Aku lari laju menuju ke gelanggang bola jaring. Aku terlambat ke latihan rumah sukan petang ini. Ini semua gara-gara aku terlajak tidur selepas solat Zohor tadi. Sambil berlari mata aku mencari-cari kedudukan kawan-kawan aku, Anis, Alia dan Bibi. Walaupun kami terpisah kelas, kami masih berada dalam rumah sukan yang sama sejak tingkatan 1 lagi.
'Oh itu pun Anis' aku bermonolog selepas melihat Anis di barisan belakang.
"Ewah ewah kamu nak pergi mana tu? Berdiri depan sini" cikgu Zakiah bersuara.
Aku tak sedar langsung kewujudan cikgu Zakiah di situ. Cikgu Zakiah merupakan ketua guru rumah Merah bagi sesi pagi. Jadi apa sahaja aktiviti berkaitan rumah Merah adalah dibawah kendalian cikgu Zakiah.
Tanpa berfikir panjang, aku terus ke depan. Mata aku pula terus tertancap kepada wajah milik rakanku Alia dan Bibi beserta pelajar-pelajar yang lain.
"Kenapa weh?" tanya aku seraya mengambil posisi di sebelah Alia.
"Kau bodoh ke apa?" Bibi tiba-tiba marah.
"Eh apehal aku pulak ni?" aku keliru apabila diserang dengan soalan beremosi sebegitu.
"Kau kenapa lambat?" giliran Alia pula bertanya.
"Ohhh aku tertidur dengan surau tadi. Korang kenapa tak cari aku?" aku balas kembali dengan soalan.
"Sebab kitorang cari kau la kitorang ada dengan depan ni" Bibi pula membalas dengan nada tinggi.
Aku buat muka keliru. Ya, aku masih keliru. Otak aku yang baru turn on ni belum mampu berfikir situasi sebenar yang berlaku. Aku pandang Anis di belakang sana. Anis membalas dengan isyarat jari telunjuk di mulut tanda diam. Lagi aku keliru.
"Aku kan pernah pesan, kalau dah lambat tu tak payah datang terus" Alia pula bersuara dengan nada berbisik.
Aku cuba mengingat kembali akan pesanan itu. Tiada dalam memori.
"Tapi bukan late is better than never ke?" aku cuba tunjuk pandai.
Alia menepuk dahi.
"Kepala hotak kau" Bibi marah lagi.
"That quote is not applicable dekat cikgu Zakiah. Understand?" balas Alia dengan jelingan maut.
"Ohh I seeee...." aku mula faham Sel-sel otak aku mula berhubung. Aku pandang cikgu Zakiah kemudian terlihat masa hadapan yang bakal terjadi. Scary.
'3 rounds more' aku melangkah sambil membuat kiraan detik-detik di mana penyeksaan akan berakhir.
Selepas mendengar bebelan cikgu Zakiah tadi, kami semua diarahkan berlari 5 pusingan gelanggang. Tamat sahaja larian, aku sangkakan penyeksaan sudah berakhir. Tiba-tiba, segala perit dan lenguh kaki yang aku rasa tadi hilang seketika apabila ditambah pula dengan cubitan manja. Aku serik. Sakit gila. Isi daging di lengan gebu aku ini terasa seperti dipulas-pulas semahunya.
"Aku syak dia panas hati kot tu sebab ramai tak attend training harini lepastu yang datang lambat pun ramai" kata Anis apabila kami mula mengambil tempat duduk di sebelahnya.
"Mungkin la kot. Sebelum ni cikgu Faizah tu handle baik sangat. Semua pijak kepala. Sekali cikgu Zakiah turun padang pulak. Amek kau" Bibi membalas.
Aku dan Alia pula hanya diam. Tiada jawapan. Masing-masing terkedu.
Tiba-tiba telefon bimbit aku berbunyi tanda mese baharu masuk.
Semua mata-mata yang berdekatan dengan aku turut memandang.
"Ish. Kau ni memang nak cari pasal ke?" kata Bibi sambil menampar kuat paha aku.
Bibi ni memang agar kasar sedikit antara kami berempat. Tapi dia jugalah yang selalu 'cover' kesalahan kami kalau terjadi apa-apa. Disebabkan wajah Bibi kelihatan lebih ganas manakala aku, Anis dan Alia hanya sekadar wajah normal budak nerd, jadi Bibi lebih rela menjadi mangsa caci Mamai cikgu-cikgu apabila kami semua terkantoi.
"Ehe sorry sorry. Cikgu tak dengar pun. Buat biasa je" aku membalas dengan cuak.
"Silent cepat" Bibi mengugut.
"Yeeee. Kejap. Janganlah marah" balas aku sambil berganjak sedikit daripada Bibi. Takut juga kalau dia naik hantu di situ.
Walaupun Bibi selalu cover kes kitorang, tapi apa-apa pun kitorang kena hadap dia jugaklah. Cubitan Bibi boleh tahan bisa juga la. Tapi kira okay la daripada bermacam denda yang Bibi pernah berkorban untuk kami. Sayang kau Bibi!
Dari jauh aku memerhati cikgu Zakiah sedang memberi taklimat berkenaan latihan merentas desa yang akan dilakukan setiap minggu sambil perlahan-lahan telefon pintar aku keluarkan apabila merasakan keadaan tidak mengancam tindakan aku itu. Aku kemudian memandang Bibi di tepi umpama meminta kebenaran untuk melihat telefon sekejap yang secara tidak langsung membawa maksud 'cover aku'.
Selepas puas meyakinkan Bibi, aku akhirnya berjaya menatap skrin telefon pintarku kemudian dengan segera mencari pesanan mesej yang baru masuk tadi. Mama.
MAMA FAMILY
Mama ada apply sekolah asrama untuk kamu. (3:23pm)
Keputusan dah keluar (3:23pm)
Kamu cek la (3:24pm)
"Aikk?!" aku terkejut.
"Kau kenapa?" Anis mencucuk aku daripada belakang.
"Eh takda apa." jawab aku kemudian mengalihkan pandangan ke arah cikgu Zakiah. Takut kantoi.
Beberapa minit kemudian, aku mengalihkan semula pandangan ke arah skrin telefon.
MAMA FAMILY
Kenapa tak bincang dulu dengan Mia? (3:27pm)
Mama tengok result kamu bagus tahun lepas. (3:27pm)
Tak salah kan mama hantar kamu ke asrama. (3:28pm)
Dah semak dapat sekolah mana? (3:28pm)
Nak tengok dekat mana? (3:30pm)
Semakan kemasukan ke sekolah berasrama penuh (3:31pm)
Okay (3:32pm)
Aku mengeluh. Mama memang suka buat keputusan sendiri.
Aku salin mesej Mama tadi kemudian lekat di ruangan carian google. Beberapa laman sesawang beserta iklan membuat aku keliru mana satu perlu aku pilih. Tanpa berfikir panjang, pautan yang teratas aku ketik dan keluar pula ruang kosong yang meminta aku untuk memasukkan nombor kad pengenalan.
Selesai sahaja mengisi 12 digit tersebut, aku dibawa pula ke halaman seterusnya. Aku nampak nama penuh aku beserta nombor kad pengenalan tadi.
'TAHNIAH ANDA BERJAYA.'
"Okay semua bangun. Kita buat stretching sikit" cikgu Zakiah bersuara lantang.
Kelam kabut aku menutup telefon pintar aku. Tapi dalam keadaan serba pantas itu, minda aku masih ralat berfikir. Mulut aku pula masih terkunci sedari tadi.
'Maknanya aku akan pindah?'
'Tinggalkan Anis. Tinggalkan Alia. Tinggalkan Bibi'
'Tinggalkan Sarah jugak?'
'Maknanya aku kena cari kawan baru lagi?'
'Argh bala apakah ini?'
YOU ARE READING
Salah Sarah
Novela JuvenilBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...