Aku bergegas turun ke blok dalam keadaan tidak bertudung. Aku cuma sempat menyarung hoodie sahaja sebab takut tak sempat memandang al-mulk dah nak mula
"Kak Izzah, tunggu Jiah!" panggil aku.
"Kenapa? Kau tak reti balik dorm ke?" balas kak Izzah. Haish gurau kasar pulak dia.
"Aduhhh kak Izzah period ke? Nak fly dorm Laksamana boleh ke?" kata aku. Saja bergurau. Aku sebenarnya nak jumpa dengan Suraya. Nak pinjam homework dia.
"Ikut suka kau la. Apa-apa jadi aku tak tahu." balas kak Izzah. Dia ni sah tengah period!
Aku membontoti kak Izzah sehingga ke dormnya di paras 1. Jauh perjalanan ya nak ke blok kak Izzah ni. Hujung benua. Macam mana la dorang semua boleh rajin nak pergi kelas, nak pergi makan semua tu. Hebat.
"Suraya!" panggil aku setibanya di depan pintu. Semangat aku lain macam sikit ya malam ni.
"Kenapa? Lewat betul kau sampai. Kau datang nak pinjam buku ke?" soal Suraya.
"Ye ah. Aku baru habis aktiviti malam ni. Ada tak?" tanya aku pula.
"Jap. Masuk lah dulu" Suraya mempelawa.
Aku masuk dengan perlahan. Nampaknya semua orang sibuk buat hal masing-masing memandangkan dah nak dekat Al-Mulk.
"Kenapa tu?" Suraya bertanya sambil tunjuk ke arah kak Izzah di hujung dorm.
"Ntah. Period kot." balas aku pula sambil menurun hoodie di kepala. Panas gila. Pasal kak Izzah tu, sumpah aku tak tahu apa masalah dia nak emosi malam ni.
"Hmm okaylah. Nah buku. Simpan elok-elok." pesan Suraya sambil menghulur buku latihannya.
"Aikk pernah ke aku tak jaga baik-baik." kata aku pula.
"Okaylah, gerak dulu. Bye." kata aku lagi.
Aku kemudian menyarung kasut dan mengambil laluan di sebelah kiri.
'Pft kenapa dia ada dekat sini?' hati aku berdetik seraya terlihat cikgu Syafiza di depan mata. Aku syak dia tengah rounding sebab dia warden malam ni, tapi awal betul. Al-Mulk pun baru nak mula. Maybe dia start round dari blok paling hujung kot.
"Hai cikgu." aku menegur sewaktu berselisih dengannya. Sempat juga aku hulurkan tangan untuk bersalam. Saja nak tunjuk baik.
"Auch!" Huluran tangan aku disambut dengan tambahan perasa. Cikgu Syafiza tiba-tiba laju je mencubit lengan kiri aku. Ah Siot! Aku tak expect! Apa salah aku?
"Pakai tudung!" katanya.
"Alaa cikgu! Tak bawakkk... Kan semuanya perempuan." balas aku pula.
"Pakai!" arahnya lagi sambil menjegilkan mata. Seram!
Aku sempat berdengus dan menyarung hoodie dengan kasar. Betul-betul langkah kiri. Nasib malang. Sekolah aku sekolah perempuan kot?! Mana ada lelaki. Paling-paling pun Pak Guard. Tapi Pak Guard mana ada pusing kawasan asrama.
"Kenapa tak balik dorm lagi? Lewat dah ni." soalnya pula.
"Saya singgah sekejap je ni, nak pinjam buku je. Nak balik dorm la ni." kata aku sambil menunjukkan buku di tangan.
"Pinjam buku apa tu?" tanyanya sambil melihat tajam ke arah buku yang aku pegang.
"Buku bio. Okaylah saya balik dulu." jawabku.
"Homework?" soalnya lagi yang masih memegang tangan aku. Haishh meremang bulu roma. Soalan perangkap!
"Erk haah." balasku pula.
"Pergi pulangkan balik." kata cikgu Syafiza pula.
"Alaaa cikgu! Saya nak buat kerja malam ni. Topik ni saya tak faham" aku memberi alasan.
"Tengok sini." dia mengambil buku itu dan membelek beberapa helaian. Muka surat yang aku perlu siapkan berjaya dikenal pasti oleh kerana ada nota yang ditandakan oleh Suraya.
