BAB 54

684 39 1
                                    

"... memilih Damia Nazihah sebagai kapten baharu." sebut coach Saffa dengan bersemangat.

Aku terkedu. Walaupun aku sudah tahu. Nampaknya masanya telah tiba. 5 saat juga aku ambil masa untuk bangun. Takut. Teruja. Semua perasaan mula menerpa.

"Okay harapnya dengan pimpinan Damia Nazihah lepasni, kita semua dapat buat lebih baik." kata coach Saffa sewaktu aku sibuk pura-pura sibuk menyambut jersey yang diberikan oleh kak Izzah.

"Baik. Berikan sepatah dua kata?" jemput coach Saffa kemudian berlalu ke tepi. Kak Izzah juga sudah kembali ke tempatnya.

Kini aku sendiri berdiri di hadapan yang lain. Air liur aku telan. Takut. Tangan aku shaking. Aku mengalih pandangan ke arah cikgu Syafiza di belakang. Tangannya masih bersilang dan mukanya masih kerek. Ish tak membantu betul. Nafas berat aku lepaskan. Aku membuka mulut melepaskan getaran daripada peti suara aku.

"Err... Hai semua. Sejujurnya aku tak tahu nak cakap apa. I'm honoured to receive this. Unexpected sangat-sangat. As a new player dalam team, aku personally nampak sinar dekat kita semua. Everyone ada kelebihan masing-masing. Panjang la kot kalau aku nak sebut satu-satu. So to make it short, aku harap semua dapat terima aku as new captain. Apa-apa masalah nak bincang ke apa, boleh terus inform untuk avoid any misscommunication. Kalau aku sendiri silap, korang pun berhak untuk tegur and kita betulkan mana yang kurang antara kita. Objektif kita just nak menang. Okay? Itu sahaja, terima kasih." aku mengakhiri speech aku. Pendek gila tapi kisah pulak aku hahhaha. Itu pun dah cukup bergetar weh suara.

"Damia malam ni jumpa saya dekat bilik warden." cikgu Syafiza tiba-tiba menegur aku sewaktu aku sedang memilih ayam.

"Ada apa?" tanya aku. Ada hal futsal yang belum selesai ke?

"Mentor mentee." jawab cikgu Syafiza.

'Damn!'

"Err... Tapi kan ada slot badar." tanya aku.

"Kita buat lepas tu." katanya lagi.

" Ohh emm kita postponed next week tak boleh ke cikgu?" soal aku mengharapkan pertimbangan. Aku sumpah tak sentuh lagi homework bio aku.

"Takpe, kita buat short je. Pukul 10:00 sampai 11:00 macam tu." balasnya lagi.

'Short? Sejam gak tu!' omelku sendirian.

Jam tangan aku renung. Sekarang dah pukul 4. Tak sempat oi! Aku kantoi dengan dia malam tadi kan? Takkan dia bagi aku masa beberapa jam je untuk complete-kan. Fuhhh gila.

Aku bergerak ke tempat duduk selepas memilih ayam. Aku tak respon langsung pada perbualan terakhir kami. Penat. Aku nak merajuk. Dia tak pernah faham aku! Hilang mood aku nak makan.

Sesudah berkemas, aku naik ke dorm untuk mandi dan siap. Aku nak ke kelas untuk dapatkan buku teks bio aku. Dia biar at least aku tak siap kerja tapi dapat jawab soalan daripada otak kosong lagi susah. Cikgu Syafiza tu bukan boleh predict.

"Haihh apalah nasib... Tak boleh nak senang sikit." aku mengeluh.

"Eh awal turun. Bukan baru balik ke tadi?" soal Kak Sha yang duduk di koridor blok. Team futsal sebenarnya diberi pengecualian untuk tidak turun riadah harini, jadi mungkin Kak Sha pelik tengok aku turun awal.

"Haa nak ambil barang dekat kelas jap. Untuk mentor mentee malam nanti." jawab aku.

"Aik? Buka mentor mentee biasa buat hari ahad ke?" soal kak Sha lagi.

"Hm. Nak buat macam mana..." balas aku sambil mengangkat bahu.

Aku pun bergegas ke kelas mencari segala bahan rujukan yang aku perlukan. Selesai ambil apa yang patut, aku terus ke bilik bacaan blok untuk menyiapkan apa yang patut. Pertama sekali aku baca terlebih dahulu topik tersebut dalam buku teks untuk mendapatkan gambaran awal, kemudian baru aku cuba untuk jawab soalan yang ada. Masa yang singkat betul-betul buat aku nervous dan hilang fokus. Aku tutup kembali buku tepat jam 6:30 petang.

Salah SarahWhere stories live. Discover now