"Ya nak apa?" tanya cikgu Syafiza yang masih dengan nada tinggi. Kesian budak tu datang tiba-tiba kena marah.
"Err... Cikgu... Ada yang main air sebab nak sambut birthday. Satu dorm banjir." kata budak itu.
Kuat mengadu betul budak ni. Mesti ramai benci kau dik!
"Haihh macam-macam la..." cikgu Syafiza mengeluh sambil memegang kepalanya. Sakit kepala dengan perangai kami agaknya.
"Dorm mana?" kak Izzah menyoal budak tu.
"Laksamana 6" jawab budak itu.
"Astaga... Takpe cikgu, dorm tu biar saya settle." kata kak Izzah kemudian bersiap untuk pergi.
Aku mengunci lengan kak Izzah tanda tidak benarkan untuk pergi. Kak Izzah pula cuba meyakinkan aku bahawa semuanya bakal okay. Dia cuba beri kekuatan tapi sebenarnya aku makin takut.
"She knows the best" itu yang dibisik ke telinga aku sebelum kak Izzah berlalu pergi.
Suasana menjadi sunyi sepi sebentar.
"Okay cikgu. Cikgu lupakan pasal surat tu. Lupakan deals kita. Saya taknak jadi kapten." kata aku dengan yakin selepas beberapa minit diam sahaja bilik warden tu.
"Tak boleh. Itu keputusan saya dengan coach Saffa." balas cikgu Syafiza.
"Tapi saya memang tak boleh. Tak layak." balas aku pula.
"Siapa kata? Diana?" soal cikgu Syafiza pula.
"Bukan! Saya sendiri sedar. Takda kena mengena dengan diorang. Takda kena mengena dengan benda yang jadi petang tadi. Tolong... Saya tak nak position tu." aku masih keras hati.
"Ini peluang Damia! Awak nampak tak? Kadang yang tak boleh tu, kalau kita push sikit mesti boleh. Tengok dulu awak tak pandai pun main futsal, end up after training terus pandai. Semua benda boleh gilap Damia. Saya tetap letak awak as kapten. Biarlah apa orang nak kata." cikgu Syafiza juga berkeras.
"Tak nak. Saya nak balik!" kata aku sambil berjalan menuju ke arah pintu.
"Duduk! Duduk Damia!" cikgu Syafiza mula menjerit. Dia menuju ke arah pintu dan menutupnya.
Aku tahu aku tak boleh lari mana dah, tetapi aku masih tak berganjak. Aku terkedu. Sumpah! Kenapa semuanya akan berakhir dengan salah aku?
"Duduk!" kata cikgu Syafiza lagi sambil menuding jari ke arah sofa tempat aku duduk tadi.
"Saya tak nak. Saya tak boleh..." aku kembali sebak. Aku macam tersepit. Nak fikir diri sendiri atau orang lain? Aku tak ada jawapan.
"Awak tak cuba lagi dah kata tak boleh!" marah cikgu Syafiza lagi. Barangkali dia cuba untuk provok aku. Tapi sumpah, aku takut!
"Dah. Saya dah cuba. Cikgu tak tahu berapa banyak kekuatan yang saya kumpul sebelum nak berdiri depan yang lain. Itu baru berdiri, belum bercakap lagi. Saya ingat dorang lain. Saya ingat we have team bonding, tapi tak. They dont even care. Bukan saya yang sepatutnya dekat situ, dorang nak orang lain..." aku mula meluah.
"Then, bukan habis dekat situ je. They do have friends. Ramai sangat kawan yang support even tak tahu which sides yang betul. So once kalau saya buat salah. Once saya kacau one of them. Once saya over the limit even tak sengaja, dorang akan buat macam-macam. Mentally. Lagi sakit. Saya kawan dengan seniors pun, satu batch dah tak suka. Inikan pula tiba-tiba jadi kapten padahal tak sampai setahun main. Tak layak cikgu. Atau belum layak." sambung aku lagi. Air mata aku mengalir tak henti-henti.
"Bila nak tunggu layak? Tahun depan. Tahun depan tu if awak masih macam ni, awak rasa kawan awak bertambah ke? Tak. Even berkurang. Sebab apa, your seniors tu nanti dah tak ada Damia. Tak ada. So waktu tu, lagi susah awak nak build connection. Susah sangat." jelas cikgu Syafiza pula.
Aku terdiam. Belum pernah lagi aku fikir sejauh itu. Tapi benar apa yang dikatakan. Kak Piqa, Kak Syu, Kak Sha, Kak Izzah and even Kak Lekha dah tak ada tahun depan. Siapa yang aku ada? Probably juniors. Tapi what juniors can do? Aku kena hadap batchmates sendiri yang tak suka aku. Anything happen, siapa percaya aku? Siapa boleh support aku? Takda siapa.
"Be realistic Damia. As time goes by, kalau awak masih macam ni, you will loose. Tak earn anything pun. So sekarang ni saya bagi awak peluang. Masa ni if anything happen, you have your seniors. Regarding futsal, awak ada kak Izzah. She can help you gain the trust. Serious! I confirm, Izzah will do anything for you. Selagi ianya tak salah, saya pun ada to be your backbone. Jangan takut sangat. Jangan lari kalau ada masalah. Hadap je."cikgu Syafiza memberi nasihat.
Aku cuma diam. Orang senang la cakap macam-macam, nanti aku sorang yang kena hadap. Aku sorang yang merasa.
"Okay? Try la. Sampai next tournament je. Then, kita decide semula." pujuk cikgu Syafiza.
"Cikgu kenapa nak sangat saya kapten? Kak Izzah yang suruh ke?" tanya aku. Persoalan itu tiba-tiba timbul dalam fikiran aku. Aku nampak cikgu Syafiza ni beria sangat nak aku jadi kapten, sedangkan aku tak ada lah contribute sangat dekat futsal tu. Even setiap kali training ada je salah aku. Dari sudut mana yang dia nampak aku berpotensi? Itu yang aku tak faham.
"Tak. Kan saya cakap, itu keputusan saya dengan coach. Kitorang nilai setiap player. Dia bukan kira you bagus then you can be captain. Tak. Bukan macam tu. Ia semua berbalik kepada attitude. Bayangkan that girl jadi kapten. Dia mungkin akan tindas lagi ramai player lain. Sama macam apa yang dia dah buat before this." jelas cikgu Syafiza panjang lebar.
"Cikgu! Saya dah denda dorang kemas dorm dah. Teruk gila. Cikgu pergi tengok." tiba-tiba kak Izzah muncul. Panjang umur betul.
"Korang tolong tutup bilik warden. Rapat pintu lepastu switch off lampu semua." arah cikgu Syafiza yang mahu bergegas ke dorm Laksamana seperti yang dikatakan tadi.
"Cikgu..." sempat kak Izzah memanggil.
"Apa lagi Izzah?" tanya cikgu Syafiza.
"Ermm... Kitorang tengok movie malam ni eh?" tanya kak Izzah dengan nada lembut. Biasalah nak bodek punya pasal. Geli pulak aku dengar.
"Al-Mulk dulu" jawab cikgu Syafiza kemudian berlalu pergi. Adakah ia satu kebenaran untuk langgar peraturan? Aku sendiri confuse.
"Yeay! Jom, yang lain dah tunggu." ajak kak Izzah sambil kelam kabut keluar daripada bilik warden. Aku terkedu. Waktu-waktu genting macam ni, sempat pulak kak Izzah ni plan nak tengok movie. Suis lampu ditutup dan pintu dirapatkan seperti yang diarahkan.
Kami kemudian bergerak ke bilik tayangan Syahbandar dan ya, seperti yang kak Izzah katakan, yang lain memang sedang menunggu.
"Eh Jiah. Okay tak?" Kak Sha terus menegur selepas melihat kelibat aku memasuki ruang tersebut.
Aku actually memang belum cerita lagi dekat sesiapa kecuali kak Izzah. Sebabnya malam tadi dekat surau tu aku belum ready. Kak Izzah je yang beria tanya macam-macam since dia yang perasan what is actually happen that time.
YOU ARE READING
Salah Sarah
Teen FictionBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...