Back to JIAH'S POV
Aku terjaga. Rasa seperti badan aku terhentak-hentak.
"Cik kejap ya. Kita nak pindahkan cik ke wad biasa." seseorang kata kepada aku.
Wad? Aku dekat hospital? Kejap, bila last aku sedar?
Kepala aku rasa sakit. Aku biarkan persoalan itu berlalu supaya tak menganggu otak aku ketika ini. Proses pemindahan aku agak menganggu sebenarnya. Panjang betul rasanya perjalanan yang dibawa. Naik lif itu, naik lif ini. Belum campur nak pindahkan aku ke katil lain. Sakit yang teramat sangat bila badan digerakkan.
Selesai pemindahan, aku rehat seketika. Nafas aku cuba normalkan. Mata pula aku cuba biasakan dengan cahaya yang ada. Kali ini aku dapat rasakan suasana yang semula jadi. Aku dapat bau udara luar. Aku dapat dengar bunyi alam. Burung yang bersiulan. Pohon yang bergoncang. Semuanya lah. Nyaman je rasa. Aku lihat sekeliling. Bilik ini bilik berdua. Jarak aku dengan katil sebelah agak jauh juga. Nasiblah. Ada juga sikit privasi.
"Nurse... Nak pergi toilet." kata aku selepas menekan butang 'call'. Canggih betul. Hospital swasta ke ni?
Nurse yang bertugas kemudian membantu aku untuk ke tandas yang turut berada dalam bilik yang sama. Sesudah masuk ke tandas, aku merenung cermin yang ada. Aku lihat keadaan diri aku yang tak bermaya. Muka aku memang pucat macam 5 hari tak diuruskan. Kepala aku berbalut. Tangan kiri aku turut berbalut. 'Ouh I cut myself that day...' aku teringat. Aku membelek lagi diri aku di cermin. Tertera perkataan Hospital KPJ di baju aku. Ohhh siapa pula memandai-mandai bawa aku ke sini? Selesai membuang hajat, aku kembali semula ke katil. Aku baca board di kepala katil. Tertera nama penuh aku beserta nombor wad. Aku belek pula buku-buku laporan doktor di hadapan katil aku.
'Paracetamol overdose and low blood pressure'
'Suicide attempt'
"No??! Aku tak suicide pun." aku cuba berdalih.
'Date admitted 29/8?'
"Its damn 3 days ago?? Lama betul." aku terkejut lagi.
Sekali lagi aku menekan butang 'call' tadi untuk mendapatkan bantuan nurse. Kali ni bukan bantuan fizikal, tetapi bantuan mental.
"Nurse busy ke?" soal aku.
"Kenapa tu?" tanyanya pula.
"Saya nak tanya sikit ni." aku menyatakan hasrat sebenar. Kelihatan nurse itu menarik kerusi rapat ke arah aku.
"Before saya pindah sini, saya dekat ward mana?" soal aku. Baru soalan pertama ya. Banyak lagi yang aku ingin persoalkan.
"ICU." jawabnya pendek.
And... I am too stunned to speak.
"Am I almost die?" soal ku lagi.
"Yup. What makes you did that?" soalnya sambil matanya tertumpu pada tangan kiri aku. Aku faham maksudnya.
"I don't know." jawabku jujur. Aku jujur tak tahu sebab atau punca aku boleh terfikir nak toreh tangan sendiri. Padahal pain tolerance aku rendah kot.
"Jiah! Kau dah okay?" Kak Izzah tiba-tiba menyerbu ward itu tanpa segan silu. Nurse kemudian bangun dan minta diri untuk pergi.
"Ini hospital ya kak Izzah, behave sikit." balas aku.
"Eh kau ni. Sakit-sakit pun tak nak kalah eh..." perli kak Izzah sambil mencubit lembut dagu aku. Aku tersenyum.
"Rindu aku tak?" soalnya lagi sambil memeluk aku.
"Tak." jawab aku pula.
"Huh berlagak betul." katanya sambil menarik kerusi di tepi katil aku.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...