BAB 6

747 30 1
                                    

"Perhatian kepada semua waris dan pelajar baharu, sila bergerak ke Dewan Sri Kayangan dengan kadar segera bagi taklimat ringkas oleh pengetua. Saya ulang, ..."

"Jom Ma" ajak aku.

Aku dengan Mama yang sedang duduk berehat di atas katil terus bangun keluar dorm. Mujur kami daftar awal, jadi semuanya sudah selesai dikemas. Barang-barang peribadi sudah selamat bertukar tempat ke locker yang disediakan. Oh ya, dorm itu sangat besar bagi aku. Ada 10 katil kesemuanya tetapi pelajar baharu hanya aku dan dua orang pelajar sahaja, selebihnya sudah berpenghuni. Mungkin pelajar-pelajar lama.

Urusan kami juga sangat dipermudahkan hari ini. Sesampainya kami di blok asrama ini tadi, ramai pelajar yang tak putus-putus mahu menghulur bantuan sampai kami sendiri naik segan. Aku pula jenis yang tak suka diganggu, jadi aku berasa agak rimas dengan keadaan sebegitu.

Dalam perjalanan ke Dewan Sri Kayangan itu, aku ralit memerhati fasiliti yang tersedia di sekitar itu. Padang besar, gelanggang bola jaring, gelanggang futsal, padang hoki dan gelanggang badminton. Aku juga terlihat deretan mesin basuh dan pondok telefon. Menarik.

Selepas selesai majlis, aku bersalaman dengan Mama Abah dan bermulalah cerita aku di asrama. Oh ya, telefon pintar aku juga terpaksa diserahkan kepada waris kerana ianya telah termaktub dalam peraturan sekolah.

Di kesempatan ini, aku ingin mengadakan sedikit sesi taaruf mengenai ahli dorm aku yang aku terpaksa berkenalan sepanjang tempoh orientasi.

1. Kak Wana: Ketua dorm merangkap exco kecerian house aku, Syahbandar. Dekat sini kami abdikan diri kepada house masing-masing. Kiranya kalau buat baik, nama house naik. Kalau buat masalah, nama house jatuh. Jadinya, ketua rumah perlu memainkan peranan untuk bersaing dengan house lain. Bila satu dorm dengan exco keceriaan ni tahu-tahu jela, nak suruh kemas itu la ini la. Sebagai junior baru masuk, aku pun ikut jela telunjuk dia macam lembu kena cucuk hidung. Tapi dia okay je dengan aku. Nasib baik.

2. Kak Sha: Kak Sha ni walaupun senior, nak spm dah tapi perangai boleh tahan nakal juga ya. Dia ni jenis kasar sikit kalau tak kenal. Kadang-kadang tu dia cakap biasa je tapi aku rasa macam dia tengah marah aku. Kecut perut juga la masa awal-awal dulu. Tapi dia ni pemurah. Selalu offer makanan yang dalam locker dia tu.

3. Kak Rina: Ni lagi sorang senior dalam dorm aku. Kak Rina ni rajin sangat. Selalu study je dekat dorm. Kadang-kadang tu ramai geng-geng senior dorm sebelah yang datang dorm aku sebab nak belajar dengan Kak Rina. Kira sifu la dekat sekolah ni. Mana tidaknya, top student.

4. Aida: Ni sebaya aku je tapi dia student lama. Dia masuk sekolah ni waktu dia tingkatan satu lagi. Kira advance sikit la. Aida ni kekwat sikit. Tahulah aku student baru, tak payahlah acah senior sangat. Sama form je pun. Kelas sama pulak tu. Ingatkan bolehlah geng dengan dia, tapi hampeh. Dekat kelas buat macam tak kenal.

5. Reen: Ni pun sama. Jambu (adik angkat) si Aida. Bila si Aida ni tak suka aku, sekali dengan Reen ni pun pandang aku macam nak makan. Padahal Reen ni junior kot. Form 3. Dekat dorm, dewan makan atau mana-mana tempat jela selain waktu kelas, mesti Reen dengan Aida ni sama-sama. Kadang-kadang aku musykil jugak dengan perhubungan mereka ni. Tapi malas lah mahu masuk campur.

6. Saleha & Sofea: Lagi sekali aku jumpa budak kembar macam Alia dengan Anis. Kembar ni pun sebaya aku dan sama-sama intake baru macam aku. Dah kata kembar kan, mestilah berkepit dua je. Setakat ni aku takdalah mesra sangat dengan dua orang ni, waktu orientasi dulu yela terpaksa buat kawan sebab takut nak gerak solo, nanti tersesat susah pulak.

7. Zana: Budak ni cute! Ramai gila peminat. Ni paling junior la dalam bilik aku. Form 1. Dia sorang je form 1 dalam dorm tu memang pishang la. Tu yang kadang-kadang dia ni macam chipsmore, asyik merayap dorm sebelah je. Jumpa member mungkin. And dengar cerita, si Zana ni tengah sibuk bercinta dengan seorang instafamous. Kira lelaki idaman ramai la. Aku tak kenal siapa dan malas nak kenal.

