BAB 53

592 31 0
                                    

Hasrat aku nak berehat dengan tenang memang terganggu habis lah bila memikirkan apa aku nak cakap sekejap lagi. Bukan apa, aku ni memang jarang bercakap depan kelas apatah bagi speech. Jujur aku kata, communication skill aku memang teruk. Kan aku pernah cakap dulu, teruknya masalah komunikasi aku sampai jad penyebab aku tak ramai kawan sekarang.

'Damn. Dah nak 11:30. Agak-agak kalau bagi alasan sakit perut boleh lepas tak?' tanya aku kepada diri sendiri.

Aku punya cuak memang tak boleh bawa bincang. Dada aku rasa berombak. Nafas aku makin pendek. Tangan menggeletar. Ini ke kapten yang korang cari? Haishh tiba-tiba rasa tak layak. Nak makan pun tak lalu weh walaupun menu harini sedap.

"Oi kau buat apa lagi tu? Jom ah." panggil kak Izzah yang muncul di sebalik sliding door lounge. Pft potong line betul la dia ni! Baru nak escape.

"Pergi la dulu. Jiah ada kerja jap." balas aku. Perasaan cuak cuba aku sorok. Aku yakin kak Izzah tahu berkenaan jawatan baru aku, tapi apa yang akan berlaku kejap lagi, pengumuman yang akan dimaklumkan sekejap lagi, kak Izzah mungkin tak diberitahu.

"Kerja apa pulak? Kau nak skip ehhhh? Skip tak ajak aku! Macam ni eh sekarang..." kata kak Izzah yang sudah menerpa masuk ke dalam lounge. Pintu lounge ditutup rapat dan kasut diletakkan di bahagian dalam. Dia ni serius ke nak skip? Hantu apa pula sampuk dia ni? Sebelum ni bukan main takut.

"Ehhh mana ada. Jom lah pergi. Jiah nak baring lagi 5 minit pun tak senang la. Dah jom jom jom." ajak aku.

Realitinya aku memang tak boleh skip. Satu sebab player futsal ni berapa ketul jelah ahli dia, confirm kantoi nanti. Kedua, aku dah diberi task 15 minit sebelum, kalau aku tak ada, nampak sangat nak lari daripada tanggungjawab. Yang ketiga, bila dengan cikgu Syafiza, mustahil aku boleh skip. Simpang malaikat empat puluh empat!

Aku dan kak Izzah kemudian berjalan beriringan ke court. Cikgu Syafiza minta semua duduk secara rawak. Aku dan kak Izzah ambil tempat paling belakang memandangkan kami pun lambat sampai.

"Okay Assalamualaikum semua. Nampaknya mini kem kita dah pun sampai dekat penghujungnya. Supposely petang ni kita ada another activity before BBQ, tapi kita cancel dan anjakkan BBQ ke petang since malam risau akan drag pula. Jadi before kita teruskan dengan itu, anyone boleh tolong recap apa yang dah kita buat dua hari ni?" minta cikgu Syafiza sambil matanya tertancap pada aku. Kenapa aku pulak? Tak pandai betul la kena bercakap spontan ni.

"Emm boleh saya cakap?" Diana meminta izin.

"Alright go on." cikgu Syafiza mempersilakan.

"Honestly, awal-awal tahu akan ada mini kem ni, saya tak berapa setuju." Diana memulakan kata.

Aku terkejut. Pernyataan berani mati budak ni.

"Tapi... suprisingly, saya nampak jelas keberhasilan kem ni. I would say saya nampak perubahan positif dalam team ni. Dari segi bonding, teamwork and the personal relationship as well. Start daripada day one kita start dengan fitness. And then the night activity that hits different. Lepastu pagi tadi kita hiking sama-sama as a new one. Overall, saya boleh kita, these two days are our fresh start. Saya harap everyone feel the same dan sama-samalah kita make sure kita berjaya as a team" kata Diana panjang lebar.

"Goodpoint. Thank you Diana. Anyone else?" tanya cikgu Syafiza. Sama seperti tadi, matanya tertancap lagi pada aku. Laju aku tunduk. Mengelak kontak mata.

