BAB 52

530 31 0
                                    

"Jiah... Bangun. Kena turun pukul 7:30 kan?" kak Sha gerakkan tubuh aku.

Selepas subuh tadi aku sempat pesan padanya untuk tolong kejutkan. Aku memang tidur semula lepas Subuh kalau hujung minggu. Tambah pula sekejap lagi kami akan ada aktiviti fizikal, jadi aku rancang memang tak nak mandi. Bukan apa, rugi la nanti busuk jugak kan? Hehe.

"Oh okay... Thank you kak Sha." balas aku walaupun masih mamai-mamai. Sebelah mata aku buka dan cuba fokus ke arah jam dinding dorm. Pukul 7:20 pagi. Aku kemudian bangun perlahan-lahan, mencapai toiletries dan terus ke tandas. Aku cuma gosok gigi dan cuci muka sahaja. Baju aku tukar dan aku menyembur sedikit deodorant dan perfume. Biarlah wangi walaupun tak mandi.

Selepas selesai bersiap, aku keluar daripada dorm kira-kira jam 7:40 pagi. Rancangan aku nak terus ke dewan makan untuk breakfast. Selepas siap mengikat tali kasut, aku melihat cikgu Syafiza pun baru sahaja keluar daripada biliknya.

"Hai cikgu." tegur aku daripada jauh. Aku kemudian terus melangkah laju menuruni tangga. Jarak kami dekat saja sebenarnya, kira-kira 1 meter.

"Kak, nak koko krunch lebih sikit boleh?" pinta aku. Walaupun koko krunch dia tiruan, tapi aku tetap nak lebih sebab favourite aku. Mujur kakak dewan makan tu baik hati. Mungkin sebab ramai tak turun breakfast kot hari ni. Biasalah, hari cuti.

Selepas mengisi susu ke dalam mangkuk, aku mengambil tempat duduk berdekatan tong air. Senang nak tambah air nanti. Air milo tiruan juga harini. Biasalah, sekolah kerajaan. Menu itu jelah mampu. Aku pun bayar berapa percent je, sebab selebihnya subsidi kan. Kira bersyukur la...

"Lepasni minta semua buat warming up dulu dekat court. Awak lead. Saya ada hal sekejap. Coach Saffa tak dapat datang pagi ni." kata cikgu Syafiza yang tiba-tiba menarik kerusi di hadapan aku. Aku cuma mengangguk kerana mulut penuh. Awkward. Aku hanya mampu tunduk sahaja sambil menghabiskan baki makanan yang ada. Nak cepat blah sebenarnya.

"Ohh pasal tu..." aku teringat.

"Err... cikgu." panggil aku.

"Ya apa?" tanyanya semula.

'Nak cakap ke tak eh?' aku berbelah bahagi. Aku nak mengadu dekat dia pasal kes surat aku tu.

"Ermmm... Takpelah. Tak jadi." balas aku pula sambil pura-pura minum air.

"Cakap jelah." katanya seakan memaksa.

"Nanti lah. Malam ni." balasku pulak.

Tak sengaja sebenarnya mention pasal malam ni. Aku harap dia lupaaaa!

"Okay..." katanya lagi.

"Okay, saya pergi court dulu eh..." aku meminta diri

"Tunggu kejap." tangan aku tiba-tiba ditarik olehnya. Ya, cikgu Syafiza.

"Esok ada lawatan SBP dekat sekolah. Saya dan beberapa orang cikgu terlibat sama, so terpaksa cancel semua aktiviti dalam itinerary esok." katanya.

"Ouh pulak. Habistu macam mana?" soal aku pula. Aku susah sikit berfikir bila tiba-tiba terpaksa tukar plan ni.

"Jadi kita takkan ada training dan match petang ni. After je hiking, kita akan terus buat penutup dan bakar-bakar petang ni jugak." kata cikgu Syafiza lagi.

"Ohhh kira harini last day la eh? Okay okay. Bahan nak bakar tu dah ready ke cikgu?" tanya aku pula.

"Dah. Saya dah minta kak Ros siapkan. Nanti petang nanti kita just bakar je." jawab cikgu Syafiza.

