Ella membasuh periuk-periuk di hadapannya. 'ish, bontot periuk ni, susah pula basuh.' dia menyental dengan kasar. Tiba-tiba Wawa datang sambil ketawa.
"Oi kak. Apahal ni duk nyental periuk? Biarla kat situ. Nanti aku dengan ibu basuh." Ella mencebik.
"Rajin pula kau nak sental." Wawa tersengih.
"Ala rajin la, kau pergi la masuk tidur, dah pukul 12 dah wey. Laki kau dah masuk bilik dah." katanya sambil menolak Ella.
"Ee kau pahal tolak-tolak aku?" Wawa tersengih-sengih penuh makna. Ella membulatkan matanya.
"Otak kau, pikir tu je. Ee, dah la. Aku nak tengok anak-anak aku." Ella berlalu daripada situ.
"Goodluck kak!" katanya sambil ketawa besar. Ella hanya membulatkan matanya. Faham sangat apa maksud adiknya itu. Ee, baru 16 tahun dah pandai pasal tu ea.
Selepas melihat anak-anak tirinya, Ella masuk ke biliknya. Dia merebahkan dirinya lalu dia bermain telefon. 10 minit kemudian, kelihatan Adrian masuk ke biliknya. Matanya meliar ke arah Adrian.
Tiba-tiba dadanya berdebar. Of course la berdebar. Malam pertama kan. Dia terus scroll instagram di telefonnya. Kelihatan Adrian ke bilik air. Ella memegang dadanya.
"Aduh berdebar-debar pula kau ni, hm nak buat-buat tidur ke macam mana ni? Ishh." Dia terus melihat telefonnya. Adrian sudah ke keluar daripada bilik air. Dia menghampiri katil, lalu merebahkan dirinya di sebelah Ella. Ella di sebelah dah mengigil. Yela first time orang lelaki baring sebelah dia.
Tiba-tiba Adrian mendekatkan kepalanya ke pipi Ella. Ella tersentak.
"Tengok apa tu yang?" tanya Adrian. Matanya ke arah telefon Ella.
"Erk, saja scroll instagram ni.." Tiba-tiba Adrian mengambil telefonnya, lalu meletakkan di bawah bantal, Adrian pandang semula Ella.
"Daripada sayang scroll ig, baik sayang scroll abang." goda Adrian, sambil mengenyitkan matanya ke arah isteri yang baru dinikahinya.
"Haaaa?" Ella terkebil-kebil. Tiba-tiba dia rasa lehernya geli. Adrian cium leher dia.
"Hahaha, geli lah abang." katanya sambil menolak-nolak wajah Adrian. Adrian mengangkat wajahnya lalu dia mencium bibir Ella.
Ella membulatkan matanya. Adrian memandang wajah Ella apabila tiada tindak balas daripada isterinya itu.
"Eh sayang, kenapa bibir tu tutup je, cium la abang balik." kata Adrian sambil tersengih. Ella terkebil-kebil.
"El..el tak pandai lah..." Adrian meletakkan jari telunjuknya ke mulut Ella.
"Abang ajar sayang. Izinkan abang ye?" katanya sambil mencium ubun-ubun Ella. Ella mengangguk sambil tersenyum malu.
----------
Wuarghhhhh!!
Ella mengeliat. Dia tersedar daripada tidur. Sebaik sahaja dia membuka mata, dia tersenyum.
"Yeahh aku dah kahwin!" Ella menutup matanya, lalu dia meraba batang tubuh orang di sebelahnya, sambil berkata -
"Mana suami saya?" Ella membuka matanya, dia senyum melihat Adrian yang sedang nyenyak tidur.
"Ini la suami saya!" Jeritnya perlahan sambil mencuit pipi Adrian. Adrian tersedar. Ella senyum. 'baru bangun tidur pun hensem.'
"Dah pagi ke sayang ... Hmmm...." tanyanya sambil mengeliat.
"Yela abang. Abang, apa perasaan abang, bangun-bangun je da ade isteri?" tanya Ella dengan teruja. Adrian mengerutkan dahinya.
"Lah happy laa , takkan sedih pula. Dah abang nak mandi dulu." Ella hanya mencebik. Dia merebahkan badannya kembali di atas katil.
Adrian keluar daripada bilik air, dia ternampak Ella sedang tidur.
"Haih, tidur balik ke?" Katanya sendiri, lalu menghampiri Ella.
"Sayangg, bangun lah. Tidur balik pulak..." Dia mencuit hidung Ella. Ella membuka matanya.
"Dah habis mandi ke?"
"Dah sayang, boleh pula awak tidur balik ye."
"Habis tu abang mandi lama sangat. Buat apa entah lama-lama." perlinya.
"Alah, biasa la gosok-gosok apa yang patut." Bulat terus mata Ella. Otak dia pikir macam-macam. Adrian tergelak tengok mula Ella.
"Dah pikir bukan-bukan pula. Ee, otak dia ni.." Dia menunjal perlahan kepala Ella. Ella ketawa. Dia mengambil tuala di tangan Adrian.
"Lain kali nak mandi, ajak El sekali. El tolong gosokkan." Dia mengenyit matanya lalu ke bilik airnya. Adrian hanya mengeleng kan kepalanya sambil tersenyum.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...