"Wah besar jugak kolej Along dengan Ifah ni." ujar Ella teruja sambil menangalkan seatbelt.
"Sayang kenapa nak lawat along dengan Ifah bagai? Tak pernah macam ni pon?" tanya Adrian. Dia pelik Ella beria mengajaknya melawat kolej anak-anak nya itu.
"Hehe, saja. " kata Ella selamba lalu keluar daripada kereta. Adrian hanya mengelengkan kepalanya.
"Ishh, kalau ajak dating takpe jugkk..." Keluh Adrian. Dah la dia cuti harini, ingat nakla dating dengan isterinya itu. Tapi ni tak, diajak pula melawat kolej anak-anaknya itu.
Ouh ya, 5 orang anak anak mereka semua dekat rumah Nek Piah. Mereka mintak Nek Piah jaga kan sekejap. Nasib baik la Nek Piah tak kisah.
Dia pun suka kan budak-budak. Terubat rindu, pada cucu nun jauh di sana katanya.
Ifah dan rakan-rakannya yang sedang duduk santai di sebuah pondok ternampak Ella sedang berlegar di koridor.
"Ehh, mama!" panggil Ifah. Dia terkejut melihat Ella berada di kawasan kolej itu. Ella melambai ke arah Ifah lalu melangkah ke arah gadis itu.Dia tersengih di hadapan Ifah.
"Eh, hai makcik! Makcik buat apa kat sini?" tegur Fiya pula.
"Saja nak tengok anak-anak makcik kat sini. " Ella senyum nampak gigi.
"Mama sorang je ke?"
"Dengan papa, mana entah dia. " Ifah hanya mengangguk.
"Fiya, Ifah!" Tiba-tiba seorang perempuan menegur mereka berdua dengan wajah yang garang. Mereka bertiga memandang perempuan tersebut.
"Korang melampau kan!!"
"Apa ni miss? Tiba-tiba datang, nak serang orang?" tanya Ifah dengan wajah yang bosan. Dia menyilangkan tangannya. Ella hanya memerhati.
"Ingat saya tak tahu, awak letak katak dalam beg saya?" ujar perempuan itu dengan muka merah menahan marah.
"Ouh itu ke? Hahahaha!" Ifah ketawa bersama rakannya. Ella menjongketkan keningnya. Fiya pula hanya diam.
"Awak memang melampau! Takkan awak tak suka saya dengan abang awak, awak sanggup buat saya macam ni?"
"Miss, saya dah cakap kan, jangan rapat dengan abang saya. Abang saya tu, kawan saya punya. Yang miss gedik-gedik dengan abang saya, dah kenapa?" Marah Ifah.
Ella menganggukkan kepalany perlahan. Perempuan itu senyum sinis, menyilangkan tangannya sambil memandang Fiya yang tertunduk, atas bawah.
"Budak ni? Sedar sikit, umur tu baru 20 tahun, dah mengatal dengan lelaki pula. Belajar dulu. Tak payah mengedik dengan lelaki!" kata perempuan itu dengan sinis.
"Lagipun, budak ni tak layak la untuk Safuan. Yang layak hanya aku!" berubah terus panggilan. Dia tak kisah orang orang memandangnya sebagai pensyarah tak bertauliah.
Mendengarkan bahasa kasar perempuan itu, Ifah mula panas hatinya.
"Kau tu la perempuan gatal. Tak sedar diri! Tak laku! Andartu!" jerit Ifah. Geram betul dia dengan perempuan itu."Hei! Kurang ajar kau budak! Sapa ajar kau ni?Mak bapak kau tak ajar elok elok ke? Entah-entah sama je perangai kau dengan mak bapak kau!"
PAKKK!!!!!
Terkejut mereka apabila Ella menghentak meja. Ella berdiri di hadapan perempuan itu sambil berpeluk tubuh.
"Kau siapa nak cakap mak bapak dia macam tu? Mulut kau ni memang takde insurans ea?"
"Kau siapa?" Perempuan itu menjengilkan matanya ke arah Ella.
"Aku mama kepada budak ni. Ifah!" Beritahu Ella. Ifah senyum sinis.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...