Ella melihat penampilannya di depan cermin. Dia mencebik dan mengeliat tidak selesa.
"Ee ibu ni, dah la kebaya ni ketat, suruh aku pakai pula." rungutnya sehingga Wawa muncul di pintu biliknya.
"Perghh, pakai baju kebaya siot." Wawa tergelak. Ella pandang Wawa dengan muncungnya.
"Ibu lah, suruh aku pakai kebaya. Ee rimas, tak boleh ke pakai baju kurung biasa? Kau tak pakai pula kebaya?" tanyanya apabila melihat Wawa hanya memakai baju kurung.
"Haah ibu ade suruh pakai, tapi aku taknak pakai." kata Wawa dengan selamba.
"What? Ahh nak tukar la macam ni!" Ella ingin membuka baju tersebut. Tiba-tiba terdengar suara ibu mereka menjerit menyuruh mereka turun.
"Haa, kau takyah berangan nak tukar, ibu dah jerit dah tu. Dah jom." Wawa meninggalkan Ella.
"Ha! Benci la!" Dia pun keluar daripada biliknya dengan muka yang dimasamkan.
Tiba di rumah saudara mereka, Ella cepat-cepat mengambil tempat duduk. Dia menyuruh ibu ayahnya serta Wawa mengambil makanan dahulu, sementara dia menjaga meja.
Matanya meliar melihat tetamu-tetamu majlis itu. Tiba-tiba matanya tertancap tubuh seorang lelaki.
"Kejap, macam kenal je?" matanya dipincingkan. Sebaik sahaja lelaki itu memusingkan badannya, Ella teruja. Dadanya berdebar-debar.
"Omg... Sugar daddy aku! Eh, tak sangka dia ada kat sini juga! Adakah ini jodoh?" katanya dengan perlahan sambil tersengih-sengih. Tiba-tiba seseorang menepuk bahunya.
"Opocot makkau hijau! Eh, eee kau!" Dia menepuk-nepuk dadanya. Dia pandang sepupu lelaki nya itu dengan wajah tidak puas hati.
"Mana Mak Uda? Kau sorang ke?" tanya lelaki itu. Dia pandang wajah Ella sekejap.
"Diorang tengah amik makanan. Eh, kak long dah sudah, kau bila lagi?" tanya Ella sambil mengangkat keningnya. Lelaki itu diam, mata nya memandang ke suatu tempat.
Ella merengus geram. "Oi, Azim! Aku cakap dengan kau ni! Ee! Kau pandang siapa?" katanya sambil matanya liar memandang sekeliling.
"Halah kau ni, aku nak usya awek cantik pun tak boleh, eh aku masuk dulu la. Kang mak aku cari pulak." Azim terus berlalu pergi. Ella tergadah. "Macam tu je??"
"Nak, tempat ni ade orang ke?" lantas Ella memusingkan tubuhnya ke belakang bila ditegur. Seorang wanita berusia bersama seorang budak perempuan cantik tersenyum ke arahnya dengan kedua tangan mereka menatang pinggan dan cawan.
Ella tersengih."Erk ni tempat..." mata nya mencari keluarganya. Dia mengetap bibir apabila mereka semua membawa makanan ke dalam rumah pengantin.
"Erkk takde siapa, makcik duduk lah." ujar Ella lalu dia bangun, sebaik sahaja dia bangun, dia hampir terlanggar seseorang. Dia angkat kepala.
"Ehh, sorry sir.. sorry.." spontan Ella berkata sebegitu. Adrian memandang wajah Ella. Wajahnya seakan terkejut.
"Erkk takpe-takpe, tak kena baju pun." Adrian senyum sedikit.
"Ad, lain kali jalan baik-baik la. Kamu okey ke?" tanya Puan Maisarah dengan prihatin. Ella tundukkan kepala sedikit sebelum tersenyum manis.
"Saya okey, saya mintak maaf ya." katanya lalu berlalu daripada situ. Dia memegang dadanya. Dia berdebar-debar!
Puan Maisarah tersenyum melihat Ella. Tak tahu kenapa, dia rasa tenang bila Ella pamer senyum manis padanya.
"Mama senyum kat siapa pula." tanya Adrian bila perasan ibunya seperti tersenyum pada seseorang.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...