"Boleh kita jumpa sekejap malam ni? Lepas maghrib." kak Piqa bersuara selepas keluar daripada bilik pengetua.
Kami hanya mengangguk. Sejak semalam, kami sebenarnya tak bertegur sapa lagi. Masing-masing tengah bermuhasabah diri agaknya. Jadi, bila kak Piqa ajak jumpa malam ni, aku agak teruja sebenarnya. Sebab aku nak dengar cerita daripada side dorang pula. Terkejut dengan perkara yang baru jadi ni. Tak cukup dengan semalam, pagi ni kami baru sahaja berjumpa lagi dengan cikgu Wan. Mujur pengetua takda, hanya ada barisan kaunselor je yang terlibat sama dalam proses 'review dosa' kami semalam. Bukan apa, bila pengetua ada nanti, auto jadi awkward sebab tahu itu mak kak Izzah. Risau ya.
Perbincangan tadi agak tegang juga walaupun kami tak lah bercakap sangat. Kebanyakan masa cikgu Wan hanya menerangkan perkara yang berlaku kepada para kaunselor untuk mereka melaksanakan apa yang patut. Ibaratnya, mereka umpama berbincang intervensi sesuai untuk pulihkan 'kenakalan' kami ini. Kemuncaknya, kata sepakat telah pun dapat dicapai. Selain daripada outing kami ditarik dan denda bersihkan surau, setiap daripada kami pun tidak dibenarkan untuk wakil mana-mana pertandingan atau aktiviti luar sekolah. Dalam masa yang sama, sebarang jawatan yang disandang akan ditarik balik dengan segera. Temu janji dengan kaunselor juga akan ditetapkan sebanyak 3 kali secara individu. Sakit weh. Main mental sungguh. Aku tak tahu nak jawab apa dengan cikgu Syafiza ni. Dah lah aku kapten. Habis la. Sia-sia aku training pagi petang siang malam. Tapi nasib baik tak kena gantung sekolah.
Habis sahaja perjumpaan tadi, aku terus ke kelas. Aku harap classmates aku tak pandang serong la dekat aku. Rasanya kes semalam hanya terlibat secara dalaman je. Kiranya takda orang lain lagi yang tahu since waktu kitorang kantoi tu, yang lain semua tengah prep malam. Jadi, sebarang jerkahan atau pekikan cikgu Wan tak didengar dek orang lain.
Masuk sahaja kelas, aku hanya duduk termenung melihat cikgu bersungguh-sungguh mengajar subjek matematik moden. Masa sudah mahu tamat, jadi aku hanya memenuhi masa yang ada dengan melihat kosong ke arah papan putih.
"Lepas ni subjek apa?" aku menyoal Suraya di sebelah sesudah cikgu keluar kelas.
"Sivik." balasnya pendek. Suraya sedang fokus menyalin nota di buku.
"Ah sudah. Mesti dia dah tahu pasal tu." aku mengomel sendirian. "Salah aku ke kalau tak dapat sumbang dekat team? Siapa suruh sekolah sekat penglibatan aku? Ha, aku tak salah. Oh tapi tak apa, rehat nanti aku supposely ada sesi kaunseling. Jadi, aku boleh lari awal la kejap lagi untuk bagi alasan."
"Kau bebel apa sorang-sorang ni? Meh sini buku latihan aku. Cikgu nak check tu." Suraya menegur aku.
"Ha? Cikgu apa?" aku blur.
"Tu." satu arah ditunjuk. Terpampang wajah cikgu Syafiza di hadapan kelas. Lah bila masa dia masuk?
"Dah keluarkan buku ke semua?" soal cikgu Syafiza. Barangkali ini kali kedua beliau memberi arahan. Aku hilang fokus tadi.
"Oi mana dia? Buku aku?" Suraya menyoal lagi. Otak aku betul-betul tak ada dekat sini.
"Sabar jap." beg kecil di tepi kerusi aku geledah.
"Takda do. Aku rasa kat dorm la. Aduh macam mana ni?" aku mula gelabah.
"Pulak dah. Buku kau pun tinggal ke?" tanya Suraya pula.
"Haah. Aku letak bawa meja kat dorm. Kelam kabut semalam dengan pagi tadi, tak sempat nak susun jadual." aku jujur. Iyela, dengan benda baru jadi semalam, takda mood betul nak mai sekolah.
"Suraya, mana buku?" cikgu Syafiza tiba-tiba muncul di sisi Suraya. Menakutkan bukan?
Dengan tenang Suraya memberi alasan tak bawa. Mujur dia tak petik nama aku. Aku tengah takda mood ni kalau dia serang fizikal aku hari ni.
"Cikgu, saya kena pergi bilik kaunseling." aku meminta izin untuk keluar.
"Buku mana?" dia menyoal. Tetap juga nak check. Mampu ke aku memanipulasi masa dia?
