BAB 33

9.5K 307 0
                                    

Ella membetulkan tali leher suaminya. Adrian tersenyum.

"Sayang betul ke taknak kerja?"

"Kenapa? Taknak El duduk rumah ke?" tanyanya sambil memuncungkan mulutnya.

"Takde la, abang lagi suka. Tapi kalau sayang kerja kan bagus, cari pengalaman." katanya sambil membelai rambut isterinya itu dengan penuh kasih sayang.

"Eishh, kan El kata El dah pernah kerja. Hm nanti la El pikirkan. "

"Abang cakap jela, sayang tu baru grad, takkan tak nak kerja? Buang je diploma tu dalam tong sampah." perli Adrian.

"Lagipun sayang kan belajar business, boleh je mana-mana bidang sayang nak kerja." kata Adrian lagi.

"Yola-yola, dah pergi keje sana. Bebel je orang tua ni.." kata Ella dengan perlahan.

"Kutuk abang tua ea...." Ella tersengih.

"Takpe, tua-tua ni pun Ella sayanggg."

Adrian hanya menjuihkan mulutnya. Ella hanya ketawa. Dia menarik kedua pipi Adrian.

"Eee, suami siapa ni cute sangat!!!"

"Suami Fateha Ella." Beritahu Adrian sambil mencium pipi Ella. Ella tersipu-sipu.

Ella mengunyah nasi di hadapannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ella mengunyah nasi di hadapannya. Wawa di hadapan cemberut je mukanya. Ella mengangkat wajahnya. Dia mengerutkan dahinya.

"Lah kau ni kenapa tak makan lagi ni?" tanyanya. Wawa menjeling tajam.

"Jeling-jeling pula. Aku makan jelah lauk tu." katanya sambil tangannya mahu mengambil makanan adiknya. Wawa terus menepis.

"Aduh!"

"Eee, makan la makanan sendiri."

Ella menjuihkan bibirnya.

"Period la tu." Wawa mengeluh.

"Kak, kenapa kau bagi number aku kat Ifwat tu? Pastu suruh dia jemput aku kat sekolah?"uah Wawa dengan geram. Ella ketawa.

"Ouh, pasal ni la ea muka kau macam taik? Haha."

"Ee, cepat la bagitahu."

"Okey, kau tak suka dia ke?" Wawa mengerutkan dahinya.

"Suka? Ee aku ni belajar pun tak habis lagi nak suka dia? Huh."

"Habistu kau tak pernah ke suka budak lelaki classmates kau? Ala beria." kutuk Ella. Wawa menjeling.

"Ah. Straight to the point jela. Bagitahu la asal kau buat macam tu?"

"Ishh dia nak kenal-kenal dengan kau jela. Kenal-kenal jela. Tapi jangan lebih. Kau tu dah nak SPM. "

"Taknak la kak, ni kalau ibu ayah tahu, mampus aku."

"Ee, aku suruh kau kenal je, bukan nya bercinta. Tak faham ke?" marah Ella.

"Alahai marah-marah pula. Mengandung ke?" Tiba-tiba kerusi di sebelahnya di tarik oleh seseorang.

Sugar Daddy? Where stories live. Discover now