Adrian masuk ke rumah mama dan daddynya. Puan Maisarah terkejut dengan kedatangannya.
"Eh Ad? Sorang je? Mana cucu-cucu mama?"
"Diorang kat rumah, Ad baru keluar jumpa kawan tadi. Ad datang kejap je ni, nak cakap dengan mama dengan daddy sikit."
"Apa dia tu Ad? " tanya Daddy nya pula.
"Besok Ad nak kenalkan seseorang dekat mama daddy. " katanya sambil tersenyum manis.
"Patutla muka tu nampak bahagia je. Kekasih ea?" tanya Puan Maisarah pula.
"Haah ma..baru je bercinta.. kenal dah lama dah.." katanya malu-malu.
"Siapa orangnya? Kerja apa?" tanya Encik Haikal.
"Erk... Dia.. dia tak kerja.."
"Tak kerja? Lah bagusla, nanti kahwin jadi suri rumah je. " Adrian senyum.
"Dia.. ermm dia student kat tempat Ad kerja." membulat terus mata mereka. Tetapi kemudian mereka senyum.
"Amboi, pandai eakk Ad cari..." usik Puan Maisarah. Adrian senyum malu.
"Esok Ad bawa dia jumpa mama dengan daddy ye?"
"Okey. Nanti mama masak sedap-sedap." Adrian senyum bahagia.
Encik Haikal merebahkan dirinya di sebelah mama. Dia melihat muka Puan Maisarah seakan keruh."Haihh sayang? Kenapa ni? Keruh je muka?"
"Hmm abang,, nanti abang setuju ke dengan pilihan hati Ad?"
"Eh, awak ni kenapa? Awak jangan mengada-ngada. Of course la abang setuju. Awak ni kenapa?" Risau pula dia melihat isterinya itu.
"Saya.. saya sebenarnya terkenankan dengan orang lain untuk Ad.."
"Haa, awak ni biar betul? Dah - dah. Ad tu dah besar tau. Umur pon dah tua. Biar la dia cari sendiri penganti isterinya itu. Awak jangan masuk campur! Dah, pergi tidur!" ujar Encik Haikal dengan tegas. Puan Maisarah hanya mengeluh.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...