BAB 38

603 34 4
                                    

Majlis dah bermula. Macam biasa awal-awal mesti ada ucapan berjela kan? Makin bertambah mengantuk aku. Aku lihat cikgu Syafiza asyik melihat ke arah kawasan tempat duduk aku. Lagi seram! Tak kasi chance langsung nak bahagia sekejap.

"Mengantuk lagi ke?" seseorang bertanya.

'Damn! Macam mana dia boleh ada sebelah aku siot. Guna ilmu apa dia ni?' aku mempersoalkan setelah terpampang wajah cikgu Syafiza di sebelah aku.

"Hmm?" tanyanya lagi.

Aku taktahu nak jawab apa. Buntu teruk!

"Nah." dia meletakkan dua biji gula-gula di atas riba aku kemudian pergi.

'Sweet gila' hati aku berdetik.

Aku meneliti gula-gula tersebut. Gula-gula hacks. Tiba-tiba aku teringat. Gula-gula inilah yang Sarah kerap bagi aku bila mana aku mengantuk dalam kelas. Katanya HACKS bermaksud Hanya Aku Cinta Kau Seorang. Ah rindunya! 

Tanpa sedar aku tersenyum. Plastik gula-gula aku buka perlahan-lahan. Bukan risau kena marah sebab bising, tapi takut orang sebelah minta. Dah la ada dua je ni. Hehehe...

"Jom makannnn..." kak Izzah mengajak.

Majlis dah habis. Lama juga sebenarnya. Sepanjang majlis, memang aku rasa kosong ya. Bosan gila. Nak tidur tak boleh. Nak borak takda kawan pula. Jadi memang aku duduk tegak je sampai ke sudah.

"Kau nak makan apa Sha?" kak Izzah bertanya kepada kak Sha. Aku hanya mengekor sahaja di belakang. Aku tak tahu kenapa tapi rasa sangat tak bersemangat. Sepanjang rehat itu, aku hanya fokus dekat makanan aku. Yang lain pun tak berani tegur aku. Mungkin muka aku terlalu tegang kot. Entahlah.

Selepas selesai makan, kami semua kembali semula ke kelas masing-masing.

"Cikgu Wani tak masuk. Dia pesan suruh sambung latihan sebelum ni." kata ketua kelas aku seraya aku sampai ke dalam kelas.

Berita baik ni! Aku boleh rehat.

"Jiah... Pergi kelas sebelah." kata Suraya sewaktu aku baru sahaja melabuhkan punggung.

"Eh kenapa pulak?" tanya aku.

"Cikgu Syafiza panggil." jawab Suraya.

"Aduhhhh... Asal aku. Mood dia okay tak?" soal aku lagi. Setahu aku takda pula aku buat salah apa-apa.

"Entahlah. Tak boleh nak predict. Pergilah cepat." gesa Suraya lagi.

"Kejap lagi la... Aku nak tidur sekejap je boleh tak? Mengantuk gila ni." rayu aku.

"Alahaii sempat pulak kau. Nanti dia marah macam mana?" Suraya pula cuak.

"10 minit je. Nanti kejut aku k." kata aku kemudian mula meletakkan kepala di atas meja. Taktahulah. Bila masuk kelas je auto mengantuk. Time dekat kantin tadi elok je.

Aku terus melelapkan mata. Semoga bangun-bangun SPM semua dah habis la, penat nak hadap semua orang. Eh? Mimpi jela boleh skip masa macam tu.

"Siapa Damia Nazihah? Cikgu Syafiza panggil." tanya seseorang di muka pintu. Aku terus mengangkat kepala.

"Ha sekejap-sekejap." balas aku sambil membetulkan tudung di kepala. Siot betul lah, baru nak bermimpi.

Aku kemudian mengekor budak tadi tu ke kelas sebelah. Sampai di muka pintu, aku tidak terus masuk. Malahan aku meminta izin untuk ke tandas sebentar. Muka mengantuk weh, takkan nak kantoikan diri sendiri. Mujur cikgu Syafiza mengangguk sahaja tanda memberi keizinan. Selesai sesi menyegarkan diri di tandas, aku kembali ke kelas di mana cikgu Syafiza berada. Cuak juga sebenarnya. Aku teringat peristiwa pahit dalam kelas tingkatan 2 dulu. Serius memalukan.

Salah SarahWhere stories live. Discover now