Semua terdiam. Power ke tak power cikgu Syafiza ni, dia belum marah teruk-teruk pun kitorang dah takut.
"Hm? Cuba bagitahu kenapa. Daripada tadi bising. Macam tak borak setahun. Cerita itu cerita ini. Dah form 5 kan?" kata cikgu Syafiza lagi. Kali ini lebih tinggi suaranya. Nampak betul-betul fade up dengan kami semua. Cumanya dia lebih kepada tujukan dekat kak Izzah, kak Sha dengan kak Piqa sebab dia bercakap sambil pandang mereka bertiga.
"Dah form 5 punnn perangai macam ni. Lepastu dah nak dekat SPM dah pun makan lagi makanan-makanan macam tu. Piqa, simpan plastik tu!" sambungnya lagi. Tiber makanan dipersalahkan.
"Ish ish ish. Tak berkhasiat." aku mengomel sendirian. Sengaja mahu tambah bara pada api memandangkan muka yang lain dah berubah 360°.
"Ni pun sama. Tak padan dengan sakit, nak berebut makanan jugak!" cikgu Syafiza tiba-tiba mencubit lengan aku.
"Ha??? Apa saya pulak cikguuu..." aku mengaduh kesakitan. Clueless dengan situasi tersebut. Tiba-tiba jadi mangsa. Ini yang aku malas duduk depan ni. Tangan bisa dia laju je sampai dekat aku.
"Dah. Yang belakang tu diam sikit. Nak sampai sekolah dah ni. Kalau berbunyi lagi siap eh." cikgu Syafiza beri warning sambil meneruskan pemandu.
Aku turut berdiam diri. Risau kena cubit lagi sekali. Tiba-tiba tangan kak Izzah muncul di bahu kiri aku. Kak Izzah memberi isyarat "thumbs up" tanda 'padan muka'. Aku menampar tangannya kuat.
"Cikgu!! Tengok kak Izzah ni kacau saya!" aku mengadu.
"Izzah!" cikgu Syafiza menegur tanpa memalingkan muka oleh sebab fokus memandu. Kak Izzah cuma berdiam diri. Aku pula tersenyum puas.
"Kauuu!! Pandai mengadu eh sekarang. Tahu la student kesayangan!" giliran kak Izzah pula cubit lengan aku selepas sahaja turun daripada kereta.
"Ahhh sakit lah! Cikguuuu..." aku konon ingin mengadu lagi. Padahal cikgu Syafiza dah jauh ke depan dah.
Sampai sahaja di sekolah tadi, kami semua diturunkan di depan dewan dan dibenarkan terus naik ke dorm memandangkan prep petang kurang daripada 20 minit sahaja lagi bakal tamat. Kak Sha dan yang lain memimpin aku sampai ke atas. Kami kemudian duduk berehat sebentar sebelum yang lain pulang ke dorm untuk siap sedia riadah.
"Ish kau ni. Kuat ngadu la." marah kak Izzah lagi.
"Dah lah salah kau, aku yang terlibat sama. Rugi masa petang aku nak rehat. Penat lah macam ni." rungutnya lagi kemudian mengambil tempat di sebelah aku. Kami duduk di atas katik aku dan Raudhah. Kira aku dengan kak Izzah berhadapan dengan kak Piqa dengan kak Sha.
"Eh tak habis lagi denda kau?" kak Piqa mula menyoal.
"Belum." balas kak Izzah sepatah.
"Jap. Denda apa ni?" aku mula keliru.
"Ha tu lah kau. Tahu nak mengadu je. Last-last aku juga yang kena." kak Izzah masih mencari pasal. Aku masih tak faham.
"Ni ha. Izzah kena denda kemas stor sukan asrama." kak Sha menjelaskan.
"Lahhh kenapa pulak?" aku masih tak dapat tangkap.
"Sebab kes kita keluar sekolah tu lah. Kan kita pergi tangki air tu. Situ kan kawasan larangan." jelas kak Izzah sendiri.
"Oh." aku speechless. Tak sangka.
"Tapi bukan haritu cikgu Syafiza macam backup kita ke? Yang dia cover dengan cikgu Wan tu?" aku masih mahukan kepastian.
"Memang la... Kau bukan tahu aku kena ceramah sepanjang dekat klinik tu. Tapi aku mengaku gak la salah aku sebab kenalkan tempat tu dekat kau. Tapi still, kenapa aku sorang hm. Kau pun satu, macam mana la boleh jatuh. Kalau tak, takda siapa tahu kita pergi sana." kata kak Izzah.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...