. Tapi disebabkan Meen sekarang dah ada boyfriend, terus lupakan dia.
"Ha, ala biasalah, orang dah ade pakwe kan. Mana nak ingat kita." lelaki itu senyum.
"Ahh jomlaa wey, aku dah lapar ni. Jom. " Hanni terus meninggalkan mereka berdua. Mereka mengelengkan kepala sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...