Adrian meletakkan tangan ke dahinya. Dia teringatkan isterinya. Sungguh dia menyesal membuat isterinya merajuk dengannya.
"Sayang..abang mintak maaf.. abang rindu sayang..." Rintihnya. Frame yang berada di tepi meja diambil. Dia mengusap gambar isterinya itu. Sungguh dia rindukan isterinya itu.
Ella melihat gambar wajah Adrian dan dirinya di telefon. Dia mengeluh. Dia mengusap gambar tersebut lalu dia meletakkan telefonnya di dada.
"Abang... El rindu abang...." Dia menangis. Dia nak balik tapi hatinya belum sembuh kerana suaminya curang kepadanya.
"Halah-halah mak buyung ni apahal? Nangis-nangis pula. " tegur Wawa sambil duduk di katil Ella. Ella mengesat air matanya.
Bila pula budak ni masuk? Buat malu je dia nampak aku nangis.
"Kau baru balik dating dengan Ifwat ke apa?" Dia memandang tubuh Wawa yang bersalut dress. Wawa tersengih.
"Dia ajak aku teman pergi dinner je. " kata Wawa sambil senyum senyum. Ella membulatkan matanya.
"Dia propose kau ke apa?" tanya Ella. Wawa membulatkan matanya.
"Kepala otak kau propose. Dinner biasa-biasa je. " Wawa menjeling. Ella mencebik.
"Kau tu kalau rindu suami, pergilah balik." kata Wawa lagi.
Mendengarkan itu, wajahnya bertukar suram. "Hati aku sakit la."
"Ya Allah, tak sudah lagi ke kes makcik Ina tu?" Ella menjeling.
"Ni orang lain." Wawa terkejut.
"Orang lain? Siapa pula?"
"Abang Ad kau tu.. dia curang dengan aku...." Ella menangis, menekup wajahnya. Wawa bungkam.
"Kau srslah? Eh, laki kau tu dah tua kot, ade hati nak curang curang? Dasar lelaki tak sedar diri!" kutuk Wawa.
"Eii, laki aku!" Ella memuncung. Walaupun kena curang pun, hatinya sakit bila ada orang yang kutuk suaminya itu. Wawa tersengih-sengih.
"Ok maaf-maaf, so, dia curang dengan siapa?"
"Kawan kolej dia...." Wawa mengetap bibirnya. Ella mengesat air matanya.
"Jangan sampai ibu dengan ayah tahu... "
"Apasal pula?"
"Aku taknak diaorang risau la... Dah kau keluar la.. sibuk la!"
"Kau nak duduk sini sampai bila? Pergi la pertahankan hak kau tu!"
"Aku taknak!"
"Hbistu kau tak cintakan abang Ad ke? Eishh, aku tak percaya la dia curang dengan kau. Kau pergi la cakap dengan suami kau tu. Kau pertahankan hak kau tu. kau tu bini dia."
"Nak pertahankan apa? Mesti dia pertahankan perempuan tu. Mesti dia nak ce...."
"Halah kau ni. kau tu bini dia, kau ade hak pertahankan rumah tangga kau. Pasal bende tu, kalau ade jodoh, adalah. " ujar Wawa lagi.
YOU ARE READING
Sugar Daddy?
RomanceFateha Ella, seorang student yang cuba menambat hati seorang pensyarah iaitu duda anak dua yang kehilangan isterinya 5 tahun lalu, Adrian Kamal. Saya nak nak jadi awek sir! - Fateha Ella Sorry Ella, saya tak dapat terima awak. Jangan ganggu saya la...