"Aku minta maaf.. aku .. aku sebenarnya sukakan kau.. aku cemburu kau dengan Paksu aku.. patutnya kau terima aku.. sebab aku lebih muda daripada Paksu.." perkataan itu terus berlegar di kepala Adrian. Sungguh dia malu dengan Arif.
"Aku dah caras dia.. tapi aku tak tahu..." Dia meraup mukanya. Sungguh dia terasa dengan kata-kata anak buahnya, Arif.
Ketika itu dia ingin berjumpa Ella, untuk memujuknya setelah seminggu dia palaukan kekasihnya itu, tetapi benda itu pula dia dengar.
Sungguh dia rasa serba salah kepada Arif. Setelah mendengar luahan Arif, terus dia berlalu daripada situ. Dia sakit hati.
----------------
Ella melihat telefonnya dengan tajam. Bagai nak tersembul matanya melihat telefon. Tiba-tiba satu mesej masuk ke telefonnya. Cepat-cepat dia mengambil. Bila dah ambil, dia mengeluh.
Dia pikir itu mesej dari Adrian, ternyata dari celcom. Ciss. Dia terus menunggu. Tiba-tiba ade mesej masuk lagi, dengan cepat dia mengambil telefon itu. Mesej daripada Adrian. Dia senyum senget.
- jom kita jumpa- abang sayang
Ella senyum.
-------------
Ella menunggu Adrian di restoran KFC. Dia yang suruh Adrian ke situ, sebab dia dah lama tak makan KFC. Kerusi di hadapannya ditarik oleh seseorang.
Ella tersenyum melihat lelaki itu. Adrian memakai baju kemeja. Lengan bajunya di sinsing. Sungguh kacak! Hikss.
"Dah lama tunggu? Sorry, jalan jem tadi." Ella senyum.
"Tak lama pun."
"Awak dah berkemas ke balik rumah family awak?"
"Hmm, dah.."
"Bila balik?"
"Besok." Adrian hanya menganggukkan kepalanya. Ella memandang wajah Adrian. Muka Adrian sedikit keruh.
"Abang okey? Abang tak suka jumpa saya ke?" tanya Ella perlahan. Entah kenapa dia merasakan itu.
"Ha? Mana adela..." katanya dengan perlahan. Dia menundukkan kepalanya. Ella ketap bibir.
"Abang ni kenapa? Kenapa abang macam tak suka je jumpa Ella? Abang memang terpaksa ke bercinta dengan Ella? Ella ni terlalu memaksa abang ke?" tanya Ella dengan suara yang tertahan.
"Ella..saya..." Baru Adrian nak menyampuk, Ella cepat memotong.
"Abang, abang betul ke sukakan Ella? Selama ni, abang tak pernah pun bahasakan diri abang sebagai 'Abang' dekat Ella. abang tak suka ke? Abang, kalau tak suka Ella, abang cakapla, jangan buat Ella macam ni." Air matanya mula bergenang.
Itula kelemahan dia, marah orang pastu nangis. Patutnya orang yang dia marah tu yang nangis. Ni terbalik pula. Adrian seakan terkedu.
Dia bukan tak suka. Tapi entahla, dia teringatkan perbualan Arif dengan Ella. Tiba-tiba dia rasa tak layak untuk Ella.
"Ella.. bukan macam tu...saya..." Ella memandangnya.
"Apa bang? Selama ni Ella je yang beria dengan abang kan?" Ella mengesatkan air matanya. Kalau betul dia je yang beria, balik ni memang dia meraung.
"Bukan macam tu Ella.. saya..cuma saya rasa, saya tak layak untuk Ella.."
"Habis tu siapa yang lebih layak dengan Ella?" tanya Ella dengan geram.
"Hmm Arif .." membulat terus mata Ella.
"Arif? Hahaha abang serius la? Ella tak pernah pun sukakan dia. Ella cuma suka kawan dengan dia je. "
"Tapi dia sukakan Ella, right?"
"Mana abang tahu ni? Siapa bagitahu? Arif bagitahu abang? Ah Arif! Dia kata dia redha, ni apa cite?" marahnya.
"Bukan, saya dengar sendiri apa yang Arif luahkan kepada Ella."
"Lepastu?"
"Saya rasa, Ella lagi layak dengan Arif. Arif sukakan Ella." Ella menjeling tajam. Ni mesti kes tak dengar sampai habis.
"Apa abang cakap ni?! Ella tak suka Arif la!" marah Ella dengan kuat sehingga orang di sekeliling memandangmereka. Adrian menahan malu. 'Aduh budak ni mengamuk pula.'
"Dah habis makan? Kita bincang kat tempat lain je." tegas Adrian. Dia bangun lalu meninggalkan Ella di situ. Ella menarik nafasnya, lalu bergegas dia mengekori Adrian.
Adrian berdiri di hadapan keretanya.
"Masuk la, kita bincang kat dalam kereta je." katanya sambil membuka pintu kereta untuk Ella. Ella merengus geram. Adrian duduk di tempat pemandu.
"Ella...."
"Abang, stop it! Ella dah cakap Ella tak suka Arif! Kalau Ella suka dia, dah lama Ella mengurat dia!" Adrian diam. betul juga apa yang dikata Ella.
"Tapi..."
"Sekarang ni, abang ikhlas ke tak dengan Ella? "
"Of course la saya ikhlas.."
"Ha, dah tu? Tak payah la fikir pasal Arif tu. Abang dengar sini ea. Walaupun apa yang terjadi, Ella tetap sayangkan abang sorang tau. Abang tahu tak, Bila Ella pejam mata je mesti ingat abang! Mana ade ingat laki lain!" Adrian senyum.
"Yela tu.. nanti umur saya dah 60...awak tinggalkan saya pula.."
"Haa tengok tu. Tak percayakan saya ke?" Ella terik muka masam. Adrian senyum.
"Percayala sayang..." Ella tersenyum apabila Adrian memanggilnya sayang.
"Btw, kenapa taknak bahasakan diri abang dekat saya?" tanya Ella.
"Ella, panggilan itu sesuai bila kita dah berkahwin nanti. bukan saya tak sudi, cuma saya tak selesa la orang panggil saya macam tu. Umur saya macam ni, layak dah panggil pakcik."
Ella memuncung. "Tak bole la ni, panggil abang..." wajahnya menunduk.
"Boleh je Ella.. tapi lepas kita kahwin okey? dulu saya dengan arwah isteri saya pun begitu. Saya lagi suka bila isteri saya yang panggil saya abang.." pujuk Adrian.
"Ermm, baiklah pakcik." Ella tersengih-sengih.
"Aduh, janganlah panggil pakcik."
"Eh, tadi awak juga yang cakap..."
"Itu orang lain, but you... panggil nama saya je." Ella tersenyum.
"Baiklah Adrian.. cepat-cepatlah pinang saya, saya nak kawin dengan awak." wajah Ella berubah miang.
"Ish, gatal. Insyaallah, satu hari nanti. Awak habis belajar dulu. Okey?"
"Baik, pakcik Adrian!" usai itu Ella tergelak apabila Adrian menjulingkan matanya.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...