Ella bermain game candy crush. Mukanya serius bermain game itu di telefonnya.
"Hoi. Kau main apa ni? Serius nau." tegur Wawa. Ella menjelingnya.
"Amboi kau nak kemana ni? Cantik- cantik bagai." Puji Ella. Telefonnya ditutup. Dari baring, dia duduk. Wawa tersengih.
"Yeke aku cantik? Hehe. Aku nak keluar dengan Ifwat la." Ella terkejut. Wawa tersengih-sengih.
"Keluar dengan Ifwat? Ibu ayah tahu ke?" tanya Ella.
"Tahula.. Mamat tu datang, ade kat bawah."
"Haa? Eh asal aku tak tahu?" tanya Ella. Dia mengambil tudung sarung, lalu menyarung di kepalanya.
"Kau asyik berkurung je dalam bilik, mana kau nak tahu." kata Wawa lalu mengekori Ella.
"Eh, Ifwat." tegur Ella. Wawa di belakangnya senyum-senyum."Eh, kau buat air jap. Aku nak berbual dengan dia jap." Wawa mencebik.
"Ala tak payahla, kan kitorang nak keluar."
"Ah, aku peduli apa. Pergi jela buat." Wawa hanya memuncung lalu langkahnya ke dapur.
"Eh jap, mana ibu ayah?"
"Ibu ayah you dah keluar tadi. Kenapa you ade kat sini? Mana suami you?" tanya Ifwat.
"Ouh. Aku sorang ja. Suami aku kerjala. Korang nak pergi mana kejap lagi?"
"I nak bawa adik you pergi tengok wayang je..." Ella senyum.
"Bagi pula ibu ayah aku, korang berdua keluar. Kau ade guna ubat guna-guna ke?" gurau Ella sambil ketawa.
"Amboi, mana ade. I pakai magic la.." Mereka ketawa bersama.
"Ehemmm." Tiba-tiba terdengar suara orang berdehem. Mereka memandang. Adrian.
"Eh, sir. Masukla." Ajak Ifwat. Ella mencebik. Wajahnya dimasamkan.
"Awak buat apa berdua dengan Ella kat rumah ni?" tanya Adrian.
Cemburu. Dia memandang wajah Ella. Ella hanya buat derk.
"Saya... " Tiba-tiba Wawa datang membawa air. Adrian berasa lega. Ingatkan diorang berdua je.
"Eh abang Ad, bila sampai?" tanya Wawa sambil meletakkan air di meja.
"Wa? Asal lambat sangat buat air? Sekarang aku takde selera dah. Minum la kau orang." Ella bangun lalu ke biliknya. Wawa mengerutkan dahinya.
"Kenapa dengan akak tu? Abang Ad? Abang Ad ade sakitkan hati Akak ke? Haritu dia kata dia nak balik rumah.
Tup-tup malam tu dia datang sini balik dengan muka bengkek dia tu. " Cerita Wawa. Pening dia melihat sikap kakaknya itu.
Adrian mengeluh. Dia pasti, isteri tak menceritakan masalah mereka pada keluarganya itu.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...