BAB 75

643 39 2
                                    

Malam itu memang basah kuyup semua orang. 10 orang yang lain dibenarkan pulang lebih awal daripada aku dengan Aida. Pulang bukan tangan kosong ya. Cikgu Wan rotan dekat tapak tangan ikut bilangan tingkatan. Kalau form 3, maka 3 kali la. Yang kelakarnya, tahu pulak tu cikgu Wan suruh semua lap tangan dulu before kena rotan tu. Patutnya kuranglah sakit dah tu kalau tangan basah. Semoga tak apa-apa la yang lain. Aku betul-betul rasa serba salah lagi-lagi dekat juniors di bawah pengaruh aku tu. Aaaaa Kak Jiah minta maaf tau semua!!!

Tak habis lagi cerita, aku dengan Aida belum habis lagi kena sidai dekat court walaupun kami sama-sama sudah kena rotan tadi. Kali ni kami berdua masih gagah disuruh berdiri dalam kepekatan malam dan hujan renyai itu. Mujur dah reda sikit hujan, tapi kesejukan dia tu masih menusuk sampai ke tulang. Tak termasuk pedih tangan dan juga kaki yang disebat tadi. Mati lah nak. Bad luck betul.

"Ni siapa yang plan semua ni sebenarnya? Cuba bagitahu saya." cikgu Wan sekali lagi menyoal. Dia betul-betul nak tahu siapa master mind, sedangkan memang betul dah kami dua orang.

"Saya." sekali lagi, kami berdua menjawab serentak.

"Saya nak sorang je." balasnya pula.

"Saya." dengan laju aku menjawab. Biarlah aku yang tanggung semua ni. Dah alang-alang cikgu Wan kenal aku, biar sampai aku SPM dia kenal.

"Bukan dia, saya yang ajak." Aida masih keras kepala.

"Kau tak payah lah." aku marah Aida.

"Saya yang ajak cikgu. Aida ajak tengok movie je, tapi saya yang ajak tengok lepas Al-Mulk." aku dengan beraninya cuba meyakinkan.

"Okay, Aida boleh balik dulu. Damia pergi kemas lounge sama macam sebelum kamu guna tadi. Esok pagi saya check. Tak kisah lah nak naik tidur dulu ke, nak kemas dulu baru naik ke, asalkan esok pagi dah clear  Kalau saya tengok tak kemas lagi, siap!" katanya pula. Aku sorang? Mantap. Sekarang dah nak hampir pukul 4 pagi kot. Mata aku pun dah mengantuk ni. Baju pulak basah. Makin kotor lah lounge nanti.

"Kau nak aku tolong tak?" Aida memberi offer.

"Takyah lah. Kau gi naik. Esok pagi kalau aku lambat bangun, kau tolong kejut aku." kata aku pula.

"Okay boleh-boleh. Sorry do pasal malam ni. Tak sangka pulak jadi gini. Kau jangan lupa mandi pula nanti. Mandi dulu baru tidur. Subuh esok takyah mandi dah." pesan Aida pula. Aku cuma mengiyakan.

Aku kemudian terus menuju ke lounge. Kepala aku masih berfikir-fikir nak tukar baju dulu atau kemas je terus? Aku duduk dahulu di kerusi luar lounge untuk mengeringkan sedikit baju yang basah. Actually takda apa yang nak dikemaskan sangat pun, cuma kedudukan kerusi dan bantal-bantal je. Oh lagi satu langsir kena ikat sebab kami turunkan hampir semua langsir yang ada. Sebabkan tak banyak perlu kemas, aku ambil keputusan untuk kemas terus sebelum naik atas.

"Okay ke?" seseorang datang duduk mendekati aku. Cikgu Syafiza.

"Errr... Okay je." balas aku sambil memeluk tubuh. Kekok dan mahu sembunyi tangan aku. Aku teringat insiden kantoi balik outing lambat haritu, cikgu Syafiza tarik tangan aku untuk tengok kesan rotan yang ada. Malu aku dibuatnya.

"Naik lah atas dulu. Sejuk ni. Demam nanti." kata cikgu Syafiza. Suara dia lembut. Rasa tenang mendengarnya.

"Takpelah... Saya nak kemas lounge sekejap. Risau terbangun lambat esok, nanti cikgu Wan marah pula." balas aku.

"Tak apa. Biar saya kemas. Naik la atas." katanya lagi.

"Eh takpa-takpa. Nanti cikgu Wan nampak. Risau pula." aku masih berdalih.

"Cikgu Wan balik dah. Pergi naik atas. Mandi sikit basah kepala lepastu tukar baju." cikgu Syafiza berkata lagi.

"Hmm tak apa lah cikgu. Susah-susah je." aku tetap menolak offer yang diberi. Bukan apa, aku bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat.

Salah SarahWhere stories live. Discover now