BAB 30

742 35 4
                                    

Aku terjaga. Badan aku masih terbaring. Perlahan-lahan mata aku buka. Sakit. Urat sekitar mata seolah-olah direntap kuat. Aku tutup semula kelopak mata. Kepala aku juga masih sakit yang teramat sangat. Persekitaran sekeliling aku cuba raba. Aku nampaknya berada di atas katil tetapi bukan katil aku. Permukaannya sedikit berbeza.

"Aaahh..." aku mengaduh kesakitan. Tangan aku secara spontan memegang kawasan dahi akibat sakit yang teramat sangat.

"Jiahh... Kau okay ke?" satu suara menerpa gegendang telinga. Cuma sel-sel otak belum cukup kuat untuk berhubung untuk meneka siapakah gerangan individu tersebut.

"Nak air..." balas aku sambil memberi isyarat gelas. Tekak aku betul-betul kering.

"Okay jap." katanya lagi.

Sambil menunggu permintaan aku, aku cuba lagi sekali untuk membuka kelopak mata. Sedikit demi sedikit dan akhirnya aku berjaya. Aku lihat siling di atas diikuti dengan ruang sekeliling. Oh aku dalam sickbay. Keadaan di luar pula gelap. Sudah malam barangkali.

"Nah air. Kau okay tak?" tanya Kak Izzah.

Aku memandang kosong ke arahnya. Badan aku iringkan ke kanan dan gelas mula dicapai. Aku sisip air perlahan-lahan sehingga habis. Lega rasanya tekak ini. Tetapi kepala masih sakit dan badan terasa seperti mencucuk-cucuk.

"Kau kenapa ni? Tiba-tiba pengsan waktu training." tanya Kak Izzah lagi.

"Entah lah. Migrain kot sebab period." jawab aku.

"Kau makan tak?" Kak Izzah bertanya lagi.

"Belum lagi." balas aku pendek.

"Hm patutlah pun. Kenapa tak makan?" tanyanya lagi.

"Takda selera la... Ingatkan okay je." balasku lagi.

Tiba-tiba pintu sickbay dibuka. Cikgu Syafiza masuk. Aku mengeluh kuat. Aku tak tahu kenapa tetapi setiap kali melihat wajahnya, aku jadi Damia yang lemah. Aku nak semangat Nazihah aku semula. Cikgu Syafiza nampaknya ibarat sudah berjaya menakluk diri aku sendiri.

"Izzah, awak boleh gerak pergi prep dulu. Biar saya in-charge pula buat masa sekarang" kata cikgu Syafiza.

"Jiah tak makan lagi cikgu daripada pagi." kata Kak Izzah.

Aku mengeluh lagi sekali. Kenapalah Kak Izzah perlu bagitahu perkara itu? Aku malas nak susahkan sesiapa.

"Laaa patutlah. Awak pergi tengok dekat DM ada lagi tak makanan dinner. Kalau takda dah, minta akak tu goreng-kan telur ke apa. Kata untuk pelajar sickbay." arah cikgu Syafiza.

Kak Izzah mengangguk kecil kemudian mengatur langkah untuk pergi. Aku kembali menutup mata untuk mengelak sebarang perbualan.

"Okay ke?" tanya cikgu Syafiza dengan lembut.

"Em" aku membalas sepatah dengan mata aku bertutup.

"Kenapa tak makan?" tanyanya lagi.

"Takda selera." jawab aku pula. Aku kemudian berpusing membelakangkan cikgu Syafiza. Aku harap dia faham isyarat aku yang mahu berdiam diri tanpa sebarang perbualan.

"Nak pergi klinik?" tanya cikgu Syafiza lagi.

Aku menggeleng. Tak lama kemudian, Kak Izzah sampai dengan sepinggan nasi dan telur goreng. Bolehlah daripada takda. Perut aku pun sudah bermain lagu keroncong ini.

"Ni cikgu. Saya pergi dulu." kata Kak Izzah yang menyerahkan pinggan tersebut kepada cikgu Syafiza.

Sebelum Kak Izzah berlalu pergi, aku sempat mencapai pergelangan tangan dia. Aku meminta supaya dia tidak pergi. Aku cuba merayu sampaikan air mata aku mengalir dengan sendiri. Nampak drama tetapi aku sendiri tak tahu kenapa perasaan aku menghalang sangat Kak Izzah untuk pergi. Hati aku seakan sakit bila perlu bersama satu bumbung dengan cikgu Syafiza. Entah, perasaan yang aku susah nak ungkapkan. Dan aku tak ada sebab untuk itu, aku cuma rasa seperti itu.

Salah SarahWhere stories live. Discover now