Ella mencari-cari kelibat Adrian. Tiada.
"Mana pula sir ni.." laju betul orang tua ni jalan. Tiba-tiba telefon di tangannya berbunyi. 'Ifah sayang' terus dia menjawab panggilan tersebut.
"Hello? Papa awak takde la, dia dah balik kut..." ujar Ella seraya mengaru kepalanya yang tidak gatal.
"Hello.. takpe, kalau akak ade jumpa papa, cakap dengan papa, Ifah dah balik dengan along.. ehh.. haa, tu haa papa, dia dah balik." Ifah keluar daripada rumahnya.
Sebaik sahaja Adrian membuka pintu kereta, Ifah terus menyerbunya.
"Papa! Telefon papa tertinggal ea? Akak ni cari papa tau!" bebel Ifah di corong telefon.
"Ha, telefon papa?" Dia meraba kocek seluarnya. Lalu dia menepuk dahinya.
"Tertinggal la sayang, bak sini telefon tu." Ifah memberi telefonnya kepada Adrian.
"Hello? Awak kat mana? Awak jumpa telefon saya kat mana?"
"Erkk dalam kelas sir.." Adrian mengerutkan dahinya. Macam kenal je suara tu.
"Ouhh yeke? Aduh, macam mana ye. Saya perlukan telefon tu. Awak student ke? Masih ade kat sana ke? Saya datang ambil ok."
"Eh takpe-takpe. Saya datang rumah sir lah kalau macam tu, kesian sir kena ulang-alik." Adrian terdiam. Sah, suara budak Ella tu. Dia memikirkan perluke dia suruh Ella datang ke rumahnya?
"Sir?"
"Ha okey, nanti saya send location, awak buka whatsapp saya ye." Ella tersenyum.
"Ada password ke?"
"Takde."
"Okey." Ella terus mematikan telefon itu. Tiba-tiba telefon itu berbunyi mesej. Terus dia bukak. Sempat dia check Whatsapp sir nya itu. Matanya ternampak nama seseorang.
'Ina? Siapa Ina? Perluke aku baca mesej dia? Eh takyah la, telefon orang ni Ella oii.'
Adrian melihat whatsapp nya online , tetapi chat nya tidak dibuka. 'Aduhh budak ni tengok whatsapp aku ke apa? Ah lantakla, bukan nya ade pape pun' lalu dia ternampak chat nya di seen. Lalu balasannya sticker love.
Adrian tersentak. 'Ee budak ni, bagi sticker love pula' cepat-cepat dia padam. Dia taknak Ifah tahu.
Ella tersenyum melihat telefon itu. Dia membelek-belek iphone 12 itu.
"Kaya betul sir ni, haa , selfie jap lah." Dia berselfie menggunakan telefon itu.
"Wah cantik juga kamera sir ni!" Lalu Ella mengambil gambarnya banyak-banyak.
Selepas itu, Ella menyalin number telefonnya lalu mengirim gambar nya itu di number telefonnya.
Ella senyum nakal. Selepas itu, dia menulis number telefonnya itu 'Ella sayang' lalu memadamkan chat itu. Dia senang hati.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...