"Suraya, ni ambil ni?" cikgu Syafiza memanggil Suraya daripada luar dorm.
"Lepasni jangan bagi Damia copy buku kamu lagi. Kalau tak, dengan kamu-kamu saya denda nanti" pesan cikgu Syafiza kemudian memulangkan semula buku tersebut. Suraya yang tiba-tiba dipanggil hanya mampu mengangguk sahaja dan beredar.
Aku mengeluh. Sengaja kuatkan keluhan supaya ianya boleh didengari.
"Siapkan topik tu, prep malam esok datang lounge Syahbandar. Mentor mentee dengan saya." katanya lagi.
Aku speechless. Semalam dia kata mentor mentee this week cancel?! Haishh berterabur la plan aku untuk esok!
Lagi satu, mana pula aku nak cekau nota untuk topik baru bio tu? Buku teks pun aku tak ada, macam mana nak siapkan latihannnn! Astaga!
"Hmm haritu kata takda" omel aku sendirian.
"Apa dia?" kata cikgu Syafiza. Aku tahu dia dengar sebenarnya, tapi saja.
"Takda apa" balasku.
Aku serabut. Terpaksa bersetuju dengan plan cikgu Syafiza itu. Bukan plan sebenarnya, ianya satu arahan. Mana ada orang buat mentor mentee waktu malam?!
Selepas dia beredar, aku mengekor di belakang. Sengaja mahu ambil laluan di sebelah kanan sebab lebih dekat. Al-Mulk pun dah mula.
"Jiah!" panggil seseorang.
Aku menoleh. Terpapar wajah kak Izzah di sebalik tingkap dorm Laksamana.
"Apa dia?" jawabku perlahan. Hilang mood aku.
"Padan muka!" kata kak Izzah dengan nada mengejek dan ibu jarinya diangkat.
Aku menjeling. Menyampah! Dalam masa yang sama, aku rasa karma. Baru beberapa hari lepas aku buat perkara yang sama dekat dia, tiba-tiba aku kena balik. Aku tak tahu la dia nampak ke the whole scene, tapi sumpah memalukan dan aku pun tak expect it will turns out that way. Aku tak salah pun sebenarnya!
Aku kemudian terus beredar. Malas mahu layan drama. Tangga berdekatan aku gunakan untuk turun sehingga bawah. Sempat juga aku nampak cikgu Syafiza gunakan tangga untuk baik paras atas. Sambung rounding lagi agaknya. Goodluck la Laksamana!
"Kembar! Korang ada buku bio tak? Like sekarang? Dekat dorm ni? Ada tak?" soal aku. Sesampaianya aku di dorm tadi, lampu baru ditutup sebab Al-Mulk dah habis. Jauh betul perjalanan aku.
"Buku teks ke?" Sofea menyoal kembali sambil menyelongkar beg dan laci mejanya.
"Tak kisah. Asalkan related tu bio." jawab aku pula.
"Oh. Ermmm aku rasa macam tak ada la... Kau ada tak Eeha?" balas Sofea kemudian bertanya pula kepada kembarnya.
"Aku pun tak bawak balik. Ada dekat kelas. Kenapa?" balas Saleha.
"Oh yeke... Hm aku nak buat homework ni, tapi takda rujukan pula. Okay, takpelah. Goodnight!" jawab aku.
"Tak tanya Aida?" Saleha menyoal pula.
"Aida eh? Hmm takpe lah... Aku ngantuk pula tiba-tiba." aku memberi alasan. Lamberttt lagi aku nak pinjam barang Aida tu. Entah-entah dia pun tak nak bagi aku sentuh barang dia.
Tiba-tiba aku teringat pula pasal barang aku yang dia ambil tanpa izin.
"Aku rasa aku patut minta tolong cikgu Syafiza." kata aku sambil melabuhkan punggung ke katil. Tubuh aku baringkan dan mula berfikir cara-cara nak minta cikgu Syafiza dapatkan balik surat. Berbagai-bagai ayat aku rangka supaya ianya cukup bombastik untuk cikgu Syafiza percaya. Surat itu penting. Aku kena dapatkan dan pos kepada Sarah semula. Aku yakin Sarah tengah tunggu balasan daripada aku. Sorry Sarah... Aku tak jangka perkara macamni boleh berlaku.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...