BAB 62

604 35 0
                                    

Hari ini khamis. Maksudnya dah lebih kurang 3 hari aku cuti sakit. Seronok tu seronok. Tapi bosan juga la duduk terperuk dekat bilik sakit sorang-sorang. Setiap hari aku tunggu la pengawas datang bawa makanan lunch untuk aku. Rasa permaisuri sangat. Dinner pula biasanya kak Izzah atau kak Sha yang ambilkan. Sebab prep malam aku akan duduk kat bilik warden je. Ini pun satu hal juga. Duduk bilik warden ni penat oi. Nak kena fake depan warden every single time. Belum masuk warden yang suka menyembang. Aku ni dah la pendiam, nak sembang topik apa pun tak tahu.

"Damia, petang ni datang training." aku teringat pesan cikgu Syafiza semasa dalam kelas tadi. Ah malasnya. Dia memang gini. Kalau dah lama stop, nak dapat stamina balik tu susah. Nasib sebab ada friendly. Kalau tak, aku malas nak beria.

Training petang tu berjalan seperti biasa. Mujur kaki aku pun memberi kerjasama. Dari segi bergerak, kaki aku ni tak sakit dah. Cuma jangan kasi jatuh je la. Auto menangis rasanya kalau tersembam lagi. Aku ni dah la suka pura-pura terjatuh bila game, so friendly nanti aku kena cuba control sikit lah.

"Okay, yang saya sebut tadi position untuk sabtu ni. Esok kita all out training and run game tipu-tipu antara kita dulu. Sabtu 7 pagi kumpul sini, kita gerak naik van sekolah pergi stadium." pesan coach Saffa sebelum kami dilepaskan untuk dinner.

Aku pulang ke dorm segera. Walaupun cikgu Syafiza dah mula bagi kelonggaran datang lewat ke dewan makan, tapi aku tetap akan lari ke dorm bila habis training. Sebab kelonggaran tu aku boleh gunakan untuk rehat dan sejukkan badan sekejap. Tepat jam 6:20pm baru aku mandi dan bersiap. Boleh kata aku orang terakhir la masuk dewan makan harini. Cikgu Syafiza pun kecik besar kecik besar je pandang aku. Tapi nak buat macam mana, dia yang bagi kelonggaran kan? hehe...

"Weh korang. Sabtu ni jom pergi Ipoh." kak Syu memulakan perbualan dengan teruja. Tak padan dengan duduk dalam surau ada sahaja idea nak berjalan.

"Mantap! Boleh aku gi kedai Harry Porter tu." kak Sha yang fanatik Harry Porter turut teruja.

"Sabtu ni?" aku menyoal.

"Yup! Outing harian kan. What say you?" kak Syu menyoal aku kembali.

"Hm Jiah ada friendly futsal Sabtu ni. Tapi belah pagi la. Okay je kalau nak pergi after tu." balas aku.

"Bapak ah. Futsal ada friendly bhai sekarang. Padu." kak Izzah mencelah.

"Aku nak gi tengok boleh?" sambung kak Izzah lagi.

"Aku nak ikut gak." kak Piqa turut mencelah.

"Boleh kot. Tapi naik kereta coach. Takpun kereta cikgu Syafiza. Tak sure la muat ke tak." aku memberi cadangan.

"Interesting. Kat arena stadium eh?" soal kak Izzah.

"Haah." jawab aku.

"Boleh lah. Aku dengan Piqa ikut kau. Stu dengan Sha korang gerak la ikut waktu outing tu, pukul 11. Pastu nanti kitorang gerak daripada stadium. Jumpa dekat KTM la." kak Izzah memberi idea.

"Nice!" yang lain setuju.

"Nanti Jiah kena tanya coach dulu la boleh ke ikut." kata aku pula.

"Tak payah coach. Tu ha cikgu Syafiza kat belakang tu. Pergi lah tanya." kak Sha menunjuk ke satu arah.

"Piqa. Gi la." kak Izzah menolak kak Piqa. Gitu je dia pass job.

"Apahal aku pulak?" soal kak Piqa seakan tak puas hati. Yela, asyik dia je jadi mangsa keadaan.

"Kau kan paling berani dekat sini." kata kak Izzah cuba memujuk.

"Ish tak nak aku." kak Piqa menolak. Tak makan pujukan pula dia kalini.

"Biarlah Jiah tanya." kataku kemudian terus bangun.

"Peh anak murid kesayangan dah berani bhaii!!" kak Izzah mengusik lagi. Tanpa berfikir panjang, aku teruk menarik telekung kak Izzah sekuat hati. Geram!

