"Cikgu... Pukul berapa nak pergi klinik?" soal aku teruja.
Kaki aku dah sihat sikit dah. Cuma sengal2 biasa je la. Tapi takpe, aku kuat.
"Dah solat ke?" tanyanya pula.
"Cikgu, saya nak ikut! Nak gi bank." kata kak Piqa.
"Semua ni ke?" soal cikgu Syafiza kepada kami semua. Aku, kak Izzah, kak Piqa, kak Sha dan kak Syu.
"Haah." kak Izzah laju menjawab.
"Hm saya tak ikut kot. Ada kerja sikit." kata kak Syu pula.
"Hmm... okay." jawabnya setelah lama berfikir.
"Pukul 2:30 tunggu dekat kereta." katanya lagi.
"Okay cikgu." balas aku sambil mengeyit mata. Lahh tiber gedik. Tak padan dengan kaki sakit.
Kami kemudian masuk ke dalam musolla berdekatan dengan bertengkot-tengkot. Sepatutnya perlu guna tongkat, tapi aku malas nak beria. Nampak lemah betul guna tongkat. Dah la tongkat tu tak cantik, busuk pula tu. Maklum lah, tongkat bergenerasi dari zaman bila entah tu wallahualam.
Aku mengambil tempat duduk di belakang menanti yang lain untuk solat. Malas mahu bergerak ke surau punya pasal, kami cuma solat di situ sahaja. Lagipun, kereta cikgu Syafiza hanya dia kawasan sekitar itu sahaja.
"Jom." ajak kak Piqa.
"Jom." sahut yang lain.
Kami berempat bergerak ke kereta cikgu Syafiza bersama-sama. Kak Sha dan kak Piqa mendahului aku dan kak Izzah. Sambil berjalan, aku terlihat cikgu Syafiza baru keluar daripada bilik warden dan mahu bergerak ke keretanya. Tanpa membuang masa, aku berjalan sedikit laju daripada kak Izzah untuk 'cop' tempat.
"Ah kau. Duduk depan la." kak Izzah menepis aku sewaktu tangan aku baru sahaja hendak mencapai pintu penumpang di belakang seraya cikgu Syafiza menekan butang 'unlock'.
"Alaaa kak Izzah la duduk depan. Pleaseee..." aku merayu dengan keadaan berbisik. Simpang malaikat empat puluh empat la aku nak duduk berdua dengan cikgu Syafiza dekat depan.
"Ish taknak la. Kau la. Kau tu sakit kaki. Nanti bersempit-sempit kat belakang ni, susah nanti." kak Izzah memberi alasan juga dalam keadaan berbisik. Kendengaran logik tapi aku tetap tak boleh terima.
"Alahh takdanya lah. Yang sakit kaki kiri. Tak berlaga pun dengan kak Piqa dengan kak Sha." aku mencuba nasib. Sengaja menjadikan kak Piqa dan kak Sha sebagai alasan. Kebetulan pula mereka yang berada di kereta di bahagian kanan kereta.
"Ish macam-macam la kau ni" kak Izzah merungut.
"Apa lagi ni? Kenapa tak masuk?" cikgu Syafiza menegur selepas mula menghidupkan enjin kereta. Nada yang tegas tu buat aku sedikig risau. Takut tak pasal-pasal dia naik angin.
"Kejap cikgu... Piqa! Kau la duduk depan." kak Izzah masih tak nak mengalah.
"Aik? Aku pulak. Hm yelah yelah." kak Piqa mengalah. Dia kemudian mencapai beg duitnya sebelum mula bergerak perlahan-perlahan keluar.
"Damia duduk depan." cikgu Syafiza memberi arahan.
Kak Izzah perlahan-lahan menolak aku ke depan. Suka la tu. Ish aku ragu-ragu nak buka pintu bahagian depan tu. Tindakan tersebut boleh jadi sama ada langkah kiri atau langkah kanan sahaja. Tiada 'in between'.
"Bismillah" sebutku sebelum melangkah masuk. Cuak yang tiada sebab. Semoga mood cikgu Syafiza baik sahaja.
Kami semua kemudian bergerak ke klinik terlebih dahulu untuk urusan rawatan susulan aku. Aku dan kak Piqa sahaja yang turun, yang lain tinggal dalam kereta. Kenapa kak Piqa? Sebab cikgu Syafiza suruh. Aku tak faham kenapa harini dia banyak keluar arahan je. Bad mood agaknya. Secara zahirnya, aku nampak luka aku biasa je. Luka tu sudah semakin kering. Kadang tangan aku gatal betul nak kopek luka yang kering tu, tapi aku tak buat lah. Risau akan terukkan lagi luka.
Selesai cuci luka dan dapatkan ubat sapu, kami kembali ke kereta.
"Kak Piqa. Duduk depan lah. Please." aku memujuk kak Piqa semasa dalam perjalanan ke kereta.
"Kak Piqa bukan tak nak. Tapi... hmmm... cikgu Syafiza tu entah lah." Kak Piqa seperti tak berani juga nak bantah arahan cikgu Syafiza.
