"Cik siapa ya? Kakak dia ke?" soal jururawat itu.
"Saya warden dekat asrama dia tinggal." jawabnya lagi.
"Ohhh... Macam ni, kaki Damia ni luka dalam dan kemungkinan ada benda lain termasuk sama dalam kulit dia. Jadi kami perlu segerakan pembedahan kecil dan mengenakan beberapa jahitan." terang jururawat itu.
'Fuhh ada benda lain? Patutlab sakit semacam.' aku bermonolog selepas mendengar perbualan tersebut.
"Okay proceed." jawabnya tanpa ragu-ragu. Confident betul ya bagi keputusan tanpa tanya aku? Aku mengeluh.
"Ada apa-apa dokumen perlu saya sign ke?" soalnya lagi.
"Oh tak ada pun cik. Tapi kalau cik perlukan dokumen hitam putih, pihak klinik boleh buatkan." jururawat itu berkata lagi.
"Tak apa. Tak perlu. Tapi saya nak ada bersama sewaktu rawatan dibuat boleh?" katanya lagi.
"Boleh cik. Silakan." jemput jururawat itu.
Aku tersentak. Sedari tadi aku hanya mendengar perbualan itu daripada jauh. Tiba-tiba cikgu Syafiza berdiri di sebelah aku.
"Okay ke?" tanyanya.
Aku terkedu. Rasa terharu pun ada. Lenggok bahasanya sangat lembut dan seperti caring.
"Okay je." balas aku acuh tak acuh.
Kenapa entah aku dingin sebegini. Ego siot. Padahal aku yang salah. Aku menyesal. Tapi benda dah cakap, tak boleh dah nak tarik balik.
"Nanti kalau kena jahit, jangan nangis tau." kata cikgu Syafiza sambil tersenyum.
"Ish mana ada. Saya kuat la." balas aku juga tersenyum.
Ish hati aku berbunga-bunga. Sumpah. Aku tak faham kenapa tapi aku rasa itu. Aku rasa seperti disayangi. Aku rasa keberadaan aku disedari. Seronok. Jaranglah orang kisah pasal aku. Biasa luka macam ni, aku selalu diam je.
"Cikgu, kira malamni cancel mentor mentee la kan?" tanya aku. Sengaja mahu berseloroh. Tapi macam tak kena waktu pula kan?
"Sempat lagi eh fikir nak cancel? Tengoklah macam mana. Kalau darah dah habis, bolehlah mentor mentee. Belajar kan guna kepala je, kaki tak effect pun." balasnya pula. Sarkastik juga.
Aku mencebik. Dia pula tersenyum. Kemudian aku pula tersenyum. Ah comel! Rasa sakit aku semua umpama hilang semuanya.
Tak lama kemudian, rawatan dimulakan. Aku dapat rasa kaki aku digodek-godek dan dijahit. Sakit tu tak berapa rasa mungkin sebab sudah dibius. Cumanya ia lebih kepada rasa ngilu.
"Okay siap. Cik boleh bawa dia ke depan dan tunggu nama dipanggil ya." kata jururawat itu.
Aku kemudian ditolak oleh cikgu Syafiza ke kawasan hadapan klinik. Rasa macam puteri raja ya bila aku hanya duduk dan orang tolakkan.
"Lapar tak?" tanya cikgu Syafiza.
Aku lantas mengerling jam di tangan. Sudah pukul 7:30 malam. Patutlah sunyi sahaja klinik ni. Dekat luar pun dah gelap.
"Lapar." balas aku pendek. Aku punya nafsu makan memang based on jam. Pukul 7 sarapan, pukul 2 lunch, pukul 6 dinner. Entahlah. Aku rasa deria lapar aku dah rosak. Aku susah nak rasa bila aku lapar, bila aku kenyang.
"Okay, kejap lagi kita beli makanan." balasnya pula. Hati aku bertambah berbunga.
"Cikgu, saya boleh dapat MC seminggu tak?" tanya aku. Sengaja mahu berseloroh lagi. Tak makan saman betul aku ni. Risua salah cakap, tak pasal-pasal kena debik.
"Nanti saya minta." balasnya dengan wajah serius. Takut aku. Aku main-main je.
"Eh takyah lah. Saya gurau je." kata aku pula. Risau pula kalau dia minta betul-betul.
![](https://img.wattpad.com/cover/226917972-288-k753050.jpg)
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...