"Tak bawa." aku pun menjawab dengan tenang sambil memasang kekuda untuk cabut lari ikut pintu belakang. Tak kisah la dia nak jerit satu sekolah ke, nak kejar aku ke, asalkan aku tak kena cubit macam Suraya tadi. Pedih mat.
"Ni Suraya, kamu tak bawa sebab Damia pinjam ke?" soalan cepumas diajukan. Siot, macam mana dia tahu?
Aku memberi isyarat kepada Suraya supaya dia tipu sunat. Mampus aku kalau dia tahu.
"Baik kamu jujur. Kalau tak, dua-dua sekali kena." cikgu Syafiza mengugut.
Aku menepuk dahi apabila melihat Suraya mengangguk tanda mengaku. Haish dia ni. Cikgu Syafiza takkan buat serangan kedua. Cukup sekali je dalam satu-satu masa. So, jangan cepat termakan dengan ugutan.
"Saya pergi dulu cikguuu!" aku melarikan diri seperti yang dirancang apabila melihat cikgu Syafiza seperti mahu naik angin. Ikutkan dia memang pernah warning aku sebab aku pinjam homework Suraya. Kiranya, aku ni memang jenis tak makan saman la. Tapi kira work smart la kan? Gunakan peluang sebaik mungkin.
Pecutan daripada kelas ke blok bilik guru buat aku lelah dan tercungap-cungap. Penat. Aku lari tak ubah macam kena kejar hantu. Nasib la tak terserempak dengan mana-mana cikgu tadi. Risau kena tuduh ponteng walaupun sebenarnya betul lah. Sampai sahaja di bilik kaunseling, aku menggunakan nama cikgu Syafiza sebagai lesen untuk aku datang awal ke sana sebelum waktu yang dijanjikan. Bukan apa, tak adalah mengganggu waktu rehat aku nanti. Dah la kena pergi kemas surau. Haih...
~~~
"Okay, dalam kes ni, takda siapa yang salah. Kita cuma salah langkah je malam tu. So, aku harap dalam kalangan kita takda siapa menyalahkan sesiapa. Malam ni aku nak semua make it clear side masing-masing, so that tak akan ada dua tiga cerita." kak Piqa bersuara. Serius bunyinya.
Selepas habis solat maghrib tadi, kami berlima berkumpul di belakang surau seperti biasa. Masing-masing diam. Tak seperti selalu. Aku jadi awkward.
"Hm tadi Jiah dah pergi dah kaunseling tu. Takda apa sangat pun. Dia suruh cerita je sama macam malam dengan cikgu Wan tu. Tapi tak tahu la kalau korang nanti lain pula." aku mula berkongsi.
"Cikgu apa?" kak Izzah menyoal.
"Cikgu Fatin." aku membalas.
"Oh cikgu tu okay sikit. Jangan cikgu Dalilah. Dari awal sampai akhir mesti sarkastik sampai ke sudah." kata kak Izzah merujuk kepada kaunselor sekolah lagi sorang.
Sekolah kami ada 2 orang kaunselor. Cikgu Fatin tu kaunselor baru, memang muda la. Level kakak-kakak gitu. Cikgu Dalilah pula kaunselor lama dah katanya dekat situ. Umur pun dah berusia sikit. So, faham-faham la.
"Haish engkau ni. Tak baik la kata gitu. Kalau kau tak behave, dia jadi gitu la." kak Syu menegur.
"Apa pulak tak behave? Sama macam dengan cikgu Wan haritu la. Aku diam je kot. Tapi annoying dia masyaAllah. Aku fikir mak aku ada dekat sini je. Kalau tak memang aku sembur balik dah." kak Izzah melepaskan geram.
"Sabar-sabar" aku cuba menenangkan. Risau kak Izzah mengamuk, dengan surau-surau ni pun boleh terbalik.
"Jiah macam mana malam semalam? Masuk sorang-sorang okay ke?" kak Sha pula menyoal aku.
Aku taktahu nak jawab apa, jadi aku cuma menunjukkan telapak tangan aku yang masih berbekas.
"Halah dia ni. Ingat kau sorang ke? Semua kena la." kak Izzah menampar tangan aku.
"Alah saja je nak show off." aku membalas sambil memuncungkan bibir. Tak boleh gurau sikit la kak Izzah sekarang ni.
"Show off la kau. Kau tu ada setahun lagi dekat sini. Mampus la nak kena hadap dia lagi. Once dia kenal kau, sampai bila-bila dia kenal." kak Izzah menambah lagi.
"Hesh, apa cakap macam tu." kak Piqa menyampuk.
"Aku cakap benda betul apa. Budak ni bukan boleh. Kepala dia tu banyak lagi benda jahat yang dia nak cuba." kak Izzah memerli. Sakan dia usik aku malam ni.

YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...