BAB 45

10.2K 290 12
                                    

2 hari berlalu..

"Ad!" Panggil Fatihah. Langkahnya dilajukan mengejar langkah Adrian. Adrian mengeluh mendengar jeritan Fatihah memanggilnya.

"Kau nak apa lagi ni, Fatihah?" tanya Adrian dengan muka bengangnya.

"Kau ni kenapa? Kau kenapa macam nak jauhkan diri pada aku?" tanya Fatihah. Tak puas hati.

"Mana ade la. Perasaan kau tu je la."

"Kenapa?Bini kau tak kasik kau kawan dengan aku kan? Apa bende bini kau tu! Aku dengan kau dah kawan lama kot!" tuduh Fatihah.

Adrian memandang wajah Fatihah dengan benggang.

"Dia tak de mengena la. Kau jangan nak tuduh isteri aku!"

"Cakap jela kau takut dengan bini kau tu. Bini kau tu dah guna-gunakan kau! Sibuk control hidup kau." tuduh Fatihah dengan lancang. Muka Adrian mula merah menahan marah.

"Hei! Mulut kau tu jaga sikit ye. Yang kau cakap tu isteri aku! aku tak kisah pun dia nak control aku pun. sebab aku sayangkan dia. Jangan kau cuba nak cakap dia guna-gunakan aku!" Adrian terus melangkah, tiba-tiba dirinya di peluk oleh Fatihah, secepat kilat dia menepis Fatihah, sehingga Fatihah jatuh.

"Kau kenapa haa? Kau tak malu ke peluk-peluk aku?" tengking Adrian.

"Aku sayangkan kau Ad.. Aku dah lama sukakan kau.. kenapa kau pilih budak tu daripada aku...." luah Fatihah dengan air matanya merembes keluar. Adrian memejam matanya.

"Aku tahu kau sukakan aku. Tapi aku tak sukakan kau. aku anggap kau kawan kerja aku je."

"Plis Ad.. aku nak kau jadi suami aku. Aku nak jadi isteri kau. Jadi isteri kedua kau pun takpe!" Fatihah mula melalut sambil mengusap air matanya. Mata Adrian membulat.

"Kau ni memang gila la! Sebab tu tiada siapa nak memperisterikan kau!" Tanpa sedar Adrian mengutuknya, lalu meninggalkan Fatihah yang menangis terluka apabila Adrian menuduhnya begitu.

Dia memandang susuk tubuh Adrian yang mula menghilang. Mukanya dimasamkan sambil tangannya di kepal.

Ella melihat makanan makanan yang disediakan oleh Puan Maisarah , dia senyum

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ella melihat makanan makanan yang disediakan oleh Puan Maisarah , dia senyum. Dia melihat jam di dinding. Baru pukul 12 tengah hari.

Dia tak sabar menunggu suaminya balik petang nanti. Dia teringatkan kejadian hari ni...

Adrian sedang menyemak kertas kertas di hadapannya, mukanya serius. Adrian memandang jam di dindingnya.

Dah nak pukul 12 malam, dia pelik isterinya tidak masuk bilik untuk tidur. Sebaik sahaja dia berdiri, tiba- tiba sahaja lampu terpadam. Adrian tersentak.

"Aduh...blackout pula..." Adrian membuka pintu bilik untuk mencari anak dan isterinya sambil menyuluh menggunakan telefonnya.

"Sayang... Along..adik?" Panggilnya, tetapi tiada sahutan. Jantungnya berdebar.

Sugar Daddy? Where stories live. Discover now