"Thanks. Balik lah." kata aku kepada Sarah kemudian terus berlalu naik van. Aku pilih kerusi paling belakang supaya tidak perlu dekat dan terpandang cikgu Syafiza itu. Aku tak nak jumpa siapa-siapa yang berkaitan dengan hal ini. Nampaknya betul lah, mana-mana aku pergi pun, aku sorang-sorang. Tiada siapa pun aku boleh percaya.
"Congrats you all. Next week kita celebrate okay?" kata coach Saffa sebelum dia menutup pintu van. Team kami menang. Juara. Walaupun nombor 1, aku tak happy langsung. Aku main dengan sangat serius dan aim untuk menang sahaja. Habis sahaja game, aku terus duduk tepi kerana kepenatan sedangkan ahli lain bersorak dan berpelukan. Rasa bersalah pula react macam tu dekat teammates sendiri tapi apa yang jadi dekat aku harini betul-betul tak boleh diterima. I need me time. Balik sekolah pun aku buat biasa je. Tak hype pun kemenangan kami. Dah seminggu aku tak layan langsung geng-geng senior tu termasuk kak Izzah. Malas. Aku rasa tertipu. Cikgu Syafiza tu pun dah berapa kali suruh aku jumpa dia dekat bilik warden, tapi sekali pun aku tak pernah pergi. Dekat kelas apatah lagi, aku buat tak tahu je. Tak kisah la dia marah tak siapkan homework ke apa, muka aku straight je sampai ke sudah.
"Jiah... We need to discuss." kak Piqa menegur aku sewaktu gap antara solat maghrib dan isyak di surau. Aku diam sahaja.
"First of all, sorry tak inform awal pasal hubungan kitorang. We have reasons Jiah. Aku, Sarah dengan kakak aku... I mean cikgu Syafiz. We actually tak plan pun awal-awal for this." kak Piqa memulakan perbualan.
"Perlu ke menipu? Like berpura-pura tak kenal. Tak tahu apa-apa. Kak Piqa tahu je kan pasal surat tu? Everything happen between us mesti korang tahu kan? Tapi diam je? Pernah tanya tak perasaan Jiah. Takda siapa tanya. Ke kak Piqa nak kawan dengan Jiah pun sebab Sarah? Like masa first-first ajak Jiah masuk group kita ni? And how fucking kak Izzah tahu dulu daripada Jiah?" aku serang balas dengan soalan-soalan. Mata aku dah bergenang. Aku tak nak emosi, tapi benda ni memang dah tak tertanggung.
"No. Awal-awal memang nak ajak Jiah join kitorang. Just for fun. Then bila cerita dekat Sarah masa outing, suprisingly she knows you. Sebab Jiah tak bagitahu pun kan dekat Sarah yang Jiah sekolah sini. So memang Sarah pun tak expect. Then tak plan pun nak bagitahu sesiapa pasal status dengan cikgu Syafiza tu. Tapi Izzah tu dia suspicious. Dia pernah nampak kak Piqa dengan cikgu Syafiza dekat bilik, dia terdengar our conversation. Just like how you did. So nak tak nak we need to clarify things. And Izzah setuju untuk simpan dulu all those information sampai waktu yang sesuai. Sebab Izzah faham reasons kitorang. So you need to dengar first reasons kitorang buat macam ni." kak Piqa masih menegakkan benang yang basah.
"So basically bila Sarah dah tahu, dia excited sebab kak Piqa dekat dengan Jiah. Dia seronok sangat. Dia selalu minta update masa awal-awal tu. And kak Piqa pun banyak kenal Jiah berdasarkan information yang Sarah bagi. Then kebetulan kakak pun posting sini, so Sarah minta tolong untuk tengok-tengokkan Jiah. Jaga Jiah. Sebab kakak kitorang macam
lebih superior since dia cikgu. Macam kak Piqa bagitahu tadi, at first memang tak nak reveal pun dia tu actually kakak since awal-awal dia dah garang semacam kan? Yang dekat bilik bacaan masa kantoi skip al-mulk tu. Kak Piqa tengok yang lain pun macam tak suka dia. So rancang nak diam je lah dulu. Sebab kak Piqa pun tak suka gak karakter dia yang tu, tapi faham-faham la eh... But semua ni happen atas permintaan Sarah. Bila dia tahu Jiah macam dah lain dekat sini, which banyak involved discipline problem semua tu, dia minta cikgu Syafiza control sikit activity Jiah... Dia nak Jiah okay dekat sini.""Eh asal pulak? Sebabkan control tu la Jiah stress duduk sini. Serabut tau nak buat itu ini pun kena marah." aku melenting. Reason dia tak logik. Siapa dia nak control aku? Biar la aku hidup sendiri.
