BAB 10

10.9K 372 3
                                    

Adrian meletakkan tangannya ke kepala. Dia teringatkan perbualan Arif bersama Ella tadi.

"Patutlah minah tu asyik mengacau aku, suka aku rupanya. Haih dah kenapa aku ni bodoh sangat pikir macam ni? Macamla kau tak tahu ramai sukakan kau." katanya seorang diri.

Dia tahu ramai yang menyukainya. Tapi takda la berani nak kacau dia.

Tiba-tiba dadanya berdebar. Dia memegang dadanya. Lalu dia mengeluh. 'Tak boleh jadi ni, aku kena elakkan diri daripada dia.'

Dia bukan taknak, tapi bagi dia Ella terlalu muda untuk diri dia.

Selesai sahaja habis kelas, Ella terus berlari anak ke arah Adrian yang sedang berjalan menuju ke kelasnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Selesai sahaja habis kelas, Ella terus berlari anak ke arah Adrian yang sedang berjalan menuju ke kelasnya.

"Sir! Tunggulah!" Dia tercungap-cungap.

"Awak nak apa?" tanya Adrian sambil melihat telefonnya. Tak langsung pandang Ella.

"Nah, ambil ni. Sir makan tau. Bye!" Dia menghulurkan mangkuk tingkat kepada Adrian dan terus berlalu daripada situ.

"Ehh, Ella!" Adrian memanggil Ella, Ella memusingkan tubuhnya.

"Sorry sir. Im late! Sir makan tau! Jangan tak makan!" pesan Ella sambil memberikan senyuman manisnya pada Adrian lalu berlari anak ke arah rakannya yang sedang menunggu.

Adrian terpana melihat senyuman Ella. Cantik!

Selepas itu, Adrian mengelengkan kepalanya. "Iskk apa kau ni Ad? Budak lagi tu! Haihh!" Dia melihat mangkuk tingkat di tangannya. Dia tersenyum.

Selamat duit makan aku hari ni.

Keesokkannya, selepas sahaja kelasnya selesai, Ella terus pergi ke kelas Adrian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Keesokkannya, selepas sahaja kelasnya selesai, Ella terus pergi ke kelas Adrian. Saja nak mengedap tengok Adrian.

Ella ternampak pelajar-pelajar Adrian yang baru keluar daripada kelas tersebut. Ella menyorok di belakang pintu.

Sesudah pelajar tersebut keluar, Ella curi-curi tengok Adrian. Kelihatan Adrian seperti tergesa-gesa.

Sebaik sahaja Adrian memusingkan badannya, cepat-cepat Ella menyorok.

Dia melihat Adrian keluar dan berjalan dengan laju. Dia mengeluh. 'Ni nak elak aku ke apa?' Mukanya nak nangis.

Tiba-tiba telinganya terdengar bunyi lagu. Dia mengambil telefonnya.

"Eh, bukan telefon aku." Dia memandang meja pensyarah. Bulat matanya melihat telefon itu berkelip-kelip. Dia menghampiri meja itu.

"Ni telefon sir ke?" Dia melihat nama tersebut. Bulat matanya melihat nama yang tertera di skrin itu.

"Ifah sayang? Siapa Ifah sayang ni?" Disebabkan ingin tahu, dan rasa cemburu yang meluap, dia terus mengangkat panggilan itu.

"Hello. Papa? Papa kat mana ni? Ifah dah tunggu lama dah ni. "Ella tersentak. 'Anak dia yang cantik tu ke?'

"Hello? Hello. Papa! Asal diam ni?"

"Erkk maaf, saya..."

"Eh, ni siapa? Mana papa saya? Eh jap?Girlfriend papa ke? What? Mama baru?" Dia menjerit teruja.

"Ehh awak salah faham ni, saya student kolej papa awak. Papa awak tertinggal telefon ni."

"Ha, lah ingatkan girlfriend papa. Jap. Tinggal telefon? Aduh papa ni." rungut suara itu.

"Awak tunggu kejap, saya cari papa awak ye."

"Okey." Ella terus mematikan panggilan telefon itu. Selepas itu, dia bergegas keluar daripada kelas tersebut.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sugar Daddy? Where stories live. Discover now