"Habistu, Kak Izzah takda ke esokkkkk?" aku mula rasa tak senang apabila Kak Izzah mendapat izin skip riadah esok.
"Iyalah. Aku ada kerja sikit. Kau dah kenapa pulak tiba-tiba tak boleh hidup tanpa aku? HAHAHAH" Kak Izzah berloyar buruk.
"Alaaa takkan Jiah nak kena lari sorang-sorang. Kak Izzah niiiiiiii" aku semakin risau apabila teringat denda kami yang bakal berakhir esok. Dan tanpa Kak Izzah?! No, aku tak boleh buat sorang-sorang.
"Chill. Kau dah seminggu lari. Kau dah nak dekat sebulan training dengan dia. Takkan tak immune lagi?" sakat Kak Izzah.
"Ishhh dia lain. Hm takda mood la nak tengok movie." balas aku sambil menarik muka. Aku tak tahu nak rasa apa. Perasaan tu macam nak marah, nak nangis, semua ada lah.
"Hekeleh dia ni. Kau jangan nak balik bilik pulak eh. Dah jom" kata Kak Izzah lantas menarik kasar tangan aku.
Aku menurut sahaja tetapi dalam keadaan tidak rela. Memang betul takda mood nak berhibur malam ni.
"Ha sampai pun. Cerita apa nak tengok ni?" Kak Sha bersuara seraya kami melangkuh masuk ke dalam lounge tersebut.
Jam sudah menunjukkan hampir pukul 11. Masa banyak terbuang sebab masing-masing seronok sangat makan mee hailam di dewan makan tadi. Supper mee hailam ni kira mewah la kalau di asrama.
"Aku nak tengok bad genius. Macam seronok je kalau nak jadikan inspirasi" kata Kak Izzah.
"Siot! Jap aku cari." balas Kak Sha.
Aku mula mencari tempat duduk. Posisi di sebelah Kak Sha dipilih. Masing-masing mula diam kerana khusyuk menonton movie. Al-mulk yang berkumandang pun kami biarkan sahaja. Hanya perlahankan volume sahaja. Jalan ceritanya agak menarik menyebabkan masing-masing tidak bergerak daripada kedudukan masing-masing.
Namun, langit tak selalunya cerah. Entah macam mana cikgu Syafiza tiba-tiba muncul semasa aku, Kak Sha dan Kak Izzah sedang dalam perjalanan ke blok masing-masing. Waktu itu lebih kurang jam 12:40 malam. Kami berjalan santai ke destinasi pertama iaitu blok Kak Izzah. Sebabkan sudah lewat malam, jadi aku tak terfikir langsung akan tertangkap dengan warden waima pengawas sekalipun.
"Damia!" nama aku diseru.
Kami bertiga terkejut seraya diam membisu kerana ingatkan terdengar suara makhluk yang tidak sepatutnya. Kak Sha memberanikan diri menoleh dan terpampang susuk tubuh cikgu Syafiza beberapa meter daripada kami.
"Cikgu Syafiza lagi. Nak lari ke stay ni?" tanya Kak Sha seakan berbisik.
"Ah mampus! Kita lari la, boleh bagi alasan nampak hantu." sempat aku memberi idea.
Kak Izzah diam. Semua diam. Aku melangkah satu tapak ke depan. Tiba-tiba Kak Sha memecut laju menuju ke arah blok. Secara spontan, aku dengan Kak Izzah pun mengikut jejak langkah Kak Sha yang sudah lari lintang-pukang seakan terlihat hantu.
Aku sempat menoleh ke belakang mencari kelibat cikgu Syafiza tetapi tiada. Aku mula musykil dan merasa ia benar-benar hantu. Sampai sahaja di dorm, aku dan Kak Sha berehat di tepi pintu. Tercungap-cungap dibuatnya.
"Shhh aku dengar tapak kasut." Kak Sha berkata.
"Alamak... Dah jom-jom buat-buat tidur." balas aku dalam keadaan gelabah.
Aku berlari dan melompat ke atas katil. Selimut ditarik dan menyelubungi satu badan. Tanpa sedar, aku tertidur sehingga pagi. Mungkin kepenatan.
"Jiah bangun. Dah lewat ni." kejut Kak Sha perlahan.
Aku terjaga dan terlihat jam sudah menunjukkan jam 6:30am. Perhimpunan bermula jam 7:00am. Aku kelam kabut bangun. Mujur hari ini pakai baju sukan, jadi hanya perlu gosok tudung sekolah sahaja.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...