Perlahan-lahan aku menolak pintu dorm. Masih kosong. Pak Cik Fauzi hantar aku awal hari ini sebab sebelah petang dia perlu hantar abah ke tempat lain pula. Aku hanya setuju. Aku kemudian perlahan-lahan menuju ke katil milik aku. Cadar ditepuk-tepuk untuk menghilangkan debu. Walaupun hanya seminggu, tetapi debu yang ada ibarat ditinggalkan lebih lama. Aku duduk sebentar sebelum mula mengemas.
"Eh awal sampai Jiah?" tegur satu suara. Kak Sha.
Aku hanya membalas dengan pandangan mata yang berat. Penat. Aku cuma mahu lelapkan mata sekarang. Perut berbunyi tetapi dewan makan tak sediakan makanan tengahari kerana pelajar baru sahaja balik daripada cuti. Aku kemudian ambil keputusan untuk tidur.
"Jiah, bangun. Dah solat asar belum? Kejap lagi nak dinner dah ni." kejut Kak Sha.
"Hm? Hm K." aku membalas dalam keadaan masih mamai.
Aku membuka mata perlahan-lahan. Setiap pelosok bilik aku renung. Oh aku baru sedar aku di sekolah. Dalam dorm. Nampaknya sudah ramai yang pulang. Perlahan-lahan aku bangun daripada pembaringan. Kepala aku agak sakit mungkin kerana terlalu lama tidur petang. Jam dinding aku renung. 5:50pm. Lantas aku mencapai alatan mandi dan masuk ke dalam bilik mandi. Selesai mandi, aku turun ke surau tingkat bawah untuk menunaikan solat asar. Setiap blok memang ada surau kecil sendiri untuk solat subuh, asar dan isyak. Solat zohor dan maghrib kami semua berjemaah di surau sekolah yang terletak berdekatan dengan blok akademik.
"Jom Kak Sha." aku mengajak Kak Sha pergi ke dewan makan. Lapar betul rasanya.
"Jap. Jiah tunggu kat luar dulu la. Kak Sha nak cari barang jap." jawab Kak Sha.
Aku cuma mengangguk dan menunggu depan pintu dorm. Kasut sudah sedia aku pakai hanya tunggu Kak Sha supaya aku boleh pecut ke dewan makan je. Tiba-tiba aku terdengar pintu bilik warden berbunyi tanda seseorang mahu keluar. Terpampang wajah cikgu Syafiza beberapa saat selepas itu. Kami bertentang mata.
"Shit." aku tercarut dan secara spontan mengalihkan pandangan.
"Kak Sha... Dah ke belum?" sengaja aku bertanya untuk mengelak didatangi oleh cikgu Syafiza itu.
Dari hujung mata aku melihat cikgu Syafiza menuju ke tangga untuk turun. Aku lega. Kak Sha kemudian muncul di depan pintu dorm dan kami bergerak bersama menuju ke dewan makan.
Malam itu, aku agak tiada mood untuk berbuat apa-apa sepanjang waktu prep. Aku hanya duduk termenung memandang meja sehinggalah waktu tamat.
Esoknya...
"Haiyaa awak buat saja waktu cuti sekolah?" marah cikgu Chai.
Aku hanya diam. Aku tahu leteran dia akan tamat sekejap je lagi. Puncanya adalah aku tak siapkan kerja addmath beliau.
"Aduh kau ni memang tak buat kerja ke time cuti?" Suraya menegur.
"Ehek! Cuti is cuti la. Aku tak bawak balik buku pun." jawab aku selamba.
"Hebat la kau. Aku yang sakit telinga tau tadah telinga semua cikgu daripada pagi tadi. Ni kerja sivik kau dah siap belum?" tanya Suraya.
"Sumpahla sivik pun ada kerja?" aku bertanya.
Aku meminta Suraya semua buku nota dan latihan yang ada homework sewaktu cuti sekolah. Saja mahu semak atau lebih tepat aku cuma salin daripada bukunya.
"Iya la... Dia suruh cari benda tu." jawab Suraya sambil menunjuk ke arah buku notanya.
"Haishhh... Cikgu Hanisah bukan cuti ke?" tanya aku lagi.
"Cikgu baru tu la." jawab Suraya.
"Cikgu Syafiza?" aku bertanya lagi meminta kepastian.
Suraya mengangguk.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...