"I see... Okay, nanti saya bagitahu yang lain." kata aku.

"Kejap lagi bagi speech. 5 minit gitu je." kata cikgu Syafiza lagi.

"For what?" soal aku. Punya terkejut sampai speaking.

"Kapten." balasnya lagi dengan nada sedikit berbisik.

Fuhhhh kapten eh. Kecut perut aku dengar. Aku menghela nafas berat.

Aku kemudian meminta izin untuk beredar. Selesai meletakkan mangkuk dan cawan di tempat sepatutnya, aku segera ke court. Ramai dah datang. 

"Eh korang tak breakfast ke?" tanya aku kerana aku tak nampak pun mereka dekat dewan makan tadi.

"Dahh tadi... Kau yang lambat." laju kak Izzah membalas. Sengaja lah tu!

"Eleh. Kak Izzah tolong lead warming up. Cikgu Syafiza suruh." arah aku. Saja gunakan kuasa.

"Ah kau. Memandai je." balas kak Izzah.

"Kalau tak nak tak apa, Jiah bagitahu dia nanti. Yang lain, ada nak volunteer lead warming up tak?" kata aku pula. Saja nak kenakan kak Izzah.

"Okay okay okay. Biar aku lead. Semua in position!" kak Izzah tiba-tiba in action.

Aku tergelak kecil. Dia ni betul-betul takut dengan cikgu Syafiza ke cane?

Sesi warming up berjalan seperti biasa. Beberapa minit kemudian cikgu Syafiza pun datang dengan satu kotak air mineral.

"Okay semua ambil ni sorang satu. Pagi ni kita akan pergi panjat bukit belakang tu. Damia, dah lead warming up?" tanyanya pula.

"Dah cikgu." jawab aku kemudian memandang ke arah kak Izzah sambil tersengih. Kantoi la pulak.

"Good. So, cari pasangan masing-masing sekarang. Make sure sepanjang trip semua kena jalan berdua." kata cikgu Syafiza lagi sebelum mengetuai trip. Bukit itu betul-betul belakang sekolah kami. Cumanya nak pergi ke laluan masuk tu, jalannya jauh sedikit daripada pintu masuk sekolah.

"Kau tipu aku kan?" kak Izzah menarik sanggul aku. Marah la tu!

"Hehehe relax la... Saja gurau." balas aku sambil betulkan semula kedudukan rambut aku di dalam tudung.

Bila kak Izza datang sebelah aku tadi, automatik aku berpasangan dengan dia lah. Haishhh aku harap mood dia okay. Risau aku salah cakap nanti tak pasal-pasal kena maki. Tadi aku jalan lambat pun dia bising suruh cepat.

"Kak Izzah period ke?" aku beranikan diri bertanya semasa kami dalam perjalanan ke bukit itu.

"Asal pulak?!" balasnya pula.

Aik? Itu pun nak marah. Aku tanya je kot?!

"Hm takda apa lah. " balas aku. Malas nak layan.

Kira-kira satu jam juga la kami ambil masa untuk sampai ke puncak. Penat gila weh sebab bukit ni agak curam laluannya. Mungkin sebab bukit ni berapa tak luas, so terus memuncak ke atas.

Tapi memang puas hati lah. Sampai sahaja di atas, boleh nampak keseluruhan bandar. Tenang je rasa. Mungkin sebab kami sekolah asrama kan, memang jakun sikit bila dapat tengok dunia luar. Seronok.

Lebih kurang 1 jam juga kami dekat puncak sebelum turun semula ke bawah bila matahari dah nak mula terpacak. Laluan balik agak dekat sedikit sebab gunakan shortcut. Masing-masing memang dah penat.

"Okay girls. Rehat sekejap. Nak minum air ke apa, pergi. Tapi jangan air ais dengan air manis okay. Pukul 11:30 kumpul semula dekat court." kata cikgu Syafiza sesudah sampai ke pintu masuk sekolah.

Dengar sahaja arahan tersebut, aku dah bersedia nak lari pergi lounge. Aku nak kipas. Panas lit lit.

Salah SarahWhere stories live. Discover now