BAB 8

10K 364 3
                                    

Sebaik sahaja keluar daripada kelas, Ella menghulur mangkuk tingkat pada Hanni. Hanni mengangkat keningnya.

"Eh, ni bukan untuk paksu aku ke? Asal bagi aku?" tanya Hanni. Tapi tangannya tetap mengambil mangkuk itu.

"Dia reject!" raut muka Ella kecewa. Hanni menahan tawa melihat wajah cemberut Ella.

"La yeke, sabarlah Ella. Tu la, siapa suruh suka paksu aku hehe." dia membuka mangkuk itu.

"Hmm, nampak sedap nooohhh! Jom la kita makan kat pondok tu." katanya sambil menarik tangan Ella.

---------------------

Dari jauh Ella nampak Adrian sedang berjalan seorang diri. Terus dia mengejar Adrian.

"Hai sir..." tegur Ella. Dia berjalan di sebelah Adrian. Adrian mengeluh kecil. Dah kenapa la budak ni kacau aku? Menyesal pula ikut kata Hanni.

Dia teringatkan perbualannya bersama anak buahnya.

Pada petang itu, Adrian mengajak anak buahnya ke rumah mamanya. Di dalam kereta, tiba-tiba Hanni bercerita pasal Ella.

"Paksu. Paksu ade pape ke dengan kawan Hanni?" tanya Hanni. Adrian mengerutkan dahinya.

"Kawan? Kawan Hanni yang mana satu?"

"Alah, yang duduk sebelah Hanni tadi tu, perasan tak?" tanya Arif pula.

"Ouh yang tiba-tiba pergi dari situ ke? Kenapa dengan dia?"

"Paksu tahu tak, dia suka paksu." Beritahu Hanni dengan teruja. Adrian buat muka tidak percaya

Arif tiba-tiba ketawa. Hanni memukul bahu Arif.

"Apa yang lawak?"

"Tak, series laa, Ella? Suka kat paksu? Tak honda mesti santau..." kutuk Arif.

"Eee, kau ni bang... Mulut jahat." marah Hanni.

"Yalah, paksu dah tua kut, pastu hensem, kaya pula tu.. mesti dia suka macam tu..." kata Arif.

"Arif.. tak baik tau cakap orang macam tu." tegur Adrian. 'Ishh aku tua-tua pun ade orang nak tau.'

"Habistu paksu suka ke dia?" tanya Arif. Ada nada cemburu di situ.

"Paksu tak kenal dia, macam mana paksu nak suka?"

"Ha, paksu kenal-kenal la dengan dia." cadang Hanni dengan teruja.

"Taknak la paksu....Dia tu muda lagi lah." tolak Adrian.

"Alaa paksu ni, try lah.. Plis la paksu, dia suka gila kat paksu." Hanni cuba memujuk Adrian.

Arif mencebik. 'Ye tahu Paksu aku hensem, tapi dah tua lah. Apala Ella ni.'

"Ala paksu ni, ramai kan suka paksu? Apa salahnya try..." Hanni buat muka comel.

"Nanti lah paksu pikir...." Hanni bertepuk tangan tanda suka. Arif pula mencebik.

Ella melihat wajah kacak Adrian itu. Kelihatan mukanya berkerut. 'Lahai, muka berkerut macam tu pun hensem.'

"Sir? Sir pikir pasal apa tu? Pikir pasal saya ea?" tanya Ella. Adrian memandang wajah Ella yang sedang senyum gatal tu.

"Awak nak apa ni?" Dia berdiri di hadapan Ella.

"Saja nak berjalan dengan sir. Tak boleh ke?" kata Ella sambil membulatkan matanya.

"Haihh." Dia terus meninggalkan Ella. Ella mengejarnya. Ella mengikut Adrian sampai ke parkir kereta. Tiba-tiba dia terpikir sesuatu. Dia buat-buat jatuh.

"Auchhhh!" Ella menjerit sakit. 'Aduhh aku nak main-main je, tak sangka terseret betul-betul. Adrian terkejut dia menghampiri Ella.

"Kenapa ni? Macam mana boleh jatuh?" Dia melihat sekeliling, takde pula batu ke apa? Ee, budak ni mesti usik aku. Dia bangun. Ella mendongak memandang wajah kacak Adrian.

"Sir tolong lah saya, lutut saya sakit ni..aduh.." Dia menyeringai sakit. Adrian memandang wajah Ella yang sedang menahan sakit. 'Sakit betul ni.' dia menunduk kembali di depan Ella.

"Mana sakitnya? Singsing seluar awak tu, saya nak tengok lutut awak tu."

"Haaa? serius la, sir?" Adrian buat muka.

"Bukan saya nak buat apa-apa pun, saya nak tengok luka awak je tu." Tanpa berlengah, Ella mengsinsing seluarnya. Kelihatan darah banyak di lututnya.

Adrian bangun lalu masuk ke dalam keretanya. Dia keluar bersama first aid. Lalu merawat lutut Ella.

Ella tersengih-sengih memandang Adrian. Dia terus memandang wajah kacak Adrian.

"Okey, dah." Dia memandang Ella. Ella sedang syok perhatikan Adrian. Adrian mengeluh.

"Dah sudah ke tenung muka saya?" perli Adrian. Ella tersentak.

"Erkkkk..hahaha thanks Sir." kata Ella, dia berdiri.

"Nanti cuci la luka awak tu, saya balik dulu." Dia terus masuk ke keretanya. Ella melambai-lambai ke arah kereta Adrian.

 Ella melambai-lambai ke arah kereta Adrian

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sugar Daddy? Where stories live. Discover now