"Dia sayang Jiah. Dia sayang gila. Jiah faham kan sayang dia macam mana? Kak Piqa rasa Jiah faham sebab nampak both of you have mutual feelings masa dekat stadium haritu. Jadi, dia tak nak Jiah jadi teruk bila dekat sini. Sebab di mata dia, Jiah baik je dulu dekat sekolah lama. Percayalah. Dia sedih kot semalam Jiah ignore dia masa balik" sambung kak Piqa lagi.
"Ni la orang kata niat tak menghalalkan cara. Dia nak, tapi Jiah tak happy pun dengan cara dia. Why tak bagitahu je dia ada dua kakak dekat sini. Lagi senang nak communicate instead of diam je. Dah la, malas nak dengar dah." kata aku kemudian berlalu pergi. Aku penat dengar alasan. Yang dikata betul itu bagi aku salah. Terpesong daripada yang sepatutnya. Benda simple tapi bagi jadi complicated.
Esok ada celebration dengan team futsal. Dekat luar. Coach Saffa belanja. Aku malas nak pergi sebenarnya sebab kena gerak dengan cikgu Syafiza. Tahu jela bila dengan dia, most of the time memang kena paksa. Aku tak nak dengar dah sebarang explaination. I'm done! Tapi sebabkan aku kapten, jadi terpaksa lah juga pergi. Unless aku sakit. Ha, apa kata aku pura-pura sakit?
"Kau marah aku lagi ke?" kak Izzah tiba-tiba berjalan beriringan dengan aku sewaktu dalam perjalanan ke kelas untuk prep malam.
Aku cuma diam.
"Sorry do. Tak sangka pula jadi macam ni. I didn't know Sarah meant a lot to you. Ingat tak kau bagitahu aku yang nampak kak Piqa pergi bilik cikgu Syafiza tu. Since haritu, aku pun suspicious juga dengan dorang. Like nampak mesra dan rapat. Sedangkan bila kena marah, Piqa tu la paling teruk kena. So dia macam tak tally. Aku pun paksa Piqa tu jujur. Bila aku tahu, aku pun terkejut. Since daripada tu, aku hanya mampu kunci mulut dan tengok gerak-geri dorang. And betullah, aku nampak adanya special treat cikgu Syafiza tu dekat kau dengan Piqa. Because they have reasons." sambung kak Piqa.
Aku masih diam. Cuba hadam benda yang aku dah tahu. Saja nak gather information so that bila lain sikit jalan cerita, aku boleh counterback.
"Kau janganlah marah aku, Syu dengan Sha. We knows nothing. Sha dengan Syu lagilah. Tak tahu apa-apa. Bayangkan Syu yang rapat dengan Piqa tu pun baru tahu cikgu Syafiza tu kakak Piqa. Korang basically in the same situation. Kau janganlah cepat pukul rata. Convey emotion dekat orang yang sepatutnya je. Everyone have feelings too. Bukan kita sorang je." kak Izzah cuba memberi nasihat.
Ego aku menolak nasihat itu. Like aku kot yang hadap situation ni, jadi berhak emosi.
"Kau sayang Sarah? Like 'sayang'?" soal kak Piqa.
Ah sudah. Soalan apa ni? Aku tiba-tiba jadi malu. Mestilah sayang. Tapi dorang boleh terima and faham ke sayang kitorang ni? Itu aku takut.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...