BAB 32

642 30 0
                                    

"Nasib baik cikgu Syafiza korang tu takda... Dah, ambil position." kata Coach Saffa.

Kami menghembus nafas lega. Nasib baik cikgu Syafiza takda. Kami lambat hampir 20 minit, paling tidak ni mesti kena tambah lari 2 rounds.

Latihan berjalan seperti biasa tanpa cikgu Syafiza. Barangkali dia masih mempunyai urusan dengan tetamu yang kami jumpa di computer lab tadi. Nampak macam urusan penting. Tapi bagus juga dia takda. Aman sikit training hari ini. Rasa macam awal-awal aku masuk team ni dulu. Enjoy je walaupun selalu kena aim dengan Kak Izzah.

"Okay hari ni saya ada sedikit pengumuman. Tak apa, saya dah dapat kebenaran untuk semua incase terpaksa datang lewat ke dewan makan nanti..." kata Coach Saffa selepas tamat cooling down. Kami semua duduk bebas di court.

"Jadi, mungkin ada yang tahu form 5 tak akan join team kita dah lepasni. Kira bersara la kan?" usik Coach Saffa.

"Mana ada Puan. Kitorang boleh join training as coach lepasni hehe" balas Kak Izzah pula.

"Banyaklah kamu... Ni la antara contoh dah sampai masa untuk pergi, tapi sibuk nak join." balas Coach Saffa pula.

Kami yang lain semua berdekah tergelak.

"Okay. Maknanya dekat sini, next week kita akan ada kekosongan la lepas kakak-kakak awak ni bersara. Ada 3 orang kan. Izzah, Ros dengan Fateen. Semua ni position penting. Goal keeper, left wing dengan striker. Oh lagi satu, akan ada captain baru juga la nanti. Ke Izzah nak jadi captain tanpa main?" usik Coach Saffa lagi. Dia tahu Izzah pasti sayangkan team ni.

"Kalau boleh saya pun nak coach hehe." balas Kak Izzah sambil tersengih

"Tapi saya cadangkan Jiah jadi captain." sambung Kak Izzah tiba-tiba.

Seraya itu tangan aku laju menampar peha Kak Izzah. Suka hati dia je. Siapalah aku ni nak kena lead team. Main pun tak seberapa.

"Kita nak undi ke coach?" tanya Zatul pula.

"Undi untuk ganti position ke? Saya sebenarnya dah ada calon. Hasil perbincangan dengan cikgu Syafiza. Nak tahu harini ke?" tanya Coach Saffa lagi.

"Hari niiiiiii!!" ramai bersuara.

"Ermm... Saya rasa elok kita tunggu cikgu Syafiza ada sekali nanti. So nanti kami akan umum siapa-siapa untuk gantikan, dan bincang untuk pemilihan baru. New selection tu nanti-nantilah kita buat. Settle-kan tournament dulu since kita pun ada simpanan ramai." jelas Coach Saffa panjang lebar.

"Alaaa coach. Tapi, bila tournament coach? Lambat lagi kan?" tanya Diana.

"Bulan depan. Takda lama lagi dah. Sekarang ni la kita kena mula all out sebenarnya. Kena banyak practise game betul-betul. Nanti kita boleh panggil sekolah lain and buat friendly game. Barulah dapat feeling tournament nanti." kata Coach Saffa lagi.

"Wahhhh bestnya!" semua bersorak tidak sabar.

"Okaylah... Dah boleh bersurai. Esok yang senior kalau nak join lagi boleh je. Nazihah, jangan lambat pulak esok. Saya tak janji boleh lepaskan kalau lambat lagi." kata Coach Saffa.

"Hehe tak tak." balas aku malu-malu. Tak pasal-pasal kena warning.

Malam itu, aku duduk sendiri di surau. Entahlah, aku rasa macam takda mood langsung. Bila fikirkan balik kata Puan Saffa tadi, dan juga cadangan Kak Izzah, aku tak tahu aku perlu berharap ataupun tidak. Menjadi ketua sememangnya satu beban untuk aku, Sebelum ni, aku tak pernah lead apa-apa. Orang lain pun tak pernah minta pertolongan aku bahkan ragu-ragu dengan kebolehan aku. Aku tak yakin. Aku sendiri belum cukup baik macam mana nak bimbing yang lain? Bagi aku ketua kena perfect! Someone yang orang lain boleh refer. Untuk futsal, aku rasa bukan aku yang terbaik.