8. Raudhah: Raudhah ni form 2. Innocent nak mampus. Kalau geng sekolah lama aku rasa aku innocent, Raudhah ni dua kali ganda lagi innocent. Dia ni jenis ikut semua peraturan la. Memang rutin bangun sebelum subuh, mandi dan solat semua. Aku baru nak bangun dia dah siap nak pergi breakfast. Laju. Bila innocent, ramai la yang suka buli. Satu aras tu perangai sama je. Minta iron baju la, ambilkan air panas la, apa jela tak suruh junior buat. Tambah pula Raudhah ni jenis tak melawan. Diam seribu bahasa. Kadang-kadang tu aku rasa nak backup dia, tapi nanti aku pula yang kena buat segala benda tu. Jadi aku pun diam. Takpa Raudhah, nanti aku dah form 5, aku backup kau okay.

Itu sahaja ahli dorm aku. Walaupun aku bangun, tidur, lepak, study semua dalam dorm tu, aku tetap tak bersosial dengan mereka. Kecuali Kak Sha.

Pertama kali aku jumpa Kak Sha, dia puji aku comel walaupun waktu tu aku tak senyum. Aku memang kerek habis la waktu awal-awal masuk dulu sebab aku memang taknak ada kawan. Tapi Kak Sha tak habis-habis datang dekat dengan aku, cuba berborak dengan aku, sampailah satu hari tu...

"Damia... Sini kejap." Kak Sha memanggil aku.

Aku yang sedang bersandar elok dekat penjuru surau terus terkejut. Sebab masa tu Kak Sha tengah duduk lepak dengan kawan-kawan dia, jadi aku takut sikit la bila senior tiba-tiba panggil ni.

Aku kemudian membuat isyarat kepala 'kenapa?'. Malas mahu bersuara.

"Sini la kejap. Ala hang ni awat la takmau mai." panggil Kak Sha lagi sedikit memaksa.

Aku kemudian bangun dan perlahan-lahan melangkah beberapa manusia yang menghalang laluan. Waktu lepas makan tengahari biasanya pelajar akan tidur sebentar di surau sebelum solat zohor berjemaah bermula. Yang period pula kadang tidur tak ingat dunia sampai terlepas prep petang.

"Kenapa Kak Sha?" tanya aku dengan kekok. Aku jaranglah sembang dengan Kak Sha ni. Lagi-lagi ada kawan dia sekali.

"Duduk la sini kitorang." salah seorang kawan Kak Sha berkata. Aku tak kenal siapa tapi name tag dekat tudung tertulis Siti Zulaikha dan berwarna Biru. House Bendahara.

"Ntah. Hang kenapa suka duduk sorang-sorang?" Kak Sha pula bertanya.

"Err... takda apa la. Saja je duduk sorang" aku membalas.

"Damia, kau asal mana?" giliran kawan Kak Sha yang lain pula bertanya.

"KL" balas aku pendek.

"Oh btw, panggil je Jiah. Short for Nazihah" sambung aku lagi. Buat pertama kali aku meminta orang memanggil nama panggilan aku yang itu.

"Oh kenapa kau pindah?" – Kak Piqa

"Tak best ke duduk KL?" – Kak Izzah

"Kau suka makan apa?" – Kak Syue

"Best tak masuk sini?" – Kak Lekha

"Eii comel lah kau ni Jiah. Nak masuk group kitorang?"

Semua mata memandang aku ketika itu menunggu jawapan. Aku cuak. Kak Sha dengan 4 orang kawannya itu tak habis-habis tanya aku soalan. Rasa macam disoal siasat pula. Tapi soalan akhir ni benar-benar buat aku tersentak. Aku terdiam seketika. Tak pernah-pernah aku nak berbual dengan senior apatah lagi jalani kehidupan bersama.

"Meh la Jiah. Kitorang okay. Kalau dengan kitorang, lepasni confirm kau dah tak kena buli. Serius." Kak Izzah mula meyakinkan.

"Err... Tapikan... Kenapa saya?" tanya aku, sekadar ingin tahu.

"Sebab kau cute." Kak Syu pula menjawab dengan yakin.

Aku tercengang. Aku tak sangka itu jawapannya.

"Basically, first thing first is kau cute. Then we actually evaluate junior baru tau this whole month after kau masuk. Si Sha ni la bagitahu ada budak baru dekat dorm dia. After tengok personaliti kau, tingkah laku kau, and just now we simply talk with you, so we approved." jelas Kak Piqa panjang lebar.

"I see" aku balas sambil otak aku masih tak boleh relate apa yang terjadi. Rasa macam ada orang meminang.

"So we want answer." kata mereka hampir serentak.

"Probably yes" aku balas lagi.

"Awwww welcome to the club Jiah..." mereka mula memeluk aku.

Aku terkedu. Dan terus membatu. Ketika itu, aku harap keputusan aku betul.

Salah SarahWhere stories live. Discover now