"Papa..." tegur Ifah pada Adrian yang sedang duduk santai sambil memegang telefonnya. Hari ni hari cuti. Jadi, mereka bertiga hanya duduk rumah sahaja.
"Ye sayang, kenapa?"
"Jom keluar, bosan la." ajak Ifah. Adrian memandang wajah anaknya.
"Tak keluar dengan kawan ke hari ni?"
"Tak la. Semua busy. Keluar dengan family dorang. Jom la pa, keluar. Bosan la duduk rumah."
"Yala, jom keluar. Along mana?"
"Along dalam bilik dia la. Ifah siap-siap ye. Oh ya. Ifah ajak Kak Ella tau." katanya lantas ke biliknya. Adrian pula membulatkan matanya. 'Aduhh ajak budak tu kenapa?!'
Ella menunggu di luar rumahnya. Dia tersenyum. Hari ni dia nak keluar dating dengan Adrian. Haha bukan dating la. Kelihatan sebuah kereta Honda berhenti di hadapannya. Cermin tingkap itu dibuka.
"Hai, Kak Ella!" Ifah membuka pintu lalu turun daripada kereta itu.
"Akak duduk depan ea." membulat mata Ella. 'Ha? Depan? Sebelah sir?'
"Eh takpela, Akak duduk belakang."
"Ala Kak, tak syok lah, Akak orang dewasa duduk belakang. Akak duduk depan ea, sebelah papa." katanya sambil tersenyum lalu membuka pintu belakang. Ella pasrah. Sebaik sahaja dia membuka pintu hadapan, dia tersenyum kepada Adrian.
"Hai, sir."
"Hai."
"Eh, takpe ke saya ikut sir sekeluarga ni?"
"Takpe, kitorang pun bosan duduk rumah. ade akak, best la juga." Sampuk Ifah.
"Ifah ni, kan akak cakap dengan Papa, janganlah menyampuk." tegur Adrian. Ifah mencebik.
"Papa tu, acuh tak acuh je layan akak, Ifah jawablah kan." katanya berterus terang. Adrian merasa malu.'Haih, ketara sangat ke aku ni?'
"Hm, kalau macam tu, takpela, saya takyah ikut lah." kata Ella sambil memegang pintu kereta.
"Eh jangan la Ella, awak dah ade dalam kereta dah ni. Saya okey je." Dia senyum manis ke arah Ella. Ella melting.
"Along, ajar adik jangan dok menyampuk je." Safuan yang sedang bermain pubg ketawa.
"Yalah pa, kau ni cuba jangan menyampuk!" Ifah hanya mencebik.
Pada hari itu mereka meluangkan masa bersama-sama. Ella paling gembira.
Serasa dia meluangkan bersama suami dan anak-anak. Ketika berjalan, matanya asyik ke arah Adrian je. Angau sangat gamaknya. Suka dia tengok Adrian melayan anak-anaknya.
Setelah puas melayan anak-anak bermain ice skating, mereka bergerak ke panggung wayang. Sedang mereka menghala ke situ, tiba-tiba Adrian ditegur oleh seseorang.
"Adrian!" Kelihatan seorang wanita berpakaian kebaya menghampiri mereka.
"Ish, apa Auntie Ina tu buat kat sini?" ujar Safuan sambil mencebik.
"Eh Ina, you dah balik sini?"Ella melihat wanita itu, perempuan itu tersengih-sengih sambil tubuhnya dilentik di hadapan Adrian.
Ella mencebik.'Macam gedik je.' Sekali tengok dah tahu, Ella tak berkenan dengan tingkah Ina.
"I baru je sampai. Hai Safuan, hai Ifah."
"Along, Ifah, salam Auntie." ujar Adrian. Mereka bersalaman. Mereka kelihatan kekok dengan Ina. Masam je muka mereka. Ina senyum. Dia melihat wanita di sebelah Ifah.
"Tu siapa pula? Anak buah you ke?" tanya Ina sambil menjeling tajam ke arah Ella. Ella mencebik. Dia memandang anak-anak Adrian yang kelihatan tidak selesa dengan Ina, dia senyum makna.
"Hai, saya kekasih Adrian." Adrian terkejut. Ina lagi la. Mata dah la besar. Pastu dibesarkan lagi. Safuan dan Ifah tergelak kecik.
"Haah Auntie, ni bakal Mama kitorang. Lagi cantik daripada Auntie." perli Safuan.
"You? I tak tahu pun, btw mudanya. " katanya dengan sinis. Dia memandang tubuh Ella atas bawah.
"Muda ke tua, kalau dah papa suka nak buat macam mana.. Papa.. cepat lah, nanti cerita dah start." ujar Safuan. Adrian pula seakan kaku.
"Abang.. Cepat lah. Anak dah tak sabar tu. Hmm btw makcik, kitorang pergi dulu ye! Bye!" Dia menarik tangan Adrian. Adrian hanya mengikut. Safuan dan Ifah pula ketawa.
"Eee kurang ajar, panggil aku makcik!" Ina merengus geram.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...