Ella menonton tv. Mata je ke tv tapi fikirannya menerawang mengingatkan perangai Adrian yang tiba-tiba dingin padanya. Dia mengeluh.
Dia tahu dia salah sebab balik lambat dan tidak memberitahu suaminya yang dia keluar tanpa izinnya, tapi takkan dah dua hari macam ni, suaminya taknak bertegur atau bermesra dengannya?
Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Ella tersentak. Dia melihat jam di dindingnya.
"Baru pukul 10 pagi. Siapa pula datang?" Dia terus bergegas membuka pintu rumah. Terpampang la wajah ibu mertuanya di hadapan pagar rumahnya.
"Ouh, mama!" Ella terus membuka pintu rumahnya.
"Mama datang sorang je ke? Mana Daddy?" Ella menghidang air teh di hadapan ibu mertuanya itu."Mama datang sorang je, Daddy kamu biasalah keluar dengan kawannya." Ella hanya senyum.
"Kamu macam mana? Okey ke jadi bini Ad?"
"Hmm, okey je Ma." katanya sambil senyum manis.
"Baguslah macam tu, mama tahu Ella bahagia dengan Ad. Harini Mama tidur sini ye." Ella terdiam. 'Aduh.. aku dengan dia dah lah tak baik sekarang ni...' Puan Maisarah yang melihat perubahan wajah menantunya itu menegur.
"Boleh tak Ella? Kalau tak boleh takpela.."
"Eh boleh la ma.. hehe.. nanti Ella sediakan bilik untuk mama ye. " katanya sambil tersengih. Puan Maisarah hanya senyum senang.
TUT TUT
"Hello..."
"Hello abang. Abang kat mana?" tanya Ella dengan ceria.
"Dekat kolej la.. awak nak apa ni?" Ella menarik muka masam.
"Hmm.. El nak bagitahu, hari ni mama tidur sini tau." Beritahu Ella.
"Ha, dah tu?" tanya Adrian dengan nada malas nak layan isterinya itu. Ella mengetap bibirnya. Dia terasa!
"Abang ni kenapa? Tak habis lagi ke marah El?" tanya Ella dengan suara geram.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...