Bab 36

578 29 1
                                    

"Damia... You rasa apa kita punya similarities?" soalan itu tiba-tiba muncul semasa kami duduk berdua di belakang bangunan sekolah. Tak silap aku ketika itu gap antara sesi persekolahan dan kelas tambahan, jadi kami ambil peluang untuk berehat dan chit chat sekejap sementara rakan yang lain di kantin dan surau.

"Kita? Hmmm... Kita both suka physic?" aku menjawab.

"Lagi?" tanyanya lagi.

"Lagi eh? Ha! Kita suka warna purple!" balas aku teruja.

Aku teringat Sarah pernah bagitahu dia suka warna purple. In facts, barang-barang dia pun kebanyakannya purple. Contohnya macam botol air, pencil box dengan beg cute dia tu. Comel je! Aku pun suka purple jugak tapi tak ada lah semua barang aku purple. But I found it cute la kan bila both suka warna yang sama. Swet!

"HahaHAHhahhHAHaa! Macam budak darjah 1 la you ni!" dia tergelak besar.

"What?! Betul kan?" aku mempersoalkan.

"Ya ya... Betul dah. Tapi bagi lah contoh yang matang sikit. Macam persamaannya, kita ni sama-sama optimistik. Masing-masing ada harapan tersendiri. Lepastu both kena ada bukti kukuh baru percaya sesuatu perkara. Ingat tak you bertekak dengan Hanisah pasal eksperimen bawang haritu? You tak percaya hipotesis dia since result eksperimen you lain. I pun sama. Tak percaya something sampailah I buat research and cuba sendiri."

"Contoh macam formula alternatif algebra haritu?" aku mencelah.

"Exactly!" balasnya.

"Wah... Fikir persamaan pun you punya justification nampak ilmiah ya. Hebat!" puji aku sambil tersenyum sendiri. Rasa comel pula lihat perangai Sarah yang banyak cakap hari ini.

"You ingat jugak eh kebanyakan kenangan kita?" aku bertanya.

"Of course... Precious kot?!" jawabnya.

"Bagus-bagus. Nanti bila I lupa, you bolehlah always ingatkan. Thanks Sarah for everything!." kata aku kemudian mencapai tangan Sarah. Aku usap perlahan, lembut. 

Ini cubaan pertama aku menyentuhkan. Aku boleh kata hubungan kami sebagai kawan takda lah rapat mana, jadi aku tak berani nak sentuh dia pada mana-mana bahagian sekalipun. Aku hormat dia.

"I love you!" balasnya lantas memeluk erat tubuhku. 

Aku terkedu. Namun, aku balas pelukannya dengan perlahan. Aku dapat rasa kulit pipi kami bersentuhan. Bahangnya menenangkan.

"I love you too..." aku membalas.

Dalam kegelapan aku tersenyum. Rakan dorm yang semua sudah nyenyak dibuai mimpi, tapi aku diulit kenangan lama mengusik sanubari. Fuhhh nostalgic. Bilalah aku dapat jumpa lagi Sarah!

Surat karangan yang siap ditulis tadi aku pandang.

Sayangku, Sarah.

Rindu I tak? I miss you a lot, Sarah. How are you doing? I hope you are doing fine. Pasal hari tu tak apa lah. I dah lupakan dah :') I faham your limitation. By the way, macam mana you terfikir nak hantar surat dekat I? I serius tak expect  anything from you. Tapi macam seronok jugakkan berbalas surat. Why not we make this as our tradition? Like our way of  communition gituewww... So, a little update about me. Don't be surprised! Dekat sini I masuk futsal. Bukan bola jaring. Bukan bola balik, tapi futsal HAHHAHAHHA! Idk why boleh terjebak tapi macam tu lah. Nak quit macam dah terlambat. Maybe lepas tournament nanti I stop kot. Berkaitan akademik pula, so far okay je. Itu je kot rasanya. Nothing much pun. Oh ya! Cikgu BBA yang I cakap haritu, cikgu Syafiza. You kenal tak. I tak sure lah dia ada ajar you ke tak dulu, tapi dengan I yes pernah. And I kinda have bad memories jugak dengan dia. So macam tak syok jugak la since dia masuk sini. Tapi surat ni I akan minta dia yang tolong pos hehe. Basically because I have no one here. Miss you, Sarah. Rindu sangat! I ada simpan gambar you tau dalam locker. So jangan risau, confirm tak kan lupa. LOVE YOU BABE. Muahhh <3

Surat aku lipat kemas. Kemudian, sampul surat aku ambil. Surat tadi aku masukkan ke dalam sampul dan gamkan ia dengan kemas. 

'Alamat?'

'Letak dekat mana eh?'

Aku bersoal  jawab dengan diri sendiri. Aku tak pasti kedudukan sebenar alamat untuk pos surat. Itulah, cikgu BM ajar tak nak fokus.

'Esok jelah aku tanya cikgu Syafiza. Lepastu terus minta pos.'

Keputusan akhirnya dibuat. Surat aku simpan bawah meja belajar kemudian aku berlalu ke katil untuk beradu.

Salah SarahWhere stories live. Discover now