BAB 35

621 34 0
                                    

Keesokan harinya berjalan seperti biasa. Aku seronok tengok Aida makin behave sejak akhir-akhir ni. Mulut dia kebanyakan masa terkunci sahaja terutamanya masa cikgu Syafiza. Mulut aku pun terkunci juga sebab malas nak cari pasal. Keseluruhannya aku boleh katakan, hari ini berjalan dengan sangat tenang sehinggalah prep malam...

"Kau buat tak Sha apa yang aku suruh?" tanya Kak Izzah semasa kami semua menikmati juadah supper.

"Buatlah. Dah aku diberi priviledge guna nama kau, mestilah taknak lepaskan. Hehe" balas Kak Sha pula.

Seronok betul eh dorang! Nanti yang kena aku tau.

"Okay lah Jiah gerak dulu. Nak pergi bilik warden." kata aku sambil berkemas-kemas. Yang lain cuma mengangguk.

Aku berjalan laju menuju ke bilik warden. Pintu aku ketuk dua kali dan meluru masuk ke dalam.

"Eh?!" aku terkejut melihat Puan Wan.

"Kenapa?" Puan Wan bertanya.

"Saya sepatutnya kena jumpa Cikgu Syafiza. Dia ada?" tanya aku dengan sopan santun. Takut gak aku sebenarnya.

"Ouhh dia bukan warden harini. Cuba cari dekat bilik dia." balas Puan Wan.

"Oh yeke... Okay-okay. Terima kasih cikgu." balas aku pula kemudian keluar itu dengan laju. Cuak weh.

'Okay now apa?' aku cuba berfikir.

Aku memanjat tangga blok dengan perlahan sehingga ke atas. Di persimpangan aku berfikir-fikir lagi sama ada perlu ke aku mencari dia di biliknya. Lama-kelamaan, aku beranikan diri untuk ketuk pintu bilik dia.

"Assalamualaikum cikgu..." aku memberi salam.

4 saat kemudian pintu terbuka.

"Ha Damia... Saya terlupa saya bukan warden malam ni. Kita sembang kat bilik saya takpe ke?" tanya cikgu Syafiza.

"Errr... okay je. Saya simpan beg kat bilik kejap boleh?" tanya aku. Aku awkward sebenarnya tapi malas nak cakap.

Selepas meletak apa yang patut, aku kembali ke muka pintu cikgu Syafiza. Aku menolak daun pintu selepas dijemput.

'Damn! Luas gila bilik.' Itu first impresson aku. Dalam hati jela mampu bersuara.

"Ada bawa pen?" tanya cikgu Syafiza.

"Tak." jawab aku sepatah. Tak terfikir. Serius.

"Amboi... Lenggang kangkung betul." cikgu Syafiza memerli.

Aku hanya mampu tersengih dalam keadaan masih berdiri. Aku tak tahu nak duduk mana sebenarnya. Tak banyak kerusi yang ads. Takkan aku nak lepak atas katil? Biadap namanya.

"Duduklah." jemput cikgu Syafiza. Dia soft la malam ni. Aku suka. Eh?

Aku ambil tempat ni meja komputer miliknya. Ada sebuah kerusi yang bagi aku cukup empuk untuk duduk. Nafas diambil dalam-dalam. Aku tak tahu apa akan jadi sebentar lagi tapi suasana bilik itu sangat kondusif untuk buat dia tenang berbanding semalam.

"So... Awak okay tak dengan group mentor mentee sekarang?" cikgu Syafiza bertanya. Dia duduk dekat penjuru ruang itu. Aku boleh katakan jarak kami agak jauh tetapi bertentangan. Memang direct nampak wajah dia daripada sudut aku duduk ini.

"Okay je..." balas aku.

"Habistu kenapa selalu tak datang?" tanya cikgu Syafiza lagi.

Aku terdiam. Aku tak pergi sebab fikirkan ada Aida. Tapi kebanyakan masa aku malas. So macam mana tu?

"Kalau takda masalah dengan group, maksudnya awaklah yang eh yang bermasalah?" sambungnya lagi. Siot ni betul-betul perli ni.

"Saya selalu tak datang sebab ada Aida tu. Dia selalu cari pasal. So jadi malaslah nak jumpa dia setiap kali mentor mentee. Dah la dekat dorm pun asyik jumpa dia." jelas aku sedikit emosi. Bercakap pasal Aida ni memang banyak negatif daripada positif.

Salah SarahWhere stories live. Discover now