"Alahhh..." aku seakan-akan merengek. Ya, lagi sekali. Aku gedik terlebih sikit pula harini. Mungkin sebab sakit, jadi konon-konon nak manja.
"Kenapa? Jiah tak suka dia ke?" soal kak Piqa.
"Bukan tak suka. Tapi Jiah cam takut sikit lah. Tapi kadang dia okay je. Kadang-kadang je tak okay. Tapi still, unexpected. Penat lah nak hadap dia." aku meluah. Luahan yang paling tak jelas sampai aku sendiri tak faham keypoint yang ingin di-highlight-kan.
"Faham. Takpe, layan je. Kalau dia tanya, jawab. Kalau dia marah, diam." nasihat kak Piqa. Nampak macam dia lagi immune dengan cikgu Syafiza tu. Tapi kalau ingat balik, tu prinsip kak Piqa dengan mana-mana cikgu pun. If cikgu tanya, jawab jela apa-apa. Kalau cikgu marah, diam je dulu. Jangan melawan. Even kadang bukan salah kak Piqa pun, tapi dia tetap diam dan terima. Salute betul lah! Kalau kena kat aku, memang dah menjawab berjela dah sebelum nak mengaku kesalahan yang kadang memang terang-terang aku salah.
"Cikgu, saya nak duduk depan boleh?" kak Piqa minta izin. Aku terkejut sebab kami tak letakkan persetujuan apa-apa pun tadi.
Cikgu Syafiza tiba-tiba memandang aku. Aku cuma berdiri kaku dengan muka innocent.
"Syafiqah duduk belakang. Damia, duduk depan." arahnya. Gitu je statement dia tanpa sebarang toleransi.
Aku akur. Perlahan-lahan aku bertukar posisi dengan kak Piqa. Aku cuba kawal mulut aku daripada terus muncung sedepa. Ikutkan hati, nak sahaja aku protes. Tapi sebab aku sedang berhadapan dengan seorang cikgu Syafiza, maka aku kuburkan hasrat aku.
"Sibuk sangat nak duduk belakang. Kaki tu belum fully baik lagi. Karang luka tu terlanggar mana-mana, nak jahit semula ke?" cikgu Syafiza muka membebel sambil memandu. Aku diam je la sebab aku tahu dia cuma membebel sahaja tanpa perlukan jawapan aku. Kalau aku menjawab, lain pula cerita nanti.
Cikgu Syafiza terus memandu ke stesen minyak yang terdekat memandangkan kak Piqa dan yang lain mahu pergi ke bank. Sepanjang perjalanan kami bersembang sesama sendiri sahaja. Cikgu Syafiza sahaja yang diam. Fokus memandu barangkali. Aku pulak ada la kadang-kadang menyampuk perbualan mereka di belakang yang sangat riuh sebenarnya. Siap bertepuk tampar. Macam tak jumpa setahun. Ada sahaja cerita.
"Jiah nak apa-apa tak kat dalam tu?" tanya kak Piqa sebelum memasuki mart di stesen minyak itu.
Aku nak ikut masuk dalam sebenarnya. Saja nak cuci-cuci mata, tapi sebab kaki aku gini, dia jadi macam malas nak gerak sebab nanti akan jadi slow motion. Dan aku jamin, cikgu Syafiza takkan bagi pun aku ikut yang lain.
"Beli 100 plus." kata cikgu Syafiza. Arahan lagi ke? Aku pun keliru tapi aku cuma mengiyakan.
Persoalan, kenapa bila sakit mesti 100 plus akan dikaitkan? Tak 100 plus mesti air kelapa. Padahal benda tu takda lah effect sangat pun.
Aku dan cikgu Syafiza menunggu berdua dalam kereta. Masing-masing diam. Awkward. Aku syak mood dia tak baik harini. Tak lama kemudian, yang lain pun muncul dengan beberapa beg plastik. Shopping apa taktau. Pergi stesen minyak je pun.
"Uyoo banyak shopping." aku bersuara sebaik sahaja mereka masuk ke dalam kereta.
"Nah air Jiah." kak Piqa menghulur sebotol air 100 plus botol besar ke arah aku.
Aku agak terkejut juga sebab tak sangka besar betul. Ni kalau dah sampai dorm, tak sedap dah ni sebab dah tak sejuk. DM pula jarang nak hidang aku. Jadi aku ambil keputusan untuk terus minum beberapa teguk. Segar rasanya. Keadaan dalam kereta kembali riuh. Kalini dipenuhi dengan bunyi makanan.
"Kak Sha nak sikitttt!" aku meminta sambil cuba merampas daripada tangannya.
"Aip! Bagi aku dulu." kak Izzah mencapai plastik keropok itu terlebih dahulu.
"Alaaaa bagi la Jiah duluuu. Jiah kan sakit." aku memberi alasan.
"Meh sini lah aku pegang." giliran kak Piqa pula merampas plastik tersebut.
Tiba-tiba kereta berhenti.
"Ni kenapa ni?" cikgu Syafiza tiba-tiba meninggi suara. Daripada nada suara dia, aku rasa dia ibarat dah serabut dengan kebisingan kami.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...