Ella memakaikan tie leher Adrian. Selepas itu, dia menepuk-nepuk bahu suaminya itu. Adrian senyum.
"Ni cantik-cantik nak pergi mana ni? Anak-anak siapa jaga?" tanya Adrian. Dia pelik melihat isterinya itu berpakaian cantik.
"Ala cantik-cantik untuk abangla. "Ella mengenyitkan matanya dan tersenyum menggoda. Adrian mengetap bibirnya.
"Sayang.. tak kerja abang ni kang." kata Adrian sambil mencuit hidung Ella. Ella ketawa mengekek.
"Abang ni.. nakal laa... Hm, El nak mintak izin kat abang.. El nak jumpa Fiya." Adrian menjongketkan keningnya.
"Nak selesaikan masalah diorang? Ha pergila.. kalau Fiya taknak dekat along lagi.. jangan paksa-paksa budak tu.." pesan Adrian. Ella tersengih.
"El tahu la...Dah jom, El dah siapkan sarapan. "
"Anak-anak dah bangun ke?"
"Baru pukul 7:30. Takde maknanya diorang nak bangun awal. " kata Ella lalu berlalu daripada situ . Adrian hanya tersenyum.
Selepas bersarapan, Ella mengiringi Adrian di pintu rumah.
"Abang jangan buat hal kat kolej ea? Jangan nakal-nakal." Pesan Ella dengan mata dijengilkan . Adrian ketawa.
"Alahai sayang ni, abang ni dah tua, tak kuasa la nak layan budak-budak kat kolej tu. Cukupla abang layan budak manja seorang ni.." katanya sambil mencubit pipi Ella. Ella hanya mencebik.
"Abang pergi dulu, hati-hati keluar nanti tu. Assalammualaikum."
"Iya. Waalaikumsalam." Ella menyalami tangan Adrian, dan Adrian mencium dahi Ella.
"Bye!" Ella hanya melambai lambai ke arah kereta Adrian yang sedang bergerak.
"Makcik! Sorry, Fiya lambat!" Fiya muncul di hadapan Ella dengan nafas tercungap-cungap. Ella tersenyum."Laa makcik okey je la. Iskk sampai cungap-cungap kamu ni, kena kejar hantu ke?" Fiya duduk di kerusi dengan wajah yang lelah.
Fiya ketawa. "Takla.. Fiya berlari ke sini, risau Fiya buat makcik tunggu lama-lama. Kereta Fiya kat hujung sana tu. Takde parking dekat. " Ella tersenyum mendengar omelan Fiya.
"Makcik okey ke? Maafla saya terlambat. Kelas hari ni lambat pula lecture kasik keluar.."
"Makcik okeyla Fiya.. Ade jumpa Safuan ke?" Ella tahu, Safuan bekerja sebagai pensyarah di kolej Fiya dan Ifah. Safuan pula sebagai pensyarah subjek account Fiya dan Ifah. Dari situ la mereka tertarik antara satu sama lain. Ifah juga la yang beria kenalkan mereka berdua.
Wajah Fiya muram.
"Kenapa Fiya? Fiya gaduh ea dengan Safuan?" Fiya tertunduk. Saja tanya walaupun dah tahu daripada Safuan.
"Fiya..Fiya dah putus dengan dia..." Ella hanya mengeluh.
"Kenapa? Safuan tak baik ke pada Fiya?" Fiya memandang Ella sambil mengelengkan kepalanya.
"Bukan macam tu.. Fiya cuma..cuma rasa tak layak untuk abang Safuan.." Katanya dengan perlahan.
"Kenapa cakap macam tu Fiya? Makcik suka Fiya dengan Safuan.." Fiya mengeluh.
"Abang Safuan curang dengan saya, makcik..." Ella melihat ada air mata yang jatuh di pipi gadis itu.
"Curang? Safuan curang dengan siapa? Student dia juga?"
"Bukan... dengan.. lecture kat kolej Fiya.." Ella terdiam.
"Mana Fiya tahu diorang ada hubungan? Ntah ntah diorang ada kerja ke? Bincang pasal kerja?" Fiya mengeleng laju.
"Fiya nampak diorang mesra sangat makcik... dah 3 kali Fiya nampak diorang mesra mesra. Kali pertama boleh la Fiya okey. Tapi kali kedua, ketiga? Fiya sakit hati sangat! Perempuan tu siap pegang pegang lagi tangan Abang Safuan! Abang Safuan buat rilek je perempuan tu pegang tangan dia!" Luah Fiya dengan geram. Ella membulatkan matanya. Dia tak sangka anak tirinya sebegitu.
"Srs? Ee memang nak kena si Safuan ni.." kata Ella dengan geram.
"Takpela makcik.. mungkin kitorang takde jodoh.. biarlah dia dengan perempuan tu.." Ella memandang wajah sayu Fiya. Ella memegang tangan Fiya.
"Fiya tak sayang Safuan?"
"Sayang makcik.. tapi... "
"Kalau sayang, pertahankanlah."
"Nak pertahan kan macam mana makcik? Abang Safuan dah tak sayang saya. "
"Safuan sayang kamu lagi.. makcik tahu.. sebab..." Ella memberhentikan ayatnya. Fiya menjongketkan keningnya.
"Sebab apa, makcik?"
"Sebab malam-malam makcik dengar dia menangis, cakap rindukan Fiya.." kata Ella, selamba.
"Be..betul ke makcik?"
"Ye sayang, betul. " Fiya mengeluh.
"Sa..ya.. nak buat macam mana..." Ella senyum.
"Fiya nak tahu tak, dulu masa ada orang nak ngorat papa Safuan, makcik terus datang kat perempuan tu, makcik tarik rambut dia. " Cerita Ella. Fiya terkejut. Dia menekup mulutnya.
"Srsla makcik?"
"Ye. Sebab makcik sayang dengan hubungan kamilah, makcik tarik rambut perempuan gatal tu."
"Sebabkan geram sangat dengan dia, makcik tumbuk muka dia berkali-kali, tarik rambut dia berkali-kali. Makcik bukan orang macam tu. Tapi makcik paling tak suka, kalau ada orang yang cuba ambil atau kacau hak makcik. " Fiya hanya menganggukkan kepalanya.
"Lagipun, makcik jadi macam tu, sebab ada la bende dia buat kat papa Safuan. Lepas kena macam tu , terus perempuan tu , tak kacau papa Safuan lagi. "
"Uishh powerla makcik ni. " Fiya ketawa. Ella tersengih.
"Makcik sekarang umur berapa? Pakcik pula umur berapa? Sebab makcik dengan pakcik, nampak muda."
Ella senyum.
" Sekarang makcik dan 30 tahun dah.. pakcik pula dah 50 tahun.." Beritahu Ella. Fiya terkejut.
"Srs la makcik? Abistu abang Safuan dengan Ifa tu?.." Dia tak sangka jauhnya beza Ella dengan Adrian, nak tanya, malasla pula.
"Safuan dengan Ifa tu,anak tiri makcik, walau anak tiri, makcik sayang sangat kat diorang berdua tu." Fiya mengangguk sambil tersenyum. Ella memegang tangan Fiya.
"Bagitahu makcik, siapa perempuan gatal tu?"
"Makcik nak ...buat apa?" Ella hanya tersenyum misteri.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...