Aku baru nak melangkah tiba-tiba kak Piqa mencapai tangan aku.

"Jangan bagitahu pula kita nak pergi Ipoh after tu." pesannya.

Aku hanya membuat simbol okay sebelum bergerak. Pura-pura berani. Dorang tak tahu dalam hati aku ni bergelora macam mana. Dari jauh aku melihat cikgu Syafiza duduk bersama beberapa orang pelajar. Aku tak kenal siapa. Maybe lower form. Ah tiber aku jealous!

"Cikgu..." aku menyendeng tepi cikgu Syafiza. Gila nak attention punya pasal.

Aku pandang students yang tadi tu atas bawah, sengaja nak bagi isyarat supaya mereka pergi. Nasib semua faham. Sibuk je nak dengar conversation kitorang.

"Sabtu ni cikgu pergi sekali ke?" tanya aku.

"Haah, tapi saya naik kereta la." balasnya.

"Ouhhh... Hmmm haritu cikgu cakap orang luar boleh datang tengok kan? Saya nak ajak kak Pia dengan kak Izzah ikut boleh ke? Pergi sekali dengan kita." tanya aku lagi.

"Kena buat surat la." balasnya pula.

"Alahhh ikut secara haram la cikgu. Lagipun haritu ada OH." aku cuba memujuk lagi.

"Suruh dorang jumpa saya la esok. Bawa buku outing sekali." cikgu Syafiza membalas. Nampak macam green light.

"Okie!" balas aku kemudian beredar.

"Cikgu Syafiza suruh jumpa dia." kata aku seraya tiba di tempat kami berkumpul tadi.

"Asal pulak?" kak Izzah mempersoalkan. Gaya macam takut.

"Entah. Bawa buku outing sekali. Nak sign kot tu." aku menjawab. Konon bagi harapan. Tapi aku rasa cikgu Syafiza confirm nak soal siasat dulu ni before suka-suka turunkan tandatangan.

"I see... Okay bolehlah start buat itinerary. Siapa ntah warden Sabtu ni?" kak Izzah menyoal.

"Tak silap aku Cikgu Wardina." jawab kak Sha.

"Okay nice. Balik lewat sikit pun takpe." kak Izzah memberi cadangan.

"Serius eh?" kak Syu pula ragu-ragu. Tapi aku tau dalam hati dia seronok.

"Ya. Relax la. Macam tak biasa pula." kata kak Izzah lagi sambil mengenyit mata.

Kak Piqa cuma mampu menggeleng. Aku pula diam-diam sebenarnya teruja juga. Tak pernah lagi aku sampai bandar Ipoh. Katanya banyak kedai hipster. Bolehlah cuci-cuci mata lepas penat game. Kena make sure menang la kot sabtu ni, so boleh la kira ala-ala self reward. Gitueww...

💛💛💛

"Jiah. Bawa baju untuk tukar tau." pesan kak Sha semasa aku sedang bersiap untuk berkumpul di bawah. Ikut perancangan, pukul 7:15am pergi dewan makan untuk breakfast kemudian terus naik van.

"Ha okay. Jiah bawa 2 baju. Baju outing dengan blouse biasa." jawab aku sambil menepuk-nepuk beg sandang aku. Dalam tu juga ada sekali botol air dan beberapa makanan ringan kalau-kalau aku lapar nanti. Aku bawa sekali plastik untuk letak baju futsal yang bakal basah dek peluh nanti. Tak lupa juga beg duit. Naya tak bawak duit. Melopong aku nanti tengok yang lain makan sedap-sedap.

Selesai berkemas, aku segera turun ke bawah dan terus ke dewan makan. Breakfast hari ni menarik. Nasi lemak. Biasa nasi lemak ni boleh jumpa time weekend jelah. Cumanya aku tak boleh makan banyak-banyak seperti selalu la, risau sakit perut pula time game.

"Jom jom." ajak Wani, salah seorang team aku.

Aku kemudian segera menghabiskan suapan terakhir dan bergerak ke depan pejabat tempat van sekolah diparkir.

"Eh baru nak breakfast ke? Nak gerak dah ni." tanya aku semasa terserempak dengan kak Piqa dan kak Izzah di tengah jalan.

"Ha kitorang gerak lewat sikit. Cikgu Syafiza kena settle hal asrama dulu." kak Piqa membalas.

"Ohhh okay. Gerak lu. Bye!" aku melambai mereka.

Nampaknya plan kami outing ke Ipoh setakat ini berjalan lancar. Tak sabar rasanya nak settle game pagi ni kemudian chaww!!

Salah SarahWhere stories live. Discover now