"Okay tak apa kalau takda. Saya expect semua dapat sama seperti yang Diana cakap tadi. Kita work as a team, tak kisah la yang baru atau yang lama. Okay saya tak nak cakap banyak, saya jemput coach Saffa untuk sampaikan sesuatu." cikgu Syafiza berkata lagi.

"Baiklah how was it? Everyone enjoy tak dengan mini kem ni?" tanya coach Saffa dengan ceria.

Kami semua membalas dengan bersemangat.

"Okay good to hear that. Sorry saya tak banyak terlibat sebabkan kekangan peribadi. Jadi, macam cikgu Syafiza beritahu tadi, kita akan ada BBQ la as a treat untuk kamu semua. Honestly, saya nampak potensi dan skill yang bagus daripada setiap seorang daripada kamum Tak ada yang lebih, tak ada yang kurang. Semua sama sahaja. Jadi dengan ada bonding baharu, dan semangat as a team macam Diana cakap tadi, harapnya kita buat lagi baik la kan? Betul tak semua?" tanya coach pula.

Semua teragak-agak nak jawab. Tak nak bagi harapan sebenarnya.

"Aik? Tak boleh ke?" cikgu Syafiza menyampuk. Kerek betul weh. Dengan tangan bersilangnya. Ish!

"Bolehhhhhh!!" semua jawab dengan kuat. Aku sorang je kot rasa terpaksa.

"Bagus. Dalam masa yang sama, kita ada kakak-kakak kamu ni buat kali terakhir lah dengan kita. Jadi, bagi meraikan senior-senior kamu yang dah nak bersara ni, saya nak jemput lah wakil untuk bagi sedikit ucapan. Izzah boleh?" coach Saffa memanggil kak Izzah.

Terkejut kak Izzah tiba-tiba dipanggil. Tapi kak Izzah kan, cool je. Dah biasa membebel.

Kak Izzah berdiri dan mula berucap. Lancar sahaja ungkapannya mewakili rakan-rakan yang lain. Aku tak tahu la dia auta ke apa, tapi bagi aku, tiap bait perkataan yang keluar daripada mulutnya, semuanya buat aku kagum. Aku cuba untuk fokus supaya dalam curi sedikit point-point yang boleh aku selitkan dalam ucapan aku. Jangan expect lebih, aku bajet 2 minit je untuk aku cakap. Nak cakap lama seperti kak Izzah ni, memang tak lah. Ni pun dia belum habis lagi.

"Haa dengar amanat panjang daripada kapten kamu tu. takpe Izzah, saya faham kamu dah lama tak conquer kat depan ni kan hahaha" coach Saffa tergelak sedikit kerana menyakat kak Izzah. Yang lain turut terhibur sama.

"Okay yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Haa untuk pengetahuan semua, sebentar tadi bekas kapten futsal sekolah kita. Jadi, sekarang saya akan umumkan kapten yang baru lah untuk team yang sekarang ni. Pemilihan ni dibuat berdasarkan kriteria yang saya dan cikgu Syafiza dah tetapkan. Saya harap semua bersetuju dan boleh beri kerjasama dengan kapten kamu yang baharu. So nak tahu ke siapa? Saya minta Izzah sekali lagi ke depan. Serahkan jersey ni pada kapten baharu" sambung coach Saffa.

Kak Izzah sekali lagi bangun menuju ke hadapan. Aku mula cuak. Walaupun belum tentu lagi jawatan tu milik aku.

"Alright lepas saya sebutkan nama, minta kapten baru ni datang ke depan dan bagi sedikit ucapan ya. Kena kalahkan ucapan kapten lama hehe." gurau coach Saffa lagi. Masih lagi menyakat kak Izzah. Kak Izzah dah bermasam muka hahaha.

Satu per satu muka ahli team aku pandang. Semua memaparkan reaksi yabg berbeza-beza sambil tertunggu-tunggu pengumuman penting itu.

"Baiklah... Saya dengan cikgu Syafiza sudah sebulat suara memilih....

Salah SarahWhere stories live. Discover now