Ella meletakkan pen di meja. Dia mencapai telefonnya, lalu dia mengeluh.
Takde pula sugar daddynya itu menelefon. Dia mencebik. Tiba-tiba pintu biliknya di buka. dia meletakkan telefonnya kembali.
"Dah habis study ke?" tanya Ella kepada Meen, kelihatan Meen terbaring di atas katil sambil melihat telefonnya.
"Haah, penat la dari tadi study je. Nak tidur."
"Nak tidur, tapi main telefon.." Meen tersengih.
"Kau study apa?"
"Study subjek repeat lah. Harap subjek ni lulus la, tak kuasa aku nak repeat lagi."
"Aminn, semoga kau lulus. Aku tahu kau boleh, okeyla selamat berstudy. Paper kau yang tu esok kan? Good luck, Ella. Guwe tidur dulu." Meen menepuk bantal lalu merebahkan kepalanya di situ.
"Yalah. Thanks. Goodnight." Dia terus mengulang kaji subjek untuk paper besok nya.
-----------
Seminggu berlalu. Mereka mula cuti semester, final exam pula sudah tamat. Ella menarik nafas lega. Harap-harap dia lulus dan dapat 4flat! Aammiin.
Dia melihat telefonnya. Ada satu mesej. Daripada Adrian. Dia mencebik. Lepas seminggu, dia palaukan Ella, tiba-tiba dia chat Ella. Ella membiarkan mesej itu, dia terus berlalu ke tempat parkir motorsikalnya.
Tiba-tiba seseorang memanggilnya namanya. Lantas dia memandang. Ella melihat Arif datang ke arahnya. Cis, dia pikir itu Adrian.
"Apahal? Aku nak balik ni."
"Ala, kejapla. Aku nak tanya kau sikit."
"Apanya?" Dia memandang tepat wajah Arif. Hensem. Tapi sikit pun dia tak terpikat. Sebab dia dah terpikat dengan Adrian. Lelaki yang sudah berusia 42 tahun. Sedangkan Arif di depannya baru berumur 24 tahun.
"Betul ke kau couple dengan paksu aku?"
"Mana kau tahu ? Hanni bagitahu?"
"Yala."
"Haah. Aku couple dengan paksu kau." Arif buat muka.
"Kau serius la Ella? Sejak bila taste kau dengan.. dengan orang tua? Lagipun paksu aku tu dah ade anak dah."
"Tapi dia tak ade isteri. Takpe kan, kalau aku dengan dia?" katanya sambil membesarkan matanya.
"Setahu aku, paksu aku tak boleh lupakan arwah isteri dia."
"Habis tu, kenapa dia terima aku? Maksudnya apa? Maksudnya dia boleh terima aku. Dia sayangkan aku. And Aku tak suruh pun dia lupakan arwah isteri dia."
"Ok fine, tapi dia tu dah tua, entah esok lusa dia pergi..." katanya sambil menjulingkan matanya. Ella rasa panas hati. Dia tahu apa maksud lelaki itu.
"Eh, kau ni kenapa ha? Kenapa kau cakap macam tu? Kau tak boleh ke doa dia baik-baik? lagipun dia paksu kau! Kau tak sayang dia ke?" Tiba-tiba dia rasa nak nangis. Air matanya bergenang. Arif terkedu. Ella mengesatkan air matanya.
"Arif. Aku tak main-main. Aku memang cintakan dia. Aku harap aku dapat hidup lama dengan dia. Kalau boleh, aku nak sehidup mati dia. And aku harap, aku yang akan mati dulu sebelum dia!"
"Ella.. aku..aku mintak maaf..aku tak berniat macam tu.."
"Aku tahu kau concern pasal aku.. tapi.. kalau kau cakap macam ni sebab kau nak suruh aku tinggalkan dia, aku takkan tinggalkan dia!" luah Ella sambil memandang ke arah lain.
"Aku minta maaf.. aku .. aku sebenarnya sukakan kau.. aku cemburu kau dengan paksu aku.. patutnya kau terima aku.. sebab aku lebih muda daripada paksu.. tapi kalau dah kau cakap macam tu.. aku paham.. aku redha.. aku minta maaf sekali lagi.." luah Arif. Kepalanya ditunduk, tanda serba salah. Ella mengesatkan air matanya. Sungguh dia terkejut dengan pengakuan Arif.
"Its okey Arif. Maaf, aku tak dapat terima cinta kau. Aku cintakan Sir Adrian." Arif menganggukkan kepalanya. Sungguh dia pasrah.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...