Tapi, dengan futsal lah sebenarnya hubungan aku dengan cikgu Syafiza makin rapat. Aku daat rasa bila kitorang rapat suatu har nanti, dia dah tak akan cari salah aku. Aku kena tarik dia masuk dalam zon selesa aku. Macam masa aku sakit haritu. Dia treat aku better kot. Kak Izzah pun kata dia marah yang lain sebab bagi bad influence dekat aku. Maksudnya dia caring la kan? Aku nak priviledge tu. Aku nak rapat dengan dia. Aku nak captain!

"Kak Damia kan?" seseorang tegur aku. Aku syak dia ni junior sebab tubuhnya yang kecil dan dia panggil aku kak? Haish kenapa lah dekat asrama mesti wujud sistem junior senior ni? Layan sama rata tak boleh?

"Ya kenapa? Panggil Nazihah by the way." balas aku dengan nada serius.

"Oh kak Nazihah. Ni warden suruh pas surat ni dekat akak." kata budak itu lalu pergi. Tak sempat aku nak tanya surat daripada siapa. Dia nampak takut. Aku garang ke? Oh mungkin sebab aku tak senyum.

'Surat?'

Aku membelek sampul luar. Tertera nama aku dan alamat sekolah. Sah ini surat betul. Maksudnya orang luar yang bagi? Aku menang peraduan ke? Takda pula aku masuk apa-apa pertandingan.

Atau tawaran aku jadi kapten? Eh mengarut apa! Takkan lah sampai bersurat bagai.

Aku simpan surat itu dalam beg. Kejap lagilah aku baca. Aku bangun terus menuju ke saf paling belakang. Solat isyak sudah masuk waktu.

Sesudah selesai, aku terus ke kelas untuk prep malam. Tanpa menunggu lama, aku terus mencapai semula surat yang aku terimatadi. Sampul surat di-seal elok. Perlahan-lahan aku buka.

"Eh Jiah. Kau buat homework apa tu?" Suraya tiba-tiba menegur.

"Takda apa lah." balas aku acuh tak acuh kerana fokus membuka sampul surat tersebut.

"Suraya... Kau pernah dapat surat?" tanya aku. Sangat random.

"Surat? Maksud kau flyers ke?" balas Sumayyah.

"Flyers?" aku pelik.

"Ni ha... Flyers ni macam main tukar-tukar dengan SBP lain. Contoh kau ada kawan dekat TKC, then kau tulis la flyers and hantar dekat dia" terang Suraya sambil menayang koleksi flyers dia.

"Oh jadi, kena send dekat alamat sekolah dorang la?' tanya aku sambil melihat flyers milik Suraya. Ada koleksi sejak tahun 2016. Mungkin masa lower form.

"Eh tak. Flyers ni bukan macam surat pun. Selalunya bila ada pertandingan inter-SBP atau apa-apa yang semua SBP kumpul, adalah tu yang akan design pastu jual. Nanti kalau ada, kau belilah dan hantar kat sesiapa. Pastu bagi dekat person in charge yang kumpulkan and tolong pass-kan." jelas Suraya lagi.

"Aku manalah kenal sesiapa..." balas aku.

"Kenapa kau tanya?" Suraya musykil.

"Takda apa la... Aku lepak belakang jap. Nak balik nanti ajak aku k. Kita gi supper sama-sama" kata aku pula.

"Fuhhh jarang-jarang ajak aku makan sekali." Suraya memerli.

"Haishh bersyukurlah!" balas aku dan sempat menjeling. Aku ambil beberapa buah buku dan surat tadi menuju ke belakang kelas.

Aku bersila di atas lantai bersandarkan dinding. Aku mengeluh. Sekeliling kelas aku perhatikan. Masing-masing tekun menyiapkan kerja masing-masing. Aku mengeluh lagi Perlahan-lahan isi sampul ditarik keluar. Kertas putih. Aku buka dan kelihatan beratus-ratus aksara tertulis. Di penjuru atas kiri tertera sebuah alamat. Alamat pengirim barangkali. Aku mula membaca.

'Taman Tropical?'

'KL?'

'Siapa siot?'

Aku teruskan pembacaan.

Salah SarahWhere stories live. Discover now