BAB 77

688 37 7
                                    

Aku rehat di sickbay sampai ke petang. Badan aku keep on rasa lemah dan tak lalu nak makan. Pinggan berisi lauk lunch tadi pun tak bersentuh. Air pun aku minum sedikit sahaja. Betul-betul tak larat. Badan aku panas. Tiada siapa ke nak melawat aku? Nak papah aku balik dorm?

Sudah lewat petang pun masih takda sesiapa yang datang menjenguk. Aku ambil keputusan untuk pulang ke dorm dan pergi surau macam biasa. Penat juga badan aku kalau asyik terbaring sahaja dari pagi tadi. Biarlah aku bangun meregangkan badan sikit. Perlahan-lahan aku keluar daripada sickbay dan menutup semua suis dan pintu yang ada. Sedari aku bangun petang tadi, sickbay kosong sahaja. Aku syak mereka semua ke klinik. Ada juga cikgu bertugas itu kejut aku ke klinik, tetapi aku cuma menolak. Aku bagi alasan aku sudah ada ubat walaupun aku adalah individu yang paling takut nak makan ubat.

Selesai mandi ala kadar, aku bergerak ke surau. Aku duduk saf paling belakang sekali untuk elak aircond kena direct pada aku. Dalam masa yang sama, aku jadi makmum masbuk sebab tak nak ambil masa yang lama duduk dalam aircond. Badan aku menggigil. Tak boleh tahan! Selesai sahaja solat di surau, aku terus ke kelas tanpa menunggu wirid dan doa tamat. Aku pun gunakan masa yang ada untuk menyiapkan apa yang patut sebelum badan aku kembali lemah. Sejak-sejak kantoi dengan cikgu Wan haritu, banyak cikgu-cikgu lain dah mula aim aku sebenarnya. Mungkin cikgu Wan sebarkan nama-nama kami kot dekat group whatsapp cikgu, itu yang ada je tak kena setiap kali kelas. Apa-apa je mesti aku. Jadi untuk play safe, aku kena back to normal balik sebelum cikgu-cikgu attack silap aku lagi.

"Kau okay tak ni?" soal Suraya yang baru sampai.

"Okay je." jawab aku even sebenarnya tak okay.

"Kau kalau sakit bagitahu cikgu. Tak pun bagitahu aku. Ni tak, dah satu kelas ingat kau ponteng." Suraya berkata lagi.

"Aku dah minta izin elok-elok pun cikgu tak percaya. Maleh la kalau gitu." balas aku pula. Benda betul.

"Hmm entahlah. Aku tak tahu nak kata apa dah. Kau ada isu involved Aida ke? Cikgu Syafiza tiba-tiba tanya Aida kau pergi mana pagi tadi. Like korang dua bukan gaduh ke?" sambung Suraya lagi. Dia nampak betul-betul clueless. Lama juga sebenarnya aku tak update pasal apa dah jadi dengan aku dekat dia. Actually kitorang bukanlah bestfriend sangat pun, cumanya dekat kelas aku memang rely on Suraya jelah kebanyakan masa. Dia pun layan je. Pasal personal life, kitorang tak masuk campur sangat. Aku dengan kawan aku, dia dengan kawan dia.

"Oh ye eh? Hm malas lah nak cerita. Buat sakit kepala je. Aku nak siapkan kerja ni. Esok papehal cover aku eh incase tak sempat." kata aku pula sebelum fokus dengan kerja semula. Bukan apa, aku pun tak pasti status aku dengan Aida tu macam mana. Complicated. Kadang okay jumpa senyum tegur semua, kadang dua-dua masam tak nak pandang each other siap jeling-jeling lagi. Entahlah. Cumanya kitorang tak ada gaduh mulut dah lah sekarang.

"Ni kau dah makan belum?" soalnya lagi. Aku menggeleng tanda belum. Suraya turut menggeleng.

"Ish kau ni. Nak seksa badan ke? Ni boleh kira self harm tau. Dah seharian tak makan. Kau tak ingat dulu kau sampai pengsan?" Suraya marah aku. 

"Haish suka hati aku la." aku membalas. Aku tak suka orang menyibuk. Biarlah aku sakit. Baru semua orang percaya aku sakit, bukannya saja-saja buat sakit. Aku terus menyiapkan kerja-kerja yang tergendala. Gigih ya dengan keadaan diri yang tak berapa sihat ini. Semoga perjuangan menuntut ilmu malam ini diberikan pahala berganda la. Tiber.

Habis sahaja prep aku terus lari masuk dorm. Tak larat. Mata aku berat. Badan aku penat. Kepala aku sarat. Serba tak kena lah cerita dia. Suraya offer nak ambilkan aku supper pun aku tak nak. Tak kuasa nak mengunyah malam-malam buta ni. Sampai di dorm, giliran kak Sha pula menyapa aku.

"Okay tak?" soalan yang sama. Kalau kak Izzah tahu daripada kak Sha, mesti kak Sha dah tahu cerita sebenar kan? Aku cuma mengangguk dan memberi isyarat okay. Hm faham-faham jelah.

"Kalau tak okay, nak inform warden. Badan panas ni." kata kak Sha sambil memegang tangan aku. Berani betul ya dia sentuh aku. Jarang aku benarkan orang sentuh aku macam ni. Tapi disebabkan aku tak larat nak melawan, aku diamkan sahaja.

"Jiah nak tidur." balas aku sambil memusingkan badan tanda tidak mahu diganggu. Berlagak kan aku? Sorry!!

"Ada orang bagitahu, Jiah dapat surat amaran tu. Betul ke?" kak Sha menyoal lagi.

'Jap! Macam mana dia tahu? Aku rasa takda siapa pun dalam pejabat haritu. Aduh malulah aku...' aku mengomel sendirian.

"Kalau betul, kak Sha bagi pihak yang lain nak say sorry lah dekat Jiah sebab mungkin kitorang lah punca Jiah jadi macam ni. Kitorang yang drag Jiah masuk group kitorang and at last Jiah jadi macam ni. Sorry tau. Pastu sorry tak jaga Jiah baik-baik sampai Jiah boleh demam-demam macam ni. Boleh ada new case without kitorang boleh backup. Sorry for everything. And pasal Piqa tu, please maafkan kitorang semua. Tak nak kita menjauh sebab isu tu. Ada lagi 3 bulan je kami dekat sini, kalau boleh nak ada kualiti time lagi dengan semua. Can we make it together?" kata kak Sha panjang lebar.

Honestly aku tak ready untuk dengar speech sepanjang ini malam-malam buat dengan keadaan aku yang tak seberapa ni. Aku cuba hadam perlahan-lahan. Basically they also blame themselves for my attitude. Why? Salah aku salah aku la. Kenapa everyone suka backup eh? Dia bukan apa, nanti orang sekeliling yang salah faham. Ingat aku ter-influence dengan dorang sedangkan aku as human being boleh berfikir dengan rasional and make my own choice. Ah tak suka betul mentaliti macam tu.

"Macam mana kak Sha tahu?" aku menyoal dengan dingin. Malas nak layan sebenarnya tapi aku betul-betul nak tahu.

"Kitorang berempat kena jumpa Pengetua petang tadi. Ada heart to heart session. Tapi Syu dengan Piqa tak dapat datang sebab ada extra class. Tak ada apa pun cuma kena brainwash sikit lah sebab nak dekat SPM dah. Tu yang dia ada mention pasal Jiah sekali masa tu. Nasib cikgu Wan ada meeting, kalau tidak, tak heart to heart session dah. Jadi penampar session agaknya." kak Sha berseloroh. Aku cuma tersenyum sahaja.

"So boleh eh Jiah? We back together balik like we used to do?" soal kak Sha lagi. Aku diam sahaja. Aku okay dengan yang lain, tapi aku masih tak boleh terima kak Piqa. She did lie to me kot. Paling banyak berpura-pura. Seriously orang aku paling trust dan kagum dulu sebenarnya tipu aku. Siapa je tak sakit hati?

Tak lama selepas itu kak Sha berlalu selepas tiada balasan daripada aku, dan aku mula memejamkan mata sekali lagi. Tak sampai beberapa minit, aku tersedar dek kejutan orang lain pula. Beberapa orang juga la kejut aku untuk bangun Al-Mulk tetapi aku biarkan sahaja. Malas la. Aku nak baring sampai cikgu Syafiza yang datang kejut. Biarlah dia nak heret aku macam mana sekalipun, asalkan dia yang kejutkan.

Al-Mulk bermula mengikut waktu. Semua orang seperti dah putus asa nak kejut aku. Sebenarnya bukan apa, semua takut kena marah kalau ada ahli dorm tak Al-Mulk sekali. Bukan dorang kisah aku pun sebenarnya. Tak lama selepas itu, aku dengar derapan kasut melalui koridor dorm. Cikgu Syafiza rounding macam biasa.

'Oh selipar dia aku tak pulangkan lagi!' hati aku terdetik. Tapi aku teruskan pembaringan aku. Aku tunggu dia datang jenguk aku. Lama aku tunggu dia jenguk, tapi tak ada. Dia lalu sahaja. Dia tak nampak aku ke? Hijab dia tertutup ke? Eh, ke aku yang dah tak ada dekat alam ni?

Aku cuba bangun. Risau pemikiran aku ini sebenarnya betul. Kepala aku cuba angkat perlahan-lahan tapi tidak boleh. Rasa mencucuk dekat seluruh badan. Kaki aku kebas. Bahu aku berat. Ah anyonee tolongg!! Aku cuba jerit tetapi suara tidak keluar. Apa dah jadi ni?

Salah SarahWhere stories live. Discover now