Suasana dalam kereta sunyi. Sejak kejadian tadi, mereka hanya mengunci mulut. Tiba-tiba Ella rasa menyesal pula. Mesti sugar daddy nya marah kepadanya.
"Along, Ifah, papa hantar korang berdua balik dulu."
"Ha? Kenapa tak hantar kak Ella dulu?" Tanya Ifah. Ella di sebelahnya tidak senang duduk.
"Papa ade nak cakap sikit dekat 'bakal Mama' kamu ni." katanya dengan lembut, tapi tegas. Ifah mahu menjawab tapi Safuan menyuruhnya supaya menutup mulut.
Sebaik sahaja menghantar anak-anaknya. Adrian membawa kereta untuk menghantar Ella.
"Erk ke-kenapa Sir tak hantar saya dulu?" tanya Ella tergagap gagap.
"Kenapa tergagap-gagap ni? Tadi elok je bercakap dengan Ina tu." perli Adrian. Tak semena Ella mencebik bila mendengar nama perempuan itu.
"Makcik tu awek sir ke?" Tanyanya.
"Makcik? Ella, dia tu baru 35 tahun." ujar Adrian. Ella mencemik.
"Pangkat Makcik la tu."
"Saya pula, pakcik."
"Haa pakcik? Eww, tak sesuaila." Adrian mengerutkan dahinya.
"Apasal pula?"
"Yala sir tu, muka sir tak sesuai kalau dipanggil pakcik."
"Habistu panggil apa?"
"Panggil Abang? Hehehe." Adrian menggelengkan kepalanya.
"Kenapa awak cakap dekat Ina macam tu? Kita takde pape pun." Air muka Ella terus berubah keruh.
"Ala, salah ke? Lagipun sir kan, takde siapa lagi?"
"Yela, tapi saya tak suka. Awak tu student saya. Walaupun saya tak mengajar awak, awak kena hormat saya ni, sebagai pensyarah awak." ujar Adrian dengan lembut tapi tegas. Ella mengeluh dalam hati. 'Dia ni memang sikit ke, tak suka aku?'
"Yala sir, saya janji tak buat lagi." ujar Ella sambil berpeluk tubuh lalu memandang ke luar tingkap. Adrian memandangnya sedikit. 'Alamak dia merajuk ke? Ah lantak la bukan ade kena mengena dengan aku pun....' dia memandang Ella lagi.
Entah kenapa hatinya rasa menyesal kerana bercakap seperti itu kepadanya.
Sebaik sahaja sampai di rumah Ella, Ella terus membuka tali pinggang lalu keluar daripada kereta itu.
"Ella, thanks sudi luangkan masa dengan saya dan anak-anak saya." Adrian senyum ikhlas kepada Ella. Sungguh dia tak tipu, dia gembira dapat keluar dengan Ella, walaupun Ella masih muda, tetapi Ella melayan anak anaknya dengan baik. Ella tersenyum.
"Terima kasih juga bagi saya luangkan masa dengan sir keluarga. Hmm, maaf ye pasal tadi.."
"Takpe Ella."
"Okey saya masuk dulu..." Ella terus masuk ke dalam rumahnya. Adrian hanya memerhati. Selepas itu dia beredar dari rumah itu.
"Habistu kau nak buat apa ni?" tanya Hanni ketika mereka makan bersama di sebuah restoran. Ella sudah menceritakan segalanya pada Hanni."Aku rasa, aku nak bagitahu dia pasal perasaan aku. Aku nak dia lah, Hanni. Aku taknak dia jatuh ke tangan orang lain." luah Ella. Hanni senyum.
"Kau yakin ke Ella? Kau yakin paksu aku boleh terima kau? Paksu aku tu, bukan macam orang tua yang lain. Orang tua yang lain, dah tua, dah ade isteri pun gatal nak cari perempuan muda. Tapi paksu aku.. dia setia dengan arwah isteri dia.."
"Aku tahu, ala aku nak confess je.. kalau dia terima, aku bersyukur.. kalau dia tak terima.. aku cuba move on.." katanya dengan lemah. Hanni senyum hambar.
"Alala sian kawan aku ni, aku doakan Paksu aku yang hot tu terima kau!" kata Hanni memberi semangat. Ella senyum.
"Paksu kau tu memang hot! Arhh tak dapat bayangkan dia reject aku huuhuhuhu." Ella meletakkan wajah nya ke meja. Hanni hanya ketawa.
"Lagipun anak-anak dia suka aku..."
"Memanglah, tapi kau nak ke paksu aku terima kau sebab anak-anak dia sukakan kau?"
"Taknakk...huhuhu..." Dia menyandarkan kepalanya di bahu Hanni.
"Doa banyak-banyak lah. Aku yakin paksu aku akan terima kau." Ella hanya menganggukkan kepalanya. Dia pasrah.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...