Ella mundar mandir di biliknya.
"Alhamdulillah mama dan daddy Adrian, dapat terima aku. Ibu dengan ayah macam mana pula? Aduh." Sungguh dia takut . Dia takut mereka tak terima Adrian. Of course disebabkan faktor umur! Tiba-tiba seseorang membuka pintu biliknya. Wawa rupanya.
"Aik kau pahal macam cacing kepanasan?" tanya Wawa.
"Kau nak apa ni?"
"Nak pinjam charger kau. Charger aku rosak lah. Hehe. " Dia senyum nampak gigi. Ella menjulingkan matanya.
"Amik la kau. Jangan rosakkan pula."
"Yalah. Eh, Bila kau nak kenalkan pakwe kau dekat kitorang? Ibu dengan ayah dah teruja tu." membulat terus mata Ella.
"Ha? Kau bagitahu dorang?"
"Yela benda baik, aku share la. Asal? Kau tak nak dorang tahu ke?"
"Kau bagitahu pasal umur pakwe aku?" Ella tak hiraukan pertanyaan adiknya itu.
"Takla. Kau ingat aku ni apa? Kaki menyebuk? Aku cakap je kau dah ade pakwe, pasal umur kau bagitahu la sendiri." Ella menarik nafas lega.
Bukan apa. Dia nak bagitahu sendiri pada mereka."Bagitahu la cepat. Aku pun nak tengok bakal abang ipar aku tu." ujar Wawa sambil tersengih. Lalu dia berlalu daripada situ. Ella hanya mencebik.
Encik Haikal merebahkan badannya ke katil. Dia memandang Puan Maisarah. Kelihatan Puan Maisarah sedang tersenyum-senyum.
"Aik, berangan kan apa tu? Laki lain ke?" Katanya.
"Ish, apanya abang ni? Orang dah tua dah. Umur dah nak 75 tahun dah.." Encik Haikal senyum.
"Habis tu?"
"Hmm, sebenarnya saya lega yang Ad akan kahwin dengan Ella."
"Aik... semalam macam tak suka. "
"Tula.. sebenarnya.. orang yang saya kenankan tu.. Ella la.. tak sangka.. Ad sukakn Ella.. Saya gembira sangat-sangat.."
"Eh, pernah jumpa ke sebelum ni?"
"Pernah la abang.. masa kerja kahwin Ana hari tu.. sopan je saya tengok.." Encik Haikal senyum.
"Anak awak tu.. tua-tua pun masih ade orang nak lagi.. maklumlah masih kacak macam daddy nya. " Encik Haikal puji diri sendiri. Puan Maisarah ketawa.
"Yala, abang tu. "
"Pandai dia cari budak muda..dah jodoh. Eh? Ina tu macam mana?bukan ke dia tunggu anak kita?" Puan Maisarah hanya terdiam.
Lagi 3 hari, mereka akan memulakan pengajian mereka kembali. Ella bercadang untuk kenalkan Adrian kepada familynya sebelum dia kembali ke kolejnya. Pagi itu, dia melihat ayah dan ibunya duduk bersantai di hadapan tv.
"Ibu ayah. Akak nak cakap sikit ni.."
"Apa dia? Kau nak cakap pasal pakwe kau ke?" tanya ibu dengan teruja. Ella tersengih.
"Macam mana pakwe kau tu? Orang mana? Ibu ayah tak kisah tau, dia kerja apa. Janji dia dapat bahagiakan anak ibu ayah ni." kata ayah pula. Ella senyum manis.
"Erk sebenarnya... Pakwe akak...." Mereka sabar menunggu jawapan Ella.
"Duda!" terbeliak mata mereka. Ella menjongketkan keningnya. Tiba-tiba mereka ketawa.
"Kitorang tak kisah pun." kata Ibu.
"Kejap, cerai hidup ke mati?" tanya ayah, tegas. Dia taknak lelaki duda cerai hidup, dia tak suka lelaki macam tu untuk hidup dengan anaknya.
"Cerai mati. Isteri dia meninggal dunia 5 tahun lepas.." Mereka mengangguk perlahan.
"Dah ade anak ke? Umur berapa?" tanya ibu. Ella menelan air liurnya. Adakah ibu ayah akan terima jika dia memberitahu semuanya?
"Okey, ibu dengan ayah dengar baik-baik ye. Erkk, nama dia Adrian Kamal Bin Haikal. Dia ade anak. 2. Sorang 18 tahun. Lelaki. sorang lagi, perempuan. Umur 14 tahun. " Muka ibu dan ayahnya mula berubah.
"Umur dia berapa ni kak?" tanya ayahnya dengan pandangan tajam. Ella mula nak nangis. Dia takut ayah ibunya tak terima.
"Umur dia 43 tahun. Ibu ayah terima dia plis, akak sukakan dia...." katanya. Air matanya meleleh.
"Lah, kenapa nangis ni? Bila masa pula kitorang kata tak setuju? Kitorang terima je sayang, janji lelaki tu dapat bahagiakan akak, cukup lega ibu dengan ayah ni." terang ibunya sambil mengesat air matanya anaknya. Ella tersenyum malu.
"Apa la cenggeng. ni macam mana nak jadi isteri siapa tadi? Adrian ha." perli ayahnya. Ella senyum.
"Dia layan je...." Mereka senyum.
"Besok akak bawa dia. Ibu ayah jangan risau. Walaupun taste akak orang tua, tapi dia ni tua bukan sembarangan tua ea."
"Hahahaha ni yang buat tak sabar ibu nak jumpa dia ni!" Mereka ketawa.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...