"Kak Izzah. Tournament kita bila?" aku sengaja bertanya untuk mengisi masa lapang sementara menunggu masuk waktu maghrib. Sejak akhir-akhir ini waktu maghrib memang agak lambat sedikit. Aku dengan Kak Izzah duduk sama-sama malam ni sebab kami lambat gerak daripada dewan makan tadi. Yang lain semua duduk saf depan.
"Futsal?" kak Izzah membalas dengan soalan lagi.
"Yela, takkan netball pulak." aku memerli. Aku dengan Kak Izzah sekarang agak rapat sebenarnya sejak aku masuk futsal. Jadi bab-bab memerli ke bergurau kasar ke, aku memang dah tak kira tempat sekarang. Ponteng kelas ke ponteng prep ke kadang-kadang aku yang paksa Kak Izzah teman. Hahaha. Kak Izzah pun melayan je. Aku lah untung, kalau ada apa-apa banyak orang backup aku.
"Ouh tangguh lagi. Maybe bulan depan. Tapi aku tak join tau. Orang lain jadi kapten nanti." jawab Kak Izzah.
"Aik? Kenapa pulak?" tanya aku lagi.
"Yela form 5 kan dah nak trial. Pengetua tak kasi join apa-apa koko lagi" balas kak Izzah.
"Ouhh mak Kak Izzah." kata aku sengaja.
"Diam." balas Kak Izzah sepatah.
"Ahahhahaha rilek ah. Ouh habistu siapa ganti Kak Izzah?" tanya aku lagi.
"Tak sure lagi. Kau kot" balas kak Izzah pula.
"Ehh nooooo! Pleasee Kak Izzah. Tak nak la." kata aku hampir menjerit. Aku bukan apa, aku dah tak fikir pasal tanggungjawab ke apa, aku fikir yang handle tu adalah cikgu Syafiza. Jadi memang banyak kali la aku nak kena berurusan dengan dia nanti.
"We'll see. Aku pun tak tahu sebenarnya. Cikgu baru tu yang nak pilih sendiri. Kalau kau nak jadi kapten, buat la elok-elok time training." balas Kak Izzah.
"Kalau buat tak elok, boleh kena buang tak? Hehe." sengaja aku bertanya. Semenjak cikgu Syafiza overshadow coach dan overshadow Kak Izzah sendiri, perasaan aku nak quit tu makin membuak-buak sebenarnya. Tapi sebab Kak Izzah, aku stay. Ceh tiber.
"Kau jangan ngada-ngada eh." balas Kak Izzah seakan mengugut.
"Hmm cikgu baru tu garang sangat la. I is takod" aku jujur.
"Agak ah. Dia akan jadi cikgu Wan no 2 kot? Tapi aku rasa dia tegas masa training jela, tempat lain nampak okay je." balas Kak Izzah lagi.
"Okay Kak Izzah kata? Ya Allah taktahu lah nak setuju ke tak." aku menjawab. Kalau lah boleh, aku nak je cerita siapa cikfu Syafiza tu. Plus kejadian hitam itu.
"Ala cikgu lain kau boleh bodek. Takkan dia yang muda suci ni kau takleh tackle?" balas Kak Izzah memerli sambil mengangkat kening.
Aku mula menyampah. Itulah kenyataan yang aku tak mampu nak nafikan sebenarnya apatah lagi buat.
"Hm dia lain" aku menjawab perlahan. Membiarkan perbualan kami tergantung begitu sahaja. Kami kemudian bangun menunaikan solat maghrib apabila terlihat kelibat imam muncul di depan.
"Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 4 kelas bahasa inggeris Teacher Yus, prep malam anda akan berjalan di kantin. Saya ulang,..." pengawas bertugas memberi pengumuman di surau selepas selesai doa dan selawat.
Aku mengeluh. Aku tak suka sebenarnya kelas english Teacher Yus tu. Dia selalu bagi banyak latihan dalam kelas lepastu ulang benda yang sama. Tu yang membosankan tu. Lagi satu, kelas english dibuat secara berasingan dengan kelas kami yang biasa. Kiranya setiap kali kelas english, kelas aku dan beberapa kelas yang lain akan berpecah kepada 3 orang cikgu bahasa Inggeris yang ada. Ini yang kedua penyebab kebosanan sebab aku tak ada kawan. Ingat senang ke nak buat kawan?
Jadi aku ambil keputusan untuk tak pergi kelas itu malam ini. Aku duduk sahaja di kelas. Harap tiadalah rakan sekelas yang perasan.
"Eh kau bukan kelas Teacher Yus? Kena gi kantin kan?" Suraya terus bertanya sewaktu aku baru sahaja mahu menarik kerusi.
"Shhh diam. Buat biasa je." aku membalas.
"Haihhh" Suraya mengeluh sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
"Aku nak buat report bio la. Kau dah siap?" aku tanya Suraya.
"Dah siap separuh pastu aku dah tak faham. Kau try la buat dulu, aku nak tengok punya pulak kalini. Aku tak faham sangat la bab 6 ni." balas Suraya pula.
"Hm yelah. Jap." jawab aku pula kemudian mengeluarkan buku. Taktahu kenapa semangat aku lain macam sikit malamni.
Tak lama kemudian, pintu kelas diketuk.
"Perhatian kepada pelajar kelas Teacher Yus, teacher minta pergi kantin sekarang." seorang pelajar membuat pengumuman kelas ke kelas.
Aku buat selamba. Aku sumpah malas. Aku biarkan sahaja sampai budak itu berlalu pergi. Mujur sahaja bukan budak kelas aku, kalau tidak confirm dia kenal. Aku kemudian sengaja melihat kelibat kelas sebelah. Ramai juga yang baru keluar selepas budak itu panggil. Nampak sangatlah semua malas nak pi kelas Teacher Yus hahaha. Tapi aku masih membatu di kelas. Prinsip aku, kalau tak datang tu biar tak datang terus, jangan kantoikan diri sendiri yang kau sebenarnya malas nak datang.
"Mana satu eh eksperimen yang kena buat ni?" aku tanya Suraya lagi sesudah duduk di kerusi semula.
"Ha tula banyak sangat tak buat daripada yang buat." perli Suraya.
"Eh kau ni. Aku tanya je, bukan nak dengar kau bebel. Cepatlah." balas aku pula tetapi masih lagi menggesa respon yang sepatutnya. Suraya kemudian menunjukkan muka surat yang sebenar.
"Siapa lagi kelas Teacher Yus yang tak pergi kantin lagi? Tak full kedatangan malam ni." budak yang tadi itu datang kembali.
"Haish dia ni bising la." aku merungut sendirian sambil ralit memerhati prosedur eksperimen.
"Ada lagi tak? Before teacher ambil nama." sambung budak itu lagi. Aku syak dia ni mesti anak murid kesayangan teacher.
'Ambil nama? I don't give a fuck' suara hati aku memberontak.
"Kamu pergi dekat teacher Yus, minta nama yang belum hadir. Bawa datang sini." satu suara menerpa. Aku laju berpaling.
'Kali ni betul-betul fuck'
Cikgu Syafiza tiba-tiba muncul. Oh ya malam ni dia warden. Kelihatan budak tadi pergi ke arah kantin. Mungkin mengikut seperti apa yang cikgu Syafiza arahkan kot.
"Siapa lagi yang sepatutnya pergi kantin?" cikgu Syafiza menyuarakan soalannya itu dengan nyaring. Aduh aku takut dah ni. Confirm-confirm nama aku ada kalau budak tu datang balik.
"Aku rasa better kau pergi sekarang. Better late than never kan?" Suraya memberi cadangkan.
Tanpa berfikir panjang, aku mencari test pad di bawah meja, mencapai pencil box dan buku bio lalu dimasukkan ke dalam totebag yang kosong. Kemudian aku berdiri. Satu kelas pandang aku. Mungkin disebabkan bunyi seretan kerusi yang kuat secara mengejut. Aku dengan selamba berjalan menuju ke pintu kelas bahagian hadapan di mana berdirinya satu figura yang buat aku terpaksa kantoikan diri depan orang ramai.
"Pergi mana?" tanya cikgu Syafiza.
"Kantin." balas aku sambil laju mengatur langkah. Aku takut dia tahan aku karang jadi isu lain pulak. Aku dah lah tengah takda mood ni.
Sampai sahaja kantin, aku cari tempat yang paling belakang sekali. Mujur saja Teacher Yus tak tegur, jadi kerja pulak aku nak kena menipu lagi. Sepanjang kelas aku cuma memandang kosong ke arah depan. Suara teacher yang tak berapa nak kuat itu hanya mampu masuk telinga kiri keluar telinga kanan sahaja. Aku cuma berharap prep malam ini habis segera supaya aku dapat sambung siapkan report biologi tu. Tak tahu kena semangat biologi malam ni lain macam pulak rasanya.
"Damia Nazihah kan?" seorang budak tak jauh daripada aku tiba-tiba menegur.
'Mana pula dia tahu nama panjang aku ni?'
"Ya? Kenapa?" balas aku.
"Mentor mentee sama dengan Yuni kan?" tanyanya lagi.
"I think so...." balas aku dalam keadaan tak pasti. Haritu masa perjumpaan aku terkesan sangat bila dapat tahu sama group dengan Aida, jadi aku terlupa langsung siapa mentor aku.
"Ouh haaa... Yuni nak buat first meet ahad ni. Dekat lounge." jelasnya lagi.
"Ouh okay. InsyaAllah..." jawab aku pula.
![](https://img.wattpad.com/cover/226917972-288-k753050.jpg)
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...