Ella masuk ke rumahnya dengan malas. Matanya meliar melihat kereta di hadapannya.
"Ni bukan kereta makcik tu ke? Apa dia buat kat sini?" Ella memandang rumahnya itu dengan tajam.
Tangannya digenggam. Ella masuk ke dalam rumah dengan tergesa-gesa. Dia melihat kasut Ina di hadapan pintu rumahnya. Dia mencebik.
"Kenapa dia datang rumah ni? Dia tahu ke Ad demam? Tapi siapa bagitahu? Takkan mama?" Ella masuk lalu mencari Puan Maisarah.
Dia melihat ruang tamu kosong. 'Mana semua?' Tiba tiba dadanya berdegup kencang. Dia rasa tak sedap hati. Bergegas dia naik ke tingkat atas. Kelihatan Puan Maisarah tergesa-gesa ke bilik anaknya.
"Mama? Dari mana?" tanya Ella apabila melihat ibu mertuanya itu. Puan Maisarah seakan terkejut.
"Eh Ella? Bila balik? Mama dari bawah tadi, baru lepas jawab call Daddy kamu." Ella hanya menganggukkan kepalanya.
"Habistu kenapa mama macam tergesa gesa ni? Ade pape jadi kat abang Ad?" Berubah terus riak muka mamanya itu. Ella rasa pelik. Dia terus masuk ke biliknya yang terbuka luas.
Dia tersentak apabila melihat pemandangan di hadapannya. Ada perempuan lain memeluk suaminya dan cuba mencium suaminya!
"Abanggg!!!!" jerit Ella. Nafasnya tersekat-sekat. Sungguh dia rasa kecewa! Sakit hati! Marah! Melihat pemandangan di hadapannya itu.
Adrian yang ketika itu masih terkejut dengan tindakan Ina tadi, terus menolak kuat badan Ina sehingga Ina jatuh ke lantai.
"Adoi!" Ina memegang pinggangnya dengan muka menyeringai sakit. Puan Miasarah yang melihat kejadian itu mengelengkan kepalanya. 'Aku dah agak dah! Time ni pula suami aku nak call!'
"Sayang.. sayang dah salah faham.. abang tak buat apa apa pun dengan dia...." ujar Adrian dengan sayu. Dia hendak bangun tetapi kepalanya masih rasa sakit.
"Cukup la abang! Abang tak payah nak putar belitkan cerita! Abang ingat El tak nampak ke ha?"
"Sayang.. abang...argh.." dia cuba bangun tetapi kepalanya rasa sakit. Ella yang melihat mencebik geram.
"Abang tak payah pura-pura sakitlah! El tahu abang saja je kan sakit! Abang saja suruh mama call El suruh balik tengok abang, sebab abang nak El rasa sakit tengok kecurangan abang!" tuduh Ella. Adrian terkejut. Dia memegang kepalanya yang sakit.
"El jangan nak merepek boleh tak? Kenapa dengan El ni?"
"Ella, kenapa cakap dengan suami kamu macam tu? Ad memang sakit, Ella!" ujar Puan Maisarah. Sakit hatinya melihat anaknya kena tuduh oleh menantunya itu.
"Mama pun sama! Mama bersubahat kan dengan diorang berdua ni?" marah Ella. Puan Maisarah tergamam. Tak sangka Ella sanggup menuduhnya pula.
"Ella! Awak ni dah melampau! Kenapa nak tuduh tuduh mama pula? Mama ibu saya! Ibu mertua awak! Awak sedar tak?!" tengking Adrian pula. Kepala dah la sakit. Lagi sakit dengan perangai isterinya itu.
Ella terdiam. Sungguh dia berasa menyesal menuduh Puan Maisarah. Dia memandang Ina yang terduduk sambil memegang punggungnya yang sakit.
Ella mengsinsingkan bajunya, dia berjalan laju ke arah Ina.
"Hoi makcik! Kau buat apa ha, dekat laki aku?! Kau ni memang tak tahu malu kan?! Kau tahu tak Adrian tu laki aku?! Kenapa kau nak kacau dia?!" Ella menarik kasar rambut Ina. Ina menjerit sakit.
Puan Maisarah dan Adrian terkejut beruk melihat tindakan Ella. Adrian memicit micit kepalanya.
"Ella! Berhenti! Jangan tarik rambut Ina!" Halang Puan Maisarah. Dia melihat Adrian yang masih berada di atas katil.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...