Ella memerhatikan sekeliling, dia mencari Adrian. Di tangannya ade mangkuk tingkat.
Dia bertekad, dia akan pikat Adrian dengan memasak untuk lelaki itu. Kata orang tua, nak pikat lelaki, kena pikat dari perutnya dulu.
Matanya ternampak Adrian sedang berjalan ke arah meja kantin. Lalu lelaki itu duduk di situ. Dengan wajah yang teruja, cepat-cepat Ella menghampiri Adrian.
Dia duduk di hadapan lelaki itu. Lelaki itu nampak terkejut.
"Sir makan apa tu?" tanya nya walaupun dah tahu Adrian makan apa.
"Apa awak buat kat sini? Banyak lagi meja kosong." kata Adrian sambil menyuap nasi. Tiba-tiba Ella mengambil pinggan yang berisi nasi itu. Adrian terkejut.
"Eh, Ella? Apa awak buat ni? Saya nak makanlah." tegur Adrian.
"Ala sir takyah makan tu, ni, saya ada masakkan untuk sir, nasi goreng pattaya." Ella membuka mangkuk tingkat itu.
Adrian melihat nasi goreng buatan Ella. Dia menelan air liur. Tapi lelaki kan. Ego.
Dia menolak mangkuk tingkat itu. Dia mengambil balik pinggan di sebelah Ella.
"Awak makanlah, saya nak makan nasi ni. Tak baik membazir." katanya sambil tersenyum lalu dia bangun.
"Eh, sir nak kemana?" tanya Ella. Dia pelik Adrian bangun daripada kerusinya itu.
"Saya nak makan kat sana. Kat sini, banyak lalat la." perli Adrian. Ella mengerutkan dahinya.
"Lalat? Mana ade lalat.." tiba-tiba matanya membulat. Dia menjeling tajam ke arah Adrian yang tengah sedap melantak makanan. 'Cis, kutuk aku rupanya!' dia melihat makanan di hadapannya.
Dia buat muka sayu.
"Kesian kau kena reject." dia memandang sekeliling. Nasib baik tak ramai orang. Kalau tak, malu dia. Dia melihat jam nya.
'Alamak dah lambat.' dia terus berkemas-kemas dan berlalu daripada situ.
Tanpa dia sedar, Adrian sedang memerhatinya dan dia tersenyum.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...