"Tak ada tertinggal apa-apa lagi kan?" Mama bertanya.
Aku mula melihat senarai barang-barang keperluan asrama yang perlu aku bawa termasuklah dokumen-dokumen penting untuk pendaftaran. Semuanya lengkap dan sudah selesai diisi dalam ruang penyimpanan kereta.
"Semua dah bawa masuk kereta Ma" aku menjawab.
Bilik kesayangan aku dilihat buat kali terakhir. Pastinya selepas ini aku lebih jarang tidur di ruangan tersebut. Aku bakal merindukan katil empuk ditemani bantal-bantal gebu itu.
'Entah macam mana lah keadaan bilik tidur di sana' aku mula terfikir.
Pintu bilik perlahan-lahan aku tutup dan terus menuju ke pintu utama. Aku segera menyarungkan kaki ke kasut kulit hitamku kemudian memasuki kereta.
"Semua dah settle?" Abah bertanya.
"Dah abah. Tunggu Mama jap. Mama tengah kemas dapur." jawab aku.
Tak lama kemudian, kelihatan Mama berdiri di muka pintu bersedia untuk keluar. Hari ini kedua-dua mereka mengambil cuti, jadi Abah yang memandu. KL ke Perak tidak lah begitu jauh tetapi mungkin memakan masa yang lama untuk mencari lokasi sebenar sekolah itu.
Kami bergerak awal pagi sesudah subuh bagi mengelak jalan sesak. Lagipun, pendaftaran bermula jam 8 pagi. Keadaan jalan raya ketika itu memang agak sendu ditemani embun pagi yang sejuk membuatkan aku hampir tertidur. Sudahlah aku berpakaian lengkap sekolah, mahu sahaja kedut seribu pakaian yang digosok licin oleh Bik Yati ini.
Lampu-lampu jalan yang masih menyala aku perhati. Syahdunya rasa bila tinggal berjauhan nanti dengan ibu bapa. Tiada lagi hiruk pikuk bandar. Tiada lagi keluar bersiar-siar setiap hujung minggu. Tiada lagi menonton siaran televisyen kegemaran di ruang tamu. Tiada lagi.
"Jiah bangun. Dah sampai" Mama menggerakkan aku.
Aku tak sedar aku tertidur. Aku kemudian terus meneliti wajah dan keadaan tudung aku di cermin. Mujur wajah masih comel dan tudung terletak elok. Lantas aku melihat sekeliling kawasan. Besar. Cantik. Aku terkesima.
"Assalamualaikum puan. Puan boleh bawa anak mendaftar dahulu di dalam Dewan. Barang-barang nanti kemudian boleh ambil." tegur seorang perempuan berbaju merah gelap. Pelajar di situ barangkali.
"Oh yeke... Baik-baik. Terima kasih ya." Mama membalas sopan.
Aku dan Mama terus ke dalam Dewan seperti yang ditunjukkan. Abah pula hanya tunggu di dalam kereta. Sesampainya di Dewan, terdapat ramai lagi pelajar berbaju merah gelap seperti tadi. Masing-masing mempamerkan wajah manis yang mesra dan bersedia untuk membantu. Mata aku mula melihat beberapa buah meja yang dijadikan kaunter pendaftaran.
"Mama, situ ma." aku menunjukkan kaunter nombor 2 kepada Mama sejurus selepas seorang pelajar memanggil dari situ.
"Boleh sertakan surat tawaran?" kata pelajar itu apabila kami sampai.
Aku pun menyerahkan dokumen seperti yang diminta. Dia kemudian memberikan aku lanyard bertulis nama dan beberapa perkara yang aku tidak faham.
"Okay, lanyard ni awak kena pakai sepanjang orientasi. Warna hijau ni melambangkan warna rumah awak dan Garnit ni pula nama kelas ya." kata pelajar itu lagi.
Aku mengangguk faham.
"Aina, kaunter kelas." pelajar itu memanggil rakannya.
"Okay awak boleh ikut akak ni." kata pelajar itu sambil menunjukkan ke arah pelajar lain.
Amboi macam touch n go ya. Main pass-pass gitu je. Sebelum sampai ke kaunter seterusnya, aku memerhati sekeliling dewan yang besar itu. Anehnya, hanya dipenuhi pelajar sahaja. Mana cikgu?
"Awak kelas apa?" tanya pelajar yang digelar Aina itu.
"4 Garnit" jawab aku sambil melihat lanyard tadi. Aku masih belum menghafaz.
Sampai di satu ruangan, kak Aina tadi meminta aku menunggu di barisan kelas 4 Garnit. Di ruangan ini baru aku nampak kewujudan cikgu di sekolah ini. Aku melihat seorang cikgu lingkungan usia pertengahan sedang asyik beramah mesra dengan ibu bapa seorang pelajar baharu seperti aku. Barangkali dia guru kelas aku.
'Muka macam garang je cikgu tu'
'Kenapa students sini handle semua benda?'
'Takkan pengawas ramai macam ni?'
'Belum termasuk yang aku nampak dekat luar tadi'
'Eh takut pulak aku jadi balaci cikgu-cikgu nanti'
"Jom" Mama menyedarkan aku dari lamunan apabila giliran kami tiba.
"Assalamualaikum puan. Boleh dapatkan dokumen-dokumen pelajar?" tegur cikgu itu.
Aku melihat tanda namanya tertulis Siti Solehah. Manis.
"Fatin. Koperasi" pelajar di sebelah cikgu Solehah itu pula memanggil rakannya.
Kami kemudian bergerak pula ke koperasi. Mujur sahaja kedudukan setiap bangunan tidak terlalu jauh. Kalau tidak, jenuh juga mahu bergerak dengan kasut bertumit aku ini.
Di koperasi, aku diminta untuk mencuba beberapa helai baju seperti tshirt sukan, tshirt sekolah, baju korporat dan seluar sukan sebelum mengambil kesemua baju tersebut di kaunter koperasi. Bukan itu sahaja, turut diberikan baldi dan alas katil yang berwarna mengikut rumah yang ditentukan. Belum lagi termasuk seikat buku latihan yang lengkap berlogo sekolah. Semua itu memang sudah termasuk dalam yuran pendaftaran yang Mama sudah bayar tadi.
"Awak dorm Syahbandar 3 ya?" pelajar perempuan yang mengiringi kami sedari tadi bertanya apabila kami sudah selesai mengambil barang-barang koperasi.
"Ya." balas aku sambil meneliti lanyard yang tergantung di leher. Aku masih tidak boleh ingat maklumat baharu yang aku terima hari ini.
"Oh dorm tu jauh dari sini. Dekat belakang sana. Puan park kereta dekat mana?" tanya pelajar perempuan itu lagi.
"Kereta dekat belakang dewan sana." balas Mama.
"Okay puan dengan anak boleh naik kereta pergi bahagian belakang sana. Nanti puan tanya je dengan pelajar yang pakai baju kadet polis dekat selekoh sana, cakap puan nak pergi ke blok utama house Syahbandar. Nanti mereka akan tunjukkan arah. Lepastu dekat sana pula ada lagi beberapa orang pelajar akan bantu untuk angkat barang." terang pelajar itu panjang lebar.
"Okay baik dik. Terima kasih." jawab Mama.
Aku pula hanya menghadiahkan senyuman nipis.
"Penat je beli baldi beli cadar semua tapi kena guna sini punya. Jiah pun tak terfikir." aku membebel seorang diri semasa dalam perjalanan ke kereta.
"Yang, barang semua dah ada. Tapi biliknya jauh kat sana. Kita naik kereta la." Mama memberitahu Abah.
"Okay" jawab Abah pendek.
YOU ARE READING
Salah Sarah
أدب المراهقينBuku ini mengisahkan tentang hubungan singkat tetapi panjang antara dua gadis yang terpisah. Damia/Jiah yang pada awalnya menyimpan rasa telah datang ke rumah Sarah untuk luahkan segalanya, namun ianya dibuat tidak endah oleh Sarah. Damia kecewa. Mu...