BAB 13

10.2K 359 7
                                    

Ella meletakkan mee goreng ke dalam pinggan. Adrian hanya melihat. Puas sudah dia mencegah Ella, tetapi Ella hendak juga buat. Adrian tahu, Ella sengaja berbuat begitu sebab hendak pikat dia macam tu. Tapi macam biasa. Lelaki kan ego. Jadi, dia hanya diam sahaja.

Ifah dan Safuan datang. Ifah membawa baju di tangannya.

"Sorry kak, Saya lambat turun, cari baju yang sesuai untuk akak. Nah kak. Akak pakai tau, ni baju arwah mama." ujar Ifah dengan senyuman.

Dia menghulurkan baju tersebut kepada Ella. Ella ambil, dia perhati wajah Adrian. Ada riak keruh di wajah lelaki itu.

"Hm, takpe ke saya pakai baju ni?" tanya Ella kepada Adrian. Risau pula bila dia pakai nanti, tiba-tiba Adrian mengamuk pula.

Adrian hanya diam. Wajahnya ditundukkan. Melihat papanya hanya diam, Safuan bersuara.

"Takpela akak, lagi pun baju tu dah lama.. akak pakai jela." beritahu Safuan pula. Ella mengangguk. Dia meletakkan baju itu di kerusi sebelahnya.

Dia takda la basah mana, dah kering sudah pun akibat lama sangat menunggu Ifah turun bawak baju tu.

"Jom makan, papa goreng mee je." ujar Adrian. Lalu, mereka makan dengan berselera. Ella pula makan dengan sopan.

Ikutkan hati dia nak makan dengan gelojoh,  perut dia dari tadi dah lapar, air tangan Adrian pula sedap. Tapi tulah, depan crush kan, sopan la sikit.

"Hm, nampaknya hujan takkan berhenti ni. Akak tidur sini jela eak?" Ella tersentak. Dia melihat hujan di luar makin lebat.

"Eh takpela, akak tunggu hujan berhenti, baru akak balik."

"Dah malam Ella.. takpe, awak tidur sini jela." ujar Adrian pula. Ella hanya mengangguk perlahan. Betul juga kata mereka. Dia pun takut nak balik malam malam.

Sesudah makan, Ella membawa pingan mangkuk kotor ke singki lalu dia membasuh pinggan mangkuk, tiba-tiba Adrian menegurnya.

"Kenapa awak susah-susah basuh ni? Biarkan je. Nanti saya basuh." kata Adrian sambil meletakkan pinggan kotor di singki. Ella senyum.

"Takpela sir, biar je la saya basuhkan." Adrian hanya diam. Dia berdiri di sebelah Ella sambil memerhatikan Ella mencuci pingan.

Ella pula tak senang hati. Yelah, sugar daddy nya berdiri kat sebelah dia, tengok dia buat kerja. Manalah tak senang.

"Kenapa sir duduk sini? Pergi la depan."

"Kenapa? Awak tak suka?" Entah kenapa, Ella rasa suara lelaki itu seperti mengodanya.

"Takpe, saya tunggu awak. Saya nak tunjukkan bilik Ifah. Awak rehat la." Ella hanya menganggukkan kepalanya.

Selepas selesai Ella mencuci pingan, dia mengekori Adrian ke atas. Sedang dia mengekori Adrian, tiba-tiba ade lipas di tangga. Dia terkejut. Dia menjerit lalu terpeluk lengan Adrian. Adrian terkejut.

"Eh, kenapa ni?" terkejut la dia, tiba-tiba ada perempuan peluk lengan dia. Dia rasa lain. Maklumlah, dah lama menduda.

"Eee Sir, ada lipas lah!" beritahunya dengan muka yang geli geleman.

"Mana?" Tertunduk-tunduk Adrian mencari binatang itu.

"Tu...tu!! Ee gelinya." Adrian mengambil penyapu lalu melenyekkan lipas itu. Selepas lipas itu sudah mati, dia membuang lipas itu. Ella merasa lega.'Huh thanks la lipas, terperanjatkan aku, dapat jugak aku peluk lengan sir. Hehe.' Ella tersenyum gatal. Ella memusingkan badannya sambil menekan telefonnya. Dia membuka mesej Hanni.

Wah, bagus lah tu kau tidur rumah paksu. Jangan macam-macam yaa- Hanni.

Aku nak terkam dia heheheeheh- Ella.

Adrian menaiki tangga lalu dia berdiri di belakang Ella. Dia melihat mesej yang dihantar oleh Ella. Membulat matanya. 'Gatal juga budak ni.' Dia berpeluk tubuh. Ella pula gelak kecil. Dia berasa ade seseorang di belakangnya.

Sebaik dia memusingkan badannya, dia terkejut melihat Adrian di belakangnya. Ella menjerit sebab terlalu terkejut, Ella nak terjatuh. Tetapi Adrian spontan memegang pingangnya menghalang nya jatuh.

Mereka berpandangan. Wajah mereka dekat.

"Kak Ella? Are you okey?" jerit Ifah dari atas. Mereka tersentak. Adrian melepaskan Ella. Ella membetulkan kedudukannya.

"Sir ni! Tiba-tiba je ke kat belakang saya! Terkujat saya. Erkk, akak okey!"

"Hmm, jomla." Adrian terus berlalu pantas. Ella mengekorinya. 'Haih nasib ade anak dia, kalau takde memang aku dah cium dia. Arghh Ella! Gatal ye kau.'

Sebaik tiba di atas, kelihatan Ifah dan Safuan sedang menonton tv. 'Wah bawah ade tv, kat atas pun ade tv ye.'

"Korang tengok cerita apa ni?" tanya Adrian.

"Tengok cerita kelakar. Meh sini lah, tengok sama-sama." Ajak Safuan. Adrian melabuhkan punggungnya di sebelah Safuan. Manakala Ella duduk di sebelah Ifah.

Tepat pukul 12 malam, cerita pun telah tamat. Kelihatan Ifah tertidur di bahu Ella. Safuan pula tertidur di sebelah Adrian.

"Safuan, dah bangun. Masuk bilik sendiri." Safuan bangun dengan mamai. Kepala Ifah pula dah beralih ke riba Adrian.

"Goodnight pa, Kak."

"Goodnight."

"Goodnight!" ucap Ella pula.

"Ermm, Ifah macam mana Sir?" tanya Ella, melihat Ifah yang telah tertidur di riba Adrian. So sweet.

"Takpe, saya angkat dia." Adrian mengangkat Ifah. Badan Ifah bukannya besar. Kecik je. Setelah membawa Ifah ke bilik, Adrian menyuruh Ella masuk ke bilik Ifah.

"Awak tidur la kat sini."

"Eh tak pela sir, saya tidur kat luar je." Segan Ella nak tidur dekat bilik anaknya.

"Mana boleh macam tu, awak kan tetamu. Takpe tidur je kat bilik Ifah ni."

"Takpe, saya tidur bilik Sir jela." Ella berseloroh sambil ketawa.

"Haa?" Terkejut beruk Adrian.

"Saya gurau je laa sir. Okey lah saya masuk dulu bye!" Cepat-cepat dia tutup pintu. Dia malu!

Adrian di luar hanya tersenyum melihat telatah Ella.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Sugar Daddy? Where stories live. Discover now