"Saya dapat banyak aduan pasal awak." cikgu Syafiza memulakan bicara selepas beliau melabuhkan punggungnya ke kerusi empuk miliknya itu.
Aku bukan dibawa ke bilik disiplin, mahupun bilik kaunseling, aku dibawa ke biliknya sendiri. Sekolah aku ini agak mewah sedikit sebenarnya hasil sumbangan PIBG dan alumni-alumni sekolah. Jadi setiap guru ada ruangan privasi tersendiri dan dilengkapi pendingin hawa.
"Saya tahu kamu kenal saya. And saya nak kamu terus kenal saya as cikgu Syafiza from SMKBBA bukan from this school. Because I noticed a lot of differences here. Mind your attitude please Damia. Kamu student pandai. Do behave as it. Jangan ambil kesempatan dengan kebebasan yang diberi." sambung cikgu Shafiza lagi.
Aku mengangguk akur.
"Dah. Tolong saya panggil pelajar ni sekarang." kata cikgu Syafiza sambil menghulur secebis kertas.
Aku menyambut perlahan. Tertera nama Kak Piqa. Aku memandang pelik ke arah cikgu Syafiza tetapi cikgu Syafiza seolah-olah sibuk menyusun buku. Aku kemudian hanya mengatur langkah keluar bilik guru. Kaki terus laju menuju ke blok akademik. Dalam peluang yang ada ini, aku ambil kesempatan untuk bersiar-siar sebentar walaupun aku penat sebenarnya berdiri luar kelas tadi. Tak lama kemudian, aku sampai depan kelas Kak Piqa.
Aku beri isyarat supaya Kak Piqa keluar sekejap. Tanpa diminta, aku mencuri perhatian seisi kelas. Semua pandang slack sedangkan aku hanya buat bodoh. Dah biasa dah tengok form 5 benci aku. Kak Piqa keluar daripada kelas.
"Takda cikgu ke? Nak masuk boleh? hehe" aku saja bertanya.
"Takda. Masuklah kalau berani." jawab Kak Piqa.
"Hehehe takpelah. Semua pandang macam nak makan." balas aku pula.
"Tahu pun. Kenapa datang sini?" tanya Kak Piqa.
"Cikgu Piza panggil Kak Piqa" jawab aku.
"Piza?" Kak Piqa pelik.
"Oh i mean cikgu Syafiza. Thats the short one. hehe" balas aku lagi. Entah macam mana nama tu nampak cute. Actually aku nak gelarkan dia 'cikgu singa' tapi nampak tak nice pulak. Nanti kantoi lagi teruk aku kena.
"Ouhhh... Eh dia ajar Jiah?" tanya Kak Piqa lagi.
"Haah, tapi dia ajar sivik je." balas aku pula.
"Oh okay nanti Kak Piqa pergi jumpa dia." jawab Kak Piqa.
"Hm Jiah nak tanya boleh?" tanya aku.
"Kenapa Kak Piqa selalu jumpa cikgu Syafiza tu. Dia cikgu pusat sumber jugak ke?" sambung aku lagi. Aku tanya sebab aku selalu nampak Kak Piqa jumpa cikgu Syafiza dekat bilik guru. Kadang-kadang tu bilik warden cikgu Syafiza tu pun Kak Piqa pergi. Itu sebab aku musykil. Jadi aku anggap dia mungkin berbincang pasal pusat sumber since Kak Piqa pengawas pusat sumber walaupun nampak macam tak function sangat hahaha.
"Eh... Ermm tak la. Dia bukan cikgu pusat sumber. Masa dia datang haritu, Kak Piqa banyak tolong dia macam jumpa pengetua, tunjuk fasiliti kat sekolah ni dan macam-macam lagi la. Thats why." terang Kak Piqa panjang lebar.
"Ohhh macam tu. Ingatkan dia cikgu pusat sumber. Tak pun cikgu house Kak Piqa" balas aku pula.
"Eh? dia bukan cikgu Syahbandar ke?" Kak Piqa bertanya.
"Eh haah lupa pula." balas aku.
"Iya... Jiah takda kelas ke ni?" tanya Kak Piqa pula.
"Ada-ada. Nak pergi la ni. Bye." balas aku kemudian segera beredar. Aku tak nak Kak Piqa atau sesiapa pun la yang tahu apa yang terjadi tadi. Cukuplah sekadar tahan malu depan classmate aku je.
Aku kemudian berjalan merentasi beberapa kelas form 5 sebelum sampai ke tangga di hujung bangunan. Kelas aku di paras bawah jadi tangga itulah yang paling dekat untuk aku turuni. Tanpa diminta, aku ternampak lagi kelibat Piza itu. Aduhai, secara spontan aku menukar langkah walau aku tahu dia sebenarnya dah nampak keberadaan aku.
'Tolonglah jangan panggil aku'
"Damia!"
'ya Allah tolonggg... Aku tak nak kena attack lagi.'
Aku terpaksa juga berpaling dalam keadaan tunduk ke bumi kerana tak mampu bertentang mata lagi. Kepala pula ligat mencari jawapan paling munasabah.
"Pergi mana lagi ni? Daripada tadi tak masuk-masuk kelas?" tanya cikgu Syafiza sambil mengerling ke arah jam tangannya. Aku turun melihat ke arah jam tangan aku. Lebih kurang 20 minit juga masa dah berlalu.
"Saya panggil nama yang cikgu panggil tadi" aku memberi alasan. Masih lagi tak bertentang mata.
"20 minit?" tanya cikgu Syafiza lagi.
'Aduhhh kena lagi'
"Errr... hehe" aku hanya mampu tersengih.
Cikgu Syafiza kemudian berlalu pergi tanpa sepatah kata lagu. Nasib baik. Kalini aku terlepas daripada sebarang leteran atau tazkirah ringkas. Dengan pantas aku bergegas masuk ke dalam kelas dengan selamba.
"Kamu dari mana Nazihah?" tanya Puan Sufiah, cikgu kimia aku.
"Dari kelas form 5 tadi." jawab aku bersahaja.
"Meh sini hantar modul latihan" minta Puan Sufiah lagi.
"Hehehe... Ermmm saya hantar esok boleh cikgu?" tanya aku sambil tersenyum sumbing.
"Haihhhh ada-ada jela kamu. Esok hantar dekat meja saya." balas Puan Sufiah lembut kemudian kembali menyambung pengajarannya.
Dari jauh aku nampak Aida menjeling aku. Apa benda dia tak puas hati dengan aku pun aku tak tahu. Tapi aku seronok gak la sebab Puan Sufiah dikira masih bertoleransi dengan aku.
"Kenapa Aida tu?" aku ambil kesempatan bertanya kepada Suraya.
"Jangan peduli dia tu. Dia jeles la tu kau masih dilayan baik even tak hantar modul sedangkan tadi Puan Sufiah tegur homework dia salah" balas Suraya.
"Aik? Hahahahah patutlah muka macam tu." aku geli hati.
"Kau apa cerita tadi?" Suraya tiba-tiba tanya.
"Hm takda apa la" aku malas mahu menjawab.
'Dont mess with cikgu Syafiza'.
'Jap kenapa aku baru teringat dia house Syahbandar?'
'Ingatkan dia warden kat situ je'
'Aduh tak syok la pasni takleh rebel kaw kaw dekat ketua house tu'
'Why ah dia banyak gila persamaan dengan aku? House, Futsal, pastu ajar aku pulak tu.'
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...