Aku melangkah masuk. Semua mata memandang aku tetapi aku buat selamba. Padahal malu gila tahap nak jalan tunduk ke bumi. Kaki terus menuju ke meja guru di hujung kelas.
"Okay semua buat kerja masing-masing. Jangan bising." pesan cikgu Syafiza kepada pelajar dalam kelas tersebut.
Aku berdiam diri di hadapan cikgu Syafiza. Berdiri kaku. Serius aku tak tahu nak cakap apa dan tak pasti tujuan sebenar aku dipanggil. Cikgu Syafiza mengemas buku-buku nota pelajar kemudian menumpukan perhatian sepenuhnya kepada entiti bernyawa di hadapannya, aku.
"Awak dengar tak pengawas announce nama pagi tadi?" tanya cikgu Syafiza.
Deng! Nak auta apa ni?
"Hm tak dengarlah pulak. Saya pergi tandas kot masa tu" bohong aku.
"Semalam Al-Mulk dekat mana?" soalan sebenar mula diajukan. Aku cuak.
"Errr dekat... bilik tayangan Temenggung" jawab aku. Kali ini aku tak boleh bohong sebab aku yakin dia pasti rounding malam tadi. Sebab itu dia boleh hidu ketidakberadaan aku.
Cikgu Syafiza tarik perlahan tangan aku. Aku terkejut. Kedudukan kami kini semakin dekat.
"Movie lagi?" tanyanya lagi.
"Kitorang buat homework" jawab aku pendek.
"Sampai pukul 1 pagi?" aku diserang soalan lagi.
Aku terdiam. Nampaknya, dia betul-betul perasan aku malam tadi. Aku terus diam. Aku dah tak berani nak pandang wajah dia apatah lagi mata dia. Aku tahu aku salah tapi ego aku halang aku untuk mengaku. Cikgu Syafiza pula tak lepas-lepas memandang aku seolah-olah menunggu jawapan. Masing-masing diam. Tak lama selepas itu, aku mendengar keluhan dia.
"Saya kan dah bagitahu, Al-Mulk dekat dorm. Lepastu nak pergi mana pun pergilah." kata cikgu Syafiza.
"Saya dah ajak dah yang lain pergi lounge lepas al-mulk. Tapi semua tak nak. Saya tak tahu nak bagi alasan apa dah." jawab aku yang cuba menegakkan benang yang basah. Atau lebih tepat mencuba nasib.
"Betul ke buat homework?" cikgu Syafiza inginkan kepastian.
"Ya betul" bohong aku lagi.
"Awak jangan nak tipu saya. Perhimpunan pagi tadi awak dekat mana?" tanya cikgu Syafiza lagi. Kalini suara dia agak tinggi.
Aku mula cuak. Aku melangkah beberapa tapak ke belakang untuk tujuan melindungi diri.
"Nak pergi mana jauh-jauh?" tanya cikgu Syafiza kemudian menarik kembali tangan kanan aku agar kedudukan aku dengan dia lebih dekat. Tetapi kali ini dia tak melepaskan tangan aku. Sah aku tak boleh nak lari!
"Betul cikgu. Kami buat homework masing-masing. Lepas Al-Mulk kami tengok tv pulak" sambung aku lagi cuba untuk memberi penjelasan.
"Tak sekarang ni saya tanya awak ada dekat mana perhimpunan pagi tadi?" tanya cikgu Syafiza lagi dengan nada yang lebih tinggi. Aku yakin dia benar-benar marah dengan usaha putar belit cerita aku sedari tadi.
Aku keliru. Patutkah aku mengaku atau teruskan alasan utama aku? Dua-dua ada kelebihan dan kelemahan masing-masing.
"Kelas" jawab aku pasrah.
"Tapi cikgu, yang malam tadi tu, betul kami semua Al-Mulk ikut masa, tak bising pun. Cikgu boleh tanya yang lain." jawab aku lagi.
"Saya tahu Damia. Yang lain dah cerita, awak je tak bagitahu benda betul. Saya geram betullah dengan awak ni." balas cikgu Syafiza lantas mencubit laju lengan kanan aku.
Sakit. Aku usap perlahan dengan tangan kiri. Tangan kanan aku masih lagi dikunci oleh cikgu Syafiza. Mungkin tak mahu aku lari daripada persoalannya. Aku pandang luar tingkap. Rasa mahu menangis tetapi aku berlagak selamba. Malu pula kalau adik-adik terlihat adegan ini. Sudahlah kena marah, menangis pulak tu. Tak macho betul.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Ficção AdolescenteBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...