BAB 46

594 31 4
                                    

Kak Izzah orang pertama bangun. Peh kental. Aku tiba-tiba tersengih bila teringat cerita dalam bilik cikgu Syafiza pagi tadi. Tak lama kemudian, Diana bangun. Aku terkejut. Jarang dia ni admit silap dia.

'Ah aku ni cakap orang. Aku pun sama' marah aku. Dekat diri sendiri.

Aku pun bangun. Bangun dan tunduk. Aku tak nak bertentang mata dengan cikgu Syafiza. Takut satu, malu pun satu. So basically, semua orang bangun. Everyone rasa benda sama. Sebab apa? Silap dekat mana?

"Nampak? Korang takda bonding. Takda teamwork! Korang tak bina benda paling penting sekali." cikgu Syafiza mula tinggi suara. Ah sudah!

"Player form 5 ni. Kamu recruit player baru ada buat macam orientation tak? Mentoring ke? Yang lama terima yang baru, tolong guide. Yang baru fit in dalam team. Ada buat tak? Izzah?" dia aim player senior pulak. Ah risau!

Aku jeling kak Izzah di sisi. Dia menggeleng.

"Supposely ada. Ni korang tahu tak adik-adik kamu ni tak boleh lagi berlatih sendiri. Masing-masing keras kepala. Ada yang nak tukar position sesuka hati. Ada yang in out team ikut suka. Yang duduk berpuak, pulau orang tu, pulau orang ni. Yang tak berani nak bersuara pun ada. Padahal satu team kot." sambung cikgu Syafiza lagi. Kali ni nampaknya dia khususkan kepada para pemain lama yanh dah bersara. Nasib dorang kena panggil hari ni untuk kena brainwash je.

Aku ni daripada awal cikgu Syafiza membebel sampailah sekarang, asyik tunduk je. Puas aku kuis-kuis tanah tu sampai kotor hujung kasut aku. Aku bukan apa, walaupun dah selalu tengok dia marah, tapi kali ni macam lain. Aku rasa aku punca.

Tapi yang bagusnya, cikgu Syafiza tak mention isu haritu. Dia tak point salah orang ni ke, orang tu ke, takda. Semua salah sebab kitorang team. TEAM. Okay.

"Peraturan kita pun ntah ke mana. Tournament nak dekat ni. Sedar tak?" tanyanya pula.

Semua diam. Aku yakin semua tak berani. Coach Saffa pun nampaknya dah mula ambil tempat di hujung penjuru court. Risau agaknya.

"TAK BOLEH MINUM AIS, AIR BERGULA DAN AIR GAS." tekan cikgu Syafiza.

"Makanan-makanan tak sihat yang kamu selalu beli dekat koop la, dekat kantin semua tu elakkan. Keep your body fit." sambungnya lagi.

"No teh ais. No coffee ice. No ice cream semua benda tu jangan buat masa sekarang." jelasnya lagi. Kali ni aku rasa dia point dekat aku since aku selalu terserempak dengan dia masa beli air ikat tepi dekat kantin. Teh ais dengan kopi ais makcik kantin memang padu. Aku tak tahan!

"Boleh semua?" tanya cikgu Syafiza mahukan kepastian setelah sekian lama kami berdiam.

"Bolehhh." jawab kami tapi masih dengan nada sayup-sayup.

"Okay so, weekend ni saya nak buat satu mini kem untuk kita semua. Wajib. Wajib juga untuk form 5. Anggaplah kamu nak berbakti buat kali terakhir dan turunkan semua ilmu, nasihat dan pesanan dekat diorang ni." kata cikgu Syafiza.

"Kem ni mostly untuk bina bonding antara you all. Ada a few jugak berkaitan futsal. Paling best ada BBQ" sambung cikgu Syafiza lagi.

"Aik? Tak seronok ke? Tepuklah sikit..." minta cikgu Syafiza. Kali ni nada dia lebih ceria sedikit. Nak naikkan semangat balik agaknya.

"Woahhhh" kak Ros tepuk tangan dan bersorak. Kemudian diikuti dengan yang lain dan gelak ketawa. We got the mood already!

"Tapi tidur dalam khemah." kata cikgu Syafiza lagi.

"Alaaaaaaa" semua merungut. Siapa je sanggup?

"Takdalah. Gurau je. Kem kita dekat dalam sekolah je pun. Nama pun mini kem. Nak buat persiapan banyak pun tak sempat dah. Hari ni hari rabu dah, jumaat kita buat." katanya lagi.

"So tidur dalam dorm sendiri ke cikgu?" tanya Tiah.

"Iyelah. Takkan nak tidur dalam bilik saya kot?" gurau cikgu Syafiza sambil ketawa kecil.

Haish! Jarang nampak dia gini. Comel la pulak.

"Okay dah pukul 5:35. Lama jugak eh saya bercakap. Saya lepaskan awal hari ni. Esok datang macam biasa. Form 5 pun sama ya esok." pesan cikgu Syafiza sebelum melepaskan semua pergi.

"Damia sini sekejap." panggil cikgu Syafiza pula. Aku baru nak merasa nikmat balik riadah awal.

"Ya?" tanya aku.

"Malam ni lepas prep datang bilik saya. Tolong saya buat surat dengan itinerary." kata cikgu Syafiza.

"Ermmmm malam ni bukan Syahbandar ada perjumpaan ke cikgu? Pasal mentor mentee tu?" aku membalas.

"Oh haah la. Hmmm macam mana eh? Ha buat sekarang la. Jom ikut saya pergi bilik." kata cikgu Syafiza.

"Oh ha okay" balas aku pula. Ikut pergi bilik? Tak tahu kenapa, tapi aku awkward. Serius.

Aku pun ikut dia ke bilik dengan laju memandangkan waktu riadah pun macam dah tak lama berbaki. Sesampainya di bilik, aku diminta untuk membuka laptop kepunyaannya. Ah tak biasa betul buka barang orang ni. Tapi laptop tu takda password pun, maybe pinjam sekolah punya. Bila laptop dah terbuka, aku pun terus ke bahagian microsoft untuk buka word. Mujur aku selalu mengendalikan komputer atau laptop ni masa perlu buat kerja kursus PT3, tak ada la buta IT sangat

"Cikgu, nak tulis macam mana ni?" soal aku.

"Kamu pernah tulis surat rasmi tak?" cikgu Syafiza menyoal kembali.

"Karangan BM pernah lah." jawab aku walupun tak ingat sangat pun.

"Oh. Ermmm okay, macam ni, kamu buka dokumen tajuk dia Permohonan Menggunakan Bilik Komputer Sekolah, lepastu kamu rujuk je yang itu. Tukar-tukar la mana yang berkaitan. Ni nak buat permohonan nak buat kem 3 hari 2 malam di kawasan sekolah, dan kebenaran pelepasan pelajar untuk prep dan aktiviti asrama. Kem kita start jumaat petang sampai ahad pagi. Buat jelah macam mana pun nanti saya check and edit semula." jelas cikgu Syafiza panjang lebar.

"I see..." balas aku yang masih sedang menghadam setiap maklumat.

"Itinerary?" soal aku pula.

"Oh yang itu pula untuk lampiran. Nanti tulis turut dilampirkan tentatif perkhemahan atlet futsal sekolah. Tak silap saya dalam contoh saya cakap tadi ada lampiran juga, ikut je ayat macam tu. Itinerary tu kamu letak dulu aktiviti-aktiviti umum, nanti kita bincang semula." balasnya.

"Saya nak pergi mandi dulu. Ada apa-apa soalan?" tanyanya lagi.

"Errr takda-takda." balas aku. Awkward. Dia ni time ni la nak mandi. Aku sorang-sorang gini lagi la pishang.

Selepas cikgu Syafiza berlalu pergi, aku cepat-cepat mencari dokumen yang disebut tadi sebagai rujukan. Aku baca satu per satu perkataan di dalamnya untuk fahamkan setiap perkara.

'Oh macam ni je ke surat rasmi' kata aku.

Dokumen baru aku buka dan copy paste maklumat tadi. Daripada atas aku tukar setiap maklumat yang perlu ditukar. Alamat kepada pengetua. Tajuk pula permohonan melaksanakan perkhemahan latihan intensif buat atlet futsal sekolah. Wah nampak bijak kan. Aku main bantai je janji ayat sedap. Objektif aku letak nak tingkatkan semangat sepasukan dan uji kemahiran pemain. Sasaran peserta of course player futsal. Aku kira tadi ada 12 orang total, tambah 1 guru pembimbing dan 1 jurulatih. Lampiran turut aku sertakan dan diakhiri dengan nama cikgu Syafiza.

'Oh itinerary.' aku teringat.

Page seterusnya aku tambah dan mula membuat jadual untuk tentatif. Basically aku ikut sebagaimana rutin asrama seperti makan, solat dan mandi. Cumanya aku tukar part prep dan perjumpaan rumah tu kepada aktiviti 1, aktiviti 2 dan aktiviti 3. Hahahahha senang bukan? Umum teruk.

'Fuh siap yang pertama' aku sedikit lega.

Jam menunjukkan pukul 5:55. Ah tak sempat ni.

"Dah siap ke?" tiba-tiba cikgu Syafiza keluar dengan rambut yang basah. Mata aku membulat. Tak berkelip.

Salah SarahWhere